PAGI pagi lagi aku sudah keluar daripada rumah untuk menjenguk Naurah di hospital. Coklat Hershey yang berada di dalam plastik merah itu aku kerling sambil tersenyum. Sudah berhari hari coklat itu terperuk dalam peti sejuk dan hari ini aku akan berikannya kepada Naurah tanda maaf aku selama ini yang sudah banyak menyakitkan hatinya.
Sampai sahaja di hospital, aku menarik brek tangan lalu keluar dari kereta. Dari jauh aku sudah nampak seorang gadis sedang berjalan mendekati aku. Aku mengunci kereta dan terus jalan ke depan tanpa memandang ke belakang.
Tanpa amaran, dia menarik tangan aku kasar supaya memandang ke arahnya. Aku mendecit perlahan sebelum mukanya aku pandang benci.
"Kau nak apa? Tak ada masa lah aku nak layan orang gila macam kau ni." Aku menghamburkan kata-kata kesat. Aku dah tak peduli dia nak terasa hati atau tidak dengan aku.
"I need you Adam, pleasee I tak boleh hidup tanpa you. Yes I mengaku dulu I sia siakan you sebab kejar kerjaya I tapi sekarang I dah menyesal tolong lah Adam kita get back balik." Katanya sedikit merayu. Aku ketawa kecil. Dengan pantas aku leraikan tangannya yang sibuk melingkari lengan aku.
"Apa kau cakap? Get back? Kau ingat ini cinta budak-budak sekolah ke putus then get back? Lainlah kau, kau dengan perangai tak matang kau tu tak pernah nak berpisah. Sebab tu kau buat keputusan ikut kepala otak kau je kan. Hey, dengar sini Aulia Qaisara, aku dah tak nak dekat kau dan kau jangan nak terhegeh-hegeh dekat aku. Mati hidup balik belum tentu aku nakkan kau balik."
"Adam please I tak ada siapa-siapa dalam dunia ni kecuali you. I love you Adam. I sanggup buat apa-apa saja yang you nak asalkan you dapat terima I balik." Ujarnya lagi.
"Apa-apa saja? "Dia angguk laju sebelum tangan aku dia pegang semula dengan kemas.
"Aku nak kau berambus dari hidup aku baru aku akan maafkan kau. Jangan cari aku lagi. Aku tak perlukan kau lagi." Dengan kasar aku lepaskan tangannya.
"Kalau betul you dah tak perlukan I lagi, I perlu bukti dan I tak akan ganggu hidup you lagi. Buktikan pada I yang you boleh hidup tanpa I!" Aku menayang muka berlagak.
"Kau ingat aku hamak ke nak tunggu kau? Baik, kalau kau nak tahu aku bakal berkahwin tak lama lagi dan stop ganggu hidup aku." Aku terus berjalan meninggalkan perempuan gila itu dibelakang. Dia fikir dia tu terlampau cantik macam bidadari ke sampai nak suruh aku bagi bukti yang aku boleh lupakan dia?
Nonsense!
Aku menolak daun pintu wad Naurah dan menutupnya kembali dengan perlahan-lahan. Kelibat Naurah yang sedang merenung ke luar jendela itu aku pandang sekilas sebelum coklat tadi aku keluarkan dari plastik.
"Kau tengok apa? "Dia mula terkejut. Sejurus itu memegang dada yang tersentak tadi.
"Awak ni suka main terjah-terjah sekurang-kurangnya ketuk lah pintu tu dulu. Nasib baik saya tak ada sakit jantung tahu tak?" Aku ketawa kecil seraya menggaru kepala yang tidak gatal.
"Alah kau ni macam tak biasa. Doktor kata kau dah boleh keluar hari ni. Tapi sebelum kita balik, aku nak bagi kau sesuatu. " Aku senyum senget. Dia sudah berjalan menuju ke arah katil.
"Bagi apa? "
"Tutup mata dulu." Arahku.
"Tak nak lah, macam lah saya tak tahu niat buruk awak tu. Entah-entah awak nak bagi saya katak kan?" Dia menduga.
"Tutup ajelah mata kau tu!" Arahku sedikit marah. Dengan berat hati dia mula menutup mata menggunakan kedua dua tangan. Aku keluarkan satu paket coklat Hershey dari dalam poket seluar sebelum disuakan pada wajahnya.
YOU ARE READING
[OG]Bukan Yang Pertama✔
Short Story"Kalau betul lah ada cinta antara kita, tak akan ada dua nama dalam satu hati yang sama." Naurah Khadeja 👉tidak dibenarkan melakukan plagiat atau dalam kata lain ciplak karya ini. p/s : lepas baca jangan lupa vote dan comment tau ♡ Terima kasih (...