SELESAI sudah pekerjaan di pejabat, Adam Zafran terus keluar dari ruangan nya untuk ke tempat letak kereta. Jam ditilik melalui ekoran mata. Hampir pukul 6:30 petang. Macam mana lah dia boleh terlebih fokus buat kerja hari ini pun dia tak tahu. Yang pastinya hari ni dia sudah berjaya menyelesaikan beberapa kerja yang tertangguh semenjak dia cuti sempena perkahwinannya dengan Naurah.
Adam melonggarkan tali leher yang seakan-akan menjerut lehernya dari tadi. Brek tangan di turunkan lalu dia bergegas beredar dari situ. Perjalanan untuk ke rumah mengambil masa 20 minit untuk sampai. Sebelum memasuki area kawasan rumah nya, Adam berhenti di kedai 7E untuk menghilangkan rasa dahaga di kerongkong.
Baru saja dia mahu menapak masuk ke dalam kedai, telefon pintar mula berdering. Adam menolak daun pintu manakala tangan sebelah kirinya pula meraba kocek seluar. Tertera pada skrin nama isteri nya. Tidak semena-mena dia menguntum senyuman.
"Assalamualaikum, awak.." Suara Naurah yang manja menyapa gegendang telinganya. Adam tersengih kecil lalu berjalan ke arah peti ais yang terletaknya aiskrim yang menjadi kegemarannya sejak dulu lagi.
"Waalaikumusalam...iya kenapa? Rindu eh?" Lelaki itu mula menyakat. Aiskrim LA CREMERIA digapai lalu dibawa ke arah kaunter. Sejurus itu dia pergi mencari barangan lain.
"Rindu la. Awak ada dekat mana sekarang? Dah habis kerja?"
"Dah balik kerja dah pun, sekarang saya ada dalam 7E ni. Awak nak apa apa tak?" Tanya Adam prihatin akan isteri nya.
"Tak nak...nanti kalau awak dah sampai rumah call saya tau. Saya malas nak list bagai." Naurah merungut kecil.
"Suka hati awak lah sayang, betul ni tak nak apa apa?"
"Ya.."
"Okey, then."
"Excuse me baby, you halang I nak ambil roti.." Seorang wanita berkasut tumit tinggi mula bersuara. Adam Zafran mula memandang figura yang berada di hadapan nya. Wajahnya yang dihiasi senyuman indah mula bertukar suram bila melihatkan wanita yang sedang tersenyum gatal ke arahnya.
"Aulia.." Cepat cepat Adam menamatkan panggilan sebelum isteri nya syak apa apa. Dia tidak mengendahkan langsung panggilan Aulia yang sedang menyeru namanya dari belakang.
"Baby...kenapa selalu mengelak dari I?" Aulia melunakkan suara. Tidak dijangka, lengan Adam menjadi tempat persinggahan tapak tangan nya.
"Ish jangan pegang aku lah. Kau kalau sehari tak ganggu memang tak boleh ke? And one more thing, muka kau ni memang muka pasaraya eh? Dekat mana mana memang wajib ada muka kau. Menyemak je." Sinis Adam menyindir. Terus cemberut wajah wanita yang digelar muka pasaraya.
"Sampai hati you kan!"
"Sudah lah, baik kau pergi balik rumah. Tak elok anak dara tua macam kau ni jalan time maghrib macam ni. Ops! Anak dara ke? "Adam Zafran tidak pernah mahu kalah dalam perdebatan mulut. Selagi dia boleh lawan dia akan lawan habis-habisan. Biar wanita di sebelahnya tahu bagaimana erti sakit hati bila dulu dia juga pernah diherdik lebih teruk oleh Aulia.
"Adam!"
Lelaki itu pura pura tidak mendengar sergahan Aulia malah dia sudah pun keluar dari kedai itu untuk menuju ke kereta.
Kasut tumit tinggi yang dipakai Aulia kuat menhentak lantai menandakan dia sedang mengejar lelaki itu dari belakang.
"Adam, please listen to me!" Entah dari mana datangnya kudrat, Aulia Qaisara menggapai kuat lengan Adam supaya menghadap nya.
"Pleasee Adam, I buat semua ni untuk you. I stalk you everyday. I ikut you kemana saja you pergi. I masih lagi simpan perasaan cinta pada you Adam. You tak pernah menghargai setiap detik pengorbanan I untuk you! I dah keluarkan duit semata mata nak nampak perfect dekat mata you, I dah cuba macam macam untuk dapatkan balik you. I tahu I banyak salah dengan you. I nak tebus balik salah I pada you, pleasee bagi I peluang untuk mencintai you sekali lagi... please...bagi I peluang.."
YOU ARE READING
[OG]Bukan Yang Pertama✔
Short Story"Kalau betul lah ada cinta antara kita, tak akan ada dua nama dalam satu hati yang sama." Naurah Khadeja 👉tidak dibenarkan melakukan plagiat atau dalam kata lain ciplak karya ini. p/s : lepas baca jangan lupa vote dan comment tau ♡ Terima kasih (...