BYP 24 💫

41 7 2
                                    

ADAM ZAFRAN mula tersengih seorang diri bila mengingati isterinya di rumah. Pasti wanita itu sedang bertungkus-lumus menyiapkan makanan di dapur kerana dia akan pulang sebentar lagi untuk lunch di sana. Gambar yang tersemat di atas meja dia kerling sekilas. Gambar perkahwinan mereka. Senyuman tidak lekang dari bibir. Hari hari yang dia jalani bersama Naurah begitu indah untuk digambarkan. Sungguh dia sangat sukakan wanita itu.

Tidak mahu terus hanyut dalam dunianya sendiri, Adam mula menyambung tugasnya seperti biasa. Sebulan tidak masuk ke pejabat, berlambak fail fail yang harus dia tandatangani. Adam terkenal dengan personalitinya yang sangat teliti. Dia membawa dari atas hingga bawah isi kandungan surat perjanjian kontrak ataupun surat berkaitan syarikat sebelum menurunkan tandatangan.

"Ehem!" Bunyi deheman seseorang menganggu fokusnya pada kertas kerja. Wajahnya di jenguk ke dalam ruang pejabat Adam Zafran.

"Aduh...mamat ni sehari tak ganggu tak sah. Haaa, apa kau nak?" Tanya lelaki berstatus bos itu dengan nada yang sangat malas.

"Nak masuk boleh tak bos?"

"Haa masuk lah!"

Azim merapati meja majikannya sebelum kerusi berwarna coklat kehitaman itu dia duduki.

"Amboii...sibuk nampak? Jom lah lunch sama sama. Aku belanja." Pelawa nya. Adam Zafran mendecit perlahan. Waktu dia kena lunch dekat rumah lah, mamat ni baik hati nak belanja makan. Kenapa tak hari tu je? Huh!

"Kau ni kan, hari tu tak nak ajak. Sekarang bila aku dah tak layan kau, sibuk nak belanja lunch. Aku dah ada orang rumah lah! Aku nak balik lunch dekat rumah.." Kata Adam geram. Azim mula mengoyakkan senyuman lebar. Kalau dah rezeki memang tak kemana.

"Aha! Baguslah macam tu. Aku nak ikut kau lunch jugak boleh? Yelah hari tu kan aku tak sempat nak ucap selamat pengantin baru dekat kau dengan isteri kau. Apa salah nya aku datang untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain kan?" Panjang Azim memberi alasan. Sengaja dia mengeluarkan suara yang sayu untuk membuat Adam simpati dengan dirinya. Walaupun pada hakikatnya, Adam sudah dapat bau agenda si Azim yang sorang ni.

"Okey..aku ajak kau sekali. Tapi ingat! Kau ngorat bini aku, lebam sebelah mata kau. Aku ada tali pinggang hitam tahu!" Ujar Adam Zafran sedikit kasar.

"Baiklah, aku janji! Yeayy!"Azim hanya tersenyum sambil menepuk-nepuk tangannya seperti seorang budak.

Rezeki memang tak salah alamat!

"Kau jangan nak tepuk tangan macam budak terencat dekat sini, pergi ambil kereta aku. Nah kunci!" Kunci kereta yang digantung bersama keychain patung beruang kecil dilemparkan tepat pada dada Azim yang tegap itu.

"Kau serius ke Adam?" Tanya Azim sambil memegang sebentuk kunci di tangannya. Ditilik dengan teliti sebelum memandang ke arah Adam yang sedang tekun menyiapkan beberapa kerja lagi.

"Iyalah aku serius, pergi ambil kereta dekat parking lot. Pukul 12:54 minit aku nak kau tunggu depan lobi, kalau tak ada siap kau!" Arah Adam tanpa menoleh.

"Tak...bukan itu maksud aku."

"Then?"

"Keychain ni.." Azim mula mengesan seraut wajah sahabatnya yang kini sudah berubah.

"Kau masih simpan pemberian Aulia ni pada kau..?"

"Aku belum sempat buang lah. Balik nanti aku buang." Dalih Adam. 

"Kau masih teringatkan dia ke ataupun kau masih ada hati lagi pada dia?" Lelaki bernama Adam Zafran itu mula meraup wajahnya. Hilang terus mood mahu menyelesaikan tugasan di atas meja kerjanya sekarang. Kalau lah awal awal lagi dia buang kenangan itu, sudah pasti tiada pertanyaan gila itu daripada mulut Azim.

"Sudah lah jom gerak sekarang, nanti lewat pula masuk office. Aku tak apa lah kalau masuk lewat kau itu pekerja, bila bila masa gaji kau aku boleh potong. Baik kau pergi ambil kereta sekarang! Aku dah nak kemas semua ni dan aku nak kau ada depan lobi 2 minit dari sekarang!"

"2 minit mana sempat bos!" Azim masih lagi berura ura mahu beredar.

"Now!"

"Yes boss!"

Bunyi sudu dan garfu berlanggaran antara satu sama lain menghiasi makan tengah hari mereka. Naurah yang sibuk membasuh pinggan mangkuk dia dapur mula bergerak ke hulu ke hilir dengan laju. Duduk dapur mesti kena tangkas dan tidak boleh berlengah lengah. Lagi lagi bila dah kahwin, ada suami yang suka mengarah nak itu ini. Hadap ajelah!

"Naurah.. bawakan air basuh tangan ke sini!" Suruh Adam. Dia sebagai lelaki kena tunjukkan sikap tegas pada isteri dan masa ini lah dia harus tunjuk lagat orang dah kahwin pada Azim.

Tergopoh-gapah Naurah keluar dari ruangan dapur lalu ke meja di hadapan televisyen. Macam mana lah mereka berbincang nak makan dekat situ pun tak tahu lah.

Naurah membetulkan tudung sarung di kepalanya sebelum duduk di atas sofa dengan sopan.

"Hai Naurah.. tahniah ya, selamat pengantin baru.." Kata Azim malu malu.

"Terima kasih... jemputlah makan. Saya ke dapur dulu.." Pamit Naurah sebelum meninggalkan ruang tamu. Dia mengelap kesan peluh di dahi sebelum melepaskan keluhan panjang. Huh, semua ni salah si Adam tu!

Mati mati Naurah ingatkan lelaki itu hanya balik seorang diri ke rumah rupanya bawa kawan sekali. Mahunya tak kalut si Naurah bila kari kepala ikan yang dibuat nya khusus untuk Adam ternyata harus dibahagi dua. Segala jenis bahan yang ada di dapur dia campak untuk mendapatkan hasil yang lebih umph lagi.

Pada masa yang sama pula, Adam Zafran menyiku lengan Azim yang dari tadi mencari cari kelibat isterinya.

"Cari apa? Kau jangan nak macam macam eh, aku tumbuk muka kau kejap lagi. Bini aku tu.." Adam Zafran memberi amaran keras. Sakit hatinya bila dapat tahu sahabat baiknya sendiri macam syok pada isteri kesayangannya.

"Aku nak ucap terima kasih sebab masakkan lauk sedap macam ni.."

"Banyak betul alasan kau kan? Tak payah nak ucap terima kasih bagai kalau realitinya kau nak try isteri aku kan? Mengaku jelah.." Terus berubah nada Adam. Sedih je pada pendengaran Azim.

"Alah kau ni...aku ni kawan kau takkan lah aku nak kebas kau punya. Aku tahu batas aku. Aku bukan macam lelaki lain."

"Janji?"

"Ya janji, yang kau ni kenapa macam budak-budak perangai?"

"Entah, semenjak dah kahwin ni kasih sayang aku makin berkurangan.."

"Alamak, kenapa pula? Kau kecewa ke ataupun kau tak suka Naurah?" Tebak Azim laju. Tak semena mena kepalanya diluku Adam.

"Kepala otak kau! Kasih sayang aku kurang sebab bagi pada dia lah. Pickup line pun tak tahu." Ujar Adam sebelum menyuap nasi ke dalam mulutnya. Kari kepala ikan yang di masak oleh Naurah betul betul membangkitkan selera. Sungguh menyelerakan!

"Sayang..." Panggil Adam tiba tiba.

"Kau panggil aku ke?" Sampuk Azim di sebelah.

"Bukan kau lah! Tu, bini aku... Takkanlah aku nak panggil kau sayang pula."

"Mana lah tahu kau nak tukar panggilan ke apa."

"Aku straight lagi okey!"

"Mana lah tahu sejak Aulia tinggalkan kau, kau jadi gay pulak.."

"Aku masih normal, tak perlu sebab dia aku jadi gila." Balas Adam lalu menjeling tajam ke arah Azim yang dari tadi sibuk mahu membuka kenangan lama.

"Siapa Aulia tu?" Naurah muncul dari ruangan dapur. Lelaki itu masing-masing menoleh ke arah satu sama lain. Liur ditelan dengan payah.

Aduhh, macam mana ni!







|TBC|

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now