NASI lemak sambal sotong sudahpun sudah siap terhidang di atas meja. Pagi itu, Naurah Khadeja sekali lagi mengawal semua aktiviti dapur. Dan atas pujukannya pada Mastura untuk menyuruh mak Som berehat, berjaya dilaksanakan. Kini dia lah yang lebih memonopoli ruang dapur seorang diri. Dia membilas pinggan mangkuk sebelum periuk nasi itu dia bawa sekali ke meja.
Ketiga-tiga wajah itu memandang tepat ke arahnya. Terbit rasa kasihan terhadap gadis itu namun jika menampakkan senyuman yang manis itu terus berfikiran yang dia mampu melakukan dengan sendiri.
Nasi dicedok dan disuakan kepada Mastura dahulu. Diikuti oleh Adam Zafran dan mak Som. Nasi lemak yang persis lima bintang itu mereka pandang dengan berselera. Namun tidak pada Adam. Hatinya tidak begitu terusik melihat masakan Naurah malah dia lebih teruja untuk mengetahui rasa hidangan tersebut.
"Cepatlah Naurah, ibu tak sabar. "Ujar Mastura buatkan gadis itu tertawa kecil.
"Jemput lah makan semua. Saya cuma buat breakfast ringkas je." Pelawa Naurah setelah selesai membahagikan nasi dan lauk lalu di berikan kepada mereka. Dia mengambil tempat di sebelah Mastura memandangkan dia begitu takut untuk melihat wajah Adam.
"Sedapnya Naurah masak..kalah mak Som ni." Kata kata mak Som cukup membuatkan gadis itu senyum sendiri. Kadang kadang terasa malu juga bila orang puji melambung.
"Iya lah..inilah nasi lemak paling sedap ibu pernah rasa tau." Tambah Mastura lagi.
"Tak adalah ibu mak Som, biasa-biasa je. Lagipun masa Naurah tinggal dengan ayah, Naurah dah biasa masak sendiri." Terang nya lagi. Dia menjemput nasi lalu disuakan ke dalam mulut. Dia mengintai Adam dari sudut pandangan tepi.
"Untung kamu Zaf dapat beristerikan Naurah ni. Dah lah cantik pandai masak pula tu. Memang perfect!" Mastura naikkan ibu jarinya di depan anaknya. Adam senyum paksa sebelum dia sambung menyuap kembali makanannya. Naurah pelik dengan sikap lelaki itu. Tiba tiba saja dingin. Sepatutnya pagi-pagi macam ini mesti mulakan hari dengan senyuman, baru rezeki itu masuk mencurah curah.
"Kamu tak nak komen masakkan Naurah ke? Penat dia bangun pagi sebab nak buat nasi lemak ni tau.." Pertanyaan mak Som membuatkan Adam alihkan pandangan ke arah aku. Setelah itu, dia menunduk semula.
"Sedap.." Hanya itu yang keluar dari mulutnya. Naurah yang agak terasa dengan pengakuannya itu, dia pandang acuh tidak acuh. Naurah Khadeja hanya membiarkan lelaki itu bermain dengan ego sendiri. Biar dinginnya itu reda, barulah dia akan bertanya. Buat masa sekarang, dia kena lebih mempelajari ilmu rumah tangga supaya perkahwinan mereka yang bakal dibina akan manis selalu. Itu yang Naurah sangat impikan kerana dia berkahwin hanya untuk sekali ini sahaja.
Suara mengunyah nasi saja yang kedengaran. Naurah mula kekok dengan situasi ini. Sambal sotong yang membanjiri mangkuk besar itu tadi semakin berkuran menandakan masakannya hari ini menjadi. Tengok sajalah pada Adam Zafran, dia lah yang paling banyak menambah. Tidak semena-mena senyum gadis itu terbit dengan sendirinya.
Makan banyak pun handsome.
"Ibu nak bagitahu sesuatu.." Mastura mula memecahkan kesunyian. Naurah menoleh ke kanan sebelum air putih itu digapainya lalu diteguk.
"Baju pengantin kamu berdua dah siap, apa kata percepatkan tarikh kahwin kamu berdua tu?"
"Uhuukk! Uhuukk! "Naurah mengapai tisu di tengah meja lalu diurut dadanya yang sedikit perit.
"Bukan ke dah cepat tarikh yang kita pilih tu ibu? Tunggu sahajalah tarikh itu." Dalih anak lelakinya.
"Tarikh itu kan bulan depan.."
"Nak cepatkan macam mana lagi ibu? Dah cepat tu kan." Naurah menjeling Adam yang tidak mahu kalah dengan perdebatan bersama ibunya.
"Minggu depan..?" Kali ini Adam tersedak nasi. Cepat-cepat dia gapai gelas di tepi lalu diteguknya perlahan. Dia pandang wajah Mastura dengan riak tidak percaya.
"Kamu tak nak ke?"
"Err ibu naiklah dulu.. biar Naurah nak cuci pinggan mangkuk dulu." Gadis itu mencelah cepat. Melihatkan wajah Adam yang sedikit cemberut buatkan dia sakit hati. Nampak sangatlah lelaki itu sebenarnya bermain main dengan perasaannya.
Mastura angguk kepala membawa Adam keluar dari dapur bersamanya. Meninggalkan Naurah dan mak Som di dapur.
"Mak Som pergilah duduk dekat depan tu dulu biar Naurah saja yang buat.." Larang Naurah bila anak matanya memandang wanita itu cuba untuk menolongnya.
"Tak apalah Naurah..biar mak Som tolong, kamu dah susah-susah masak semua ini. Biar mak Som pula yang kemas." Naurah geleng lagi. Dia merampas pinggan yang ada di tangan mak Som dengan berhemah.
"Biarlah Naurah buat mak Som..pleasee kali ni je." Naurah kerdipkan matanya cuba untuk meraih simpati daripada wanita tua itu. Akhirnya mak Som lepaskan keluhan kecil.
"Kamu ni selalu macam ni tau.. Iyalah, mak Som nak pergi siram pokok bunga dekat luar sekejap.." Hidung Naurah dicuit sekilas sebelum dia meninggalkan gadis itu sendirian di dapur. Dia tersenyum tipis lalu memulakan kerjanya di dapur.
Usai mengemas dapur, dengan langkah yang berat. Dia naik ke atas. Namun pergerakannya terbatas tatkala ada seorang menghalang laluannya. Naurah mendongak ke atas.
"Tepilah..saya nak lalu." Katanya sedikit merayu. Adam tidak bergerak malah dia makin merapatkan badannya pada Naurah. Serta-merta gadis itu ke belakang. Akhirnya badannya bertemu dinding. Terperangkap dalam jerat cinta hatinya.
"Kau takut dengan aku..? "Soal Adam ke telinga Naurah buatkan segala bulu yang ada menegak dengan tinggi. Seram pula bila diperlakukan seperti ini. Lantas satu gelengan Naurah berikan. Habis berkedut wajahnya memandang Adam yang ralit menikam wajahnya.
"Kalau kau tak takut kenapa kau berpeluh?"
Adam letakkan tangannya di sisi Naurah. Mengepung gadis yang mula naik merah mukanya."Saya nak naik atas. Nak..nak mandi." Ujar Naurah tergagap-gagap. Dia telan saliva bila nafas Adam sudahpun berada dekat dengannya. Tolonglah..dia tidak mahu semua ini sekarang.
"Kalau aku tak nak lepas?" Suara Adam yang meleret itu membuatkan Naurah sekali lagi berada dalam ketakutan.
"Tolong lah Adam..saya penat. Bagi saya keluar." Kata Naurah dalam nada tegas. Serta merta lelaki itu ketawa kecil. Gadis itu kerutkan kening. Apa yang lawak?
"Tak lawak lah awak nak ketawa bagai. Dah, saya nak lalu ni." Sambungnya lagi.
"Cubalah keluar..aku bagi kau masa 10 saat. Kalau kau tak boleh keluar itu bermakna kau merelakan aku untuk peluk kau." Naurah Khadeja terkejut. Dia pandang Adam didepan mata yang sudah sengih nakal.
"Awak ni dah gila ke? "
"8 seconds left.."
"Ish! "Naurah mulakan langkah dengan menundukkan kepala memandangkan ada ruang dibawah untuk dia meloloskan diri. Namun percubaan pertamanya gagal bila mana tangan Adam juga turut melorot ke bawah seiring dengan rentak Naurah. Lelaki itu mula menahan tawa.
"5 seconds left... " Naurah cuak. Dia makin cuba untuk lepaskan diri dari cengkaman si Adam gatal ini. Lelaki itu sudahlah ketawa seram.
"2 seconds left.."
Dengan segala kudrat yang ada, Naurah mencari peluang untuk keluar tika Adam dalam dunia ketawanya sendiri. Dan dia berjaya!
*Sekarang peluk lah dinding tu, tadi gatal sangat kan? "Kata Naurah mengejek. Adam dibawah sudahpun menayang muka cemberut.
"Sekarang ni aku bagi chance kat kau, nanti dah kahwin kau jangan haraplah. Siap kau! " Naurah matikan senyuman serta merta. Wajah Adam menjadi sasaran anak matanya kali ini. Lelaki gatal itu mula senyum penuh makna.
|TBC|
YOU ARE READING
[OG]Bukan Yang Pertama✔
Short Story"Kalau betul lah ada cinta antara kita, tak akan ada dua nama dalam satu hati yang sama." Naurah Khadeja 👉tidak dibenarkan melakukan plagiat atau dalam kata lain ciplak karya ini. p/s : lepas baca jangan lupa vote dan comment tau ♡ Terima kasih (...