ADAM ZAFRAN memandu kereta masuk ke dalam pagar rumah. Dia mengangkat brek tangan sebelum mematikan enjin kereta. Pintu kereta ditutup dengan perlahan. Lantas dia mengambil sejambak bunga ros di seat belakang lalu dihempas kembali pintu keretanya. Langkah kaki diatur laju masuk ke dalam rumah. Dia menolak daun pintu sebelum matanya memandang segenap ruang rumah yang sangat bersih dan teratur. Adam mengukirkan senyuman puas. Tidak sangka, isterinya masih lagi mengambil cakna tentang rumah mereka disaat hubungan mereka tidaklah begitu baik buat masa sekarang.
Adam menuju ke dapur dahulu untuk mengambil minuman. Namun baru saja dia mahu menjejakkan kaki ke sana, hidungnya terhidu bau yang tidak enak. Bau seperti makanan basi. Tanpa menunggu lama, Adam terus mengangkat tudung saji maka terlihatlah dia kesukaannya kini dihurung semut dan berlendir. Dia mengerut kening. Hairan. Naurah tidak perasan ataupun memang sengaja mahu membazirkan makanan?
Tanpa memberi salam, Adam meluru naik ke atas selepas menutup pintu utama. Dia berharap Naurah akan memaafkan dirinya atas kata-kata kesat yang pernah dia lemparkan buat isterinya sebelum ini. Satu persatu tangga dia daki dan akhirnya dia sudah sampai di depan bilik tidur mereka. Adam menarik nafas terlebih dahulu. Tangannya pantas memulas tombol pintu dan terpampang lah bilik tidur mereka yang disusun rapi. Berbeza dengan sebelum ini.
"Naurah..." Panggilnya perlahan. Dia meletakkan sejambak bunga ros itu di atas katil. Baru saja dia mahu memalingkan mukanya, ada sesuatu benda yang sedang menempel di kakinya.
"Heyy, apa kau buat dekat sini..? Dah lama kau tak balik, kau pergi mana huh?" Binatang berbulu lebat itu didukungnya dengan cermat. Sudah lama Oyen menghilangkan diri sebelum mereka bergaduh lagi.
Adam memeluk erat Oyen yang berada dalam dakapan. Kini dia sudah tidak takut dengan Oyen malah dia juga menyayangi binatang itu seperti Naurah menyayangi Oyen juga. Mereka berbagi kasih sayang kepada binatang peliharaan itu.
Oyen lesu di dalam dakapan Adam. Seolah-olah mahu memberitahu pada Adam bahawa Naurah tidak memberi makanan kepada nya sejak dia pulang sehari yang lepas.
"Kenapa ni, sayang? Mama mana?" Adam bertanya kepada Oyen sambil melilau-lilau di bilik sebelah.
"Meow..." Sayu kedengaran suara Oyen merintih.
Bagai ada yang tidak kena, Adam cepat-cepat meletakkan Oyen di atas katil. Pandangannya kini tertumpu pada almari yang kelihatan sedikit ternganga. Dia meluru ke sana dengan laju. Pintu sebelah kanan ditolak ke dalam. Menayang sebahagian pakaian Naurah yang sudah di bawa pergi. Adam menggeleng kepala perlahan.
Tak mungkin..
"Takkanlah.." Dia membawa diri ke bilik sebelah. Masih berbau wangian yang dipakai menerobos masuk ke dalam rongga hidungnya. Seakan-akan Naurah berada di depan nya.
Katil di bilik sebelah juga kelihatan kemas dan semuanya sempurna. Nampaknya semua telah di rancang. Adam meraup wajahnya kesal. Kalau lah dia tidak menginap di rumah ibunya semalam, mungkin Naurah masih ada lagi di dalam rumah ini. Adam masuk kembali ke dalam bilik. Oyen yang sedang lena di atas katil itu di pandang lama.
Adam terduduk di atas katil. Mungkin ini lah jawapan Naurah untuk rumahtangga mereka. Naurah memilih penceraian sedangkan dia? Dia sekarang sedang buntu dengan diri sendiri. Padahal salah diri sendiri menyatakan hasrat mahu melepaskan Naurah. Kini, dia dihurung rasa bersalah.
Sedang asyik melayan perasaan sendiri, sepasang mata nya kini jatuh pada kotak kecil yang terletak elok di atas meja solek. Dia penasaran lalu berdiri untuk mengetahui isi yang berada di dalam kotak tersebut.
Buka saja kotak tersebut, Adam sudah jatuh terduduk di atas lantai. Terketar-ketar tangannya memandang benda yang ditinggalkan oleh Naurah di dalam kotak itu. Dia kehilangan kata-kata. Kenapa Naurah perlu merahsiakan hal ini darinya? Kenapa selepas semua ini terjadi, baru wanita itu mahu mengaku yang dia sedang mengandung?
YOU ARE READING
[OG]Bukan Yang Pertama✔
Historia Corta"Kalau betul lah ada cinta antara kita, tak akan ada dua nama dalam satu hati yang sama." Naurah Khadeja 👉tidak dibenarkan melakukan plagiat atau dalam kata lain ciplak karya ini. p/s : lepas baca jangan lupa vote dan comment tau ♡ Terima kasih (...