BYP 18 💫

38 6 9
                                    

"SAYA dimaklumkan mereka akan berkahwin dalam masa terdekat bos. Jadi saya fikir kita kena tukar kepada plan B memandangkan plan A dah tertunggak begitu saja.." Lapor seorang lelaki yang segak memakai jaket hitam.

Wanita yang duduk di kusyen itu mula mendecit. Keningnya berkerut disaat asap rokok keluar dari mulutnya. Entah bila dia pandai menggunakan benda haram itu dia sendiri tidak tahu yang pasti dia rasakan semua masalahnya hilang begitu saja.

"Kau memang confirm mereka akan kahwin? Kau dah betul betul sure?"

"Yes, boss. Saya dah pantau pergerakan mereka pagi tadi dan mereka menunjukkan bukti bahawa mereka akan disatukan dalam masa terdekat. Nampaknya Adam Zafran sangat rapat dengan bakal isterinya." Ulasan yang dibuat oleh orang suruhannya membuatkan dadanya kini sempit. 

"Bagus. Kau terus intip mereka sampai aku arahkan kerja lain pula. Kita biarkan mereka berseronok, berbahagia dulu baru kita laksanakan apa yang kita rancang. Yang aku nak, rumah tangga mereka hancur berderai." Katanya. Asap dihembus puas. Setelah itu dia tersenyum penuh makna.

"Baik, bos. "Balas lelaki itu lalu beredar pergi.


NAURAH geli hati melihatkan bakal suaminya yang sedang duduk di depan televisyen sambil membuat muka geli. Mana taknya, si Oyen sibuk menempel di sebelahnya. Nasib baik tak meloncat duduk atas riba Adam Zafran.

Pinggan mangkuk yang kotor itu dibawa ke sinki. Satu persatu piring dicuci hingga bersih. Setelah itu pula, meja dilap kering. Naurah terkaku seketika lalu menguntum senyum.

Syukurlah, perbincangan mengenai perkahwinannya esok sudah berakhir di meja makan semalam. Akhirnya, Yusoff dengan senang hati untuk menjadi wali kepadanya. Gembira tak terkata dia pada waktu itu. Dia tahu yang Yusoff masih lagi sayangkan dirinya sebagai anak kandung. Cuma Ros sahaja yang demand berlebihan sedangkan selama ini dialah yang paling banyak menyakiti hati Naurah.

Adam Zafran pula hanya mengangguk dan menyetujui apa sahaja yang dipinta oleh keluarga Naurah. Hantaran sebanyak 20k celah gigi saja baginya. Dan dia tahu itu kehendak Rosalinda dan bukannya Naurah.

Naurah Khadeja menghela nafas lega. Esok adalah hari yang dinanti-nantikan oleh Adam dan dirinya dimana mereka akan diijabkabulkan. Takut dan gementar Tuhan saja yang tahu. Sudah bersediakah dia untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam hidup?

"Eh Naurah, kenapa basuh pinggan ni? Biar Mak Som saja yang cuci.." Entah dari mana Mak Som muncul tiba-tiba. Serta merta menyedarkan dirinya dari lamunan.

"Mak Som lambat sangat, Naurah cuci lah dulu. Lagipun sikit je tu. Nah.." Kata Naurah lembut. Sebungkus nasi dan lauk di suakan pada pembantu rumah itu. 

"Rezeki Mak Som anak beranak hari ni. Bawa baliklah." Plastik mula bertukar tangan. Wanita tua itu tersenyum lebar sebelum tangannya naik mengelus wajah gadis di depannya.

"Alhamdulillah, terima kasih ya Naurah. Beruntung Adam ambil kamu sebagai isteri dia. Mak Som balik dulu ye." Pamit wanita itu lalu tersenyum. Naurah angguk kepala lalu menyambung kerjanya mengelap meja.

Usai mengemas dapur, dia menghela nafas panjang. Akhirnya..siap juga kerja yang satu ini. Bukan senang mahu menyudahkan kerja-kerja di dapur. Baru dia faham penat lelah Mak Som macam mana. Kalau lah dia tahu penat sebegini, pasti dia akan menolong Mak Som di dapur hari-hari. Kudrat orang tua bukannya kuat lagi.

"Ish jangan lah duduk dekat-dekat. Orang geli la." Marah Adam pada Oyen. Binatang comel itu hanya mengerdipkan matanya tanda tak faham. Yang dia tahu lelaki itu tidak sukakan dirinya.

Naurah mengelap tangannya hingga kering lalu menapak ke arah bakal suaminya.

"Kenapa ni?" Tanyanya sambil menghenyak punggung diatas kerusi.

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now