BYP 34 💫

54 6 8
                                    

KEESOKAN harinya, Naurah Khadeja berjalan seorang diri menuju ke kubur. Dia membetulkan selendang yang di pakainya di kepala sementara tangannya yang sebelah pula erat memegang sekaki payung. Nasib baik lah kawasan perkuburan itu dekat saja dengan rumah Nek Yam. Jalan kaki dalam 10 minit sampai lah.

Naurah Khadeja berjalan perlahan-lahan sambil matanya melilau lilau pusara umi nya. Memandangkan sudah lama dia tidak melawat pusara umi nya, dia jadi buntu mahu mulakan dari arah mana. Kalau dulu, kawasan perkuburan itu terang kerana tiada lagi semak samun dan pokok yang tumbuh di situ. Sekarang, bukan main menjalar panjang lagi.

"Assalamualaikum dik... Cari kubur siapa ye?" Entah dari datang seorang pakcik tua menegur dirinya. Lantas Naurah berpaling sambil tersenyum kekok.

"Saya cari kubur arwah ibu saya. Nama dia Mariam Binti Abdul Rahman."

"Oh..kamu ada kena mengena dengan Nek Yam yang rumahnya dekat dengan pantai tu?" Tanya pakcik itu ingin tahu.

"Ya..saya cucu dia."

"Kalau macam itu, mari ikut pakcik. Kebetulan pula semalam ada orang meninggal sebelah kubur arwah ibu cik..." Kata pakcik itu ramah. Naurah Khadeja hanya mengekori jejak langkah pakcik itu hingga sampai ke kubur yang tanahnya masih lagi merah. Benar lah kata pakcik tu bahawa ada orang meninggal semalam.

"Terima kasih pakcik.." Ucap Naurah lalu tersenyum manis. Orang tua itu hanya menganggukkan kepala lalu pergi dari situ.

Naurah duduk di sebelah pusara ibu nya lalu membuang rumput rumput yang baru saja tumbuh itu. Tidak perlu ditanya lagi, mesti Nek Yam yang datang setiap hari untuk membersihkan kubur anak nya. Setia sungguh sampai ke tua. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak nya yang telah meninggal dibuktikan dengan cara ini. Melawat pusara anaknya hari hari.

"Assalamualaikum umi... Ni Naurah anak umi.."


AULIA QAISARA yang sedang duduk di atas kerusi itu dikerling lama. Dia menghela nafas panjang. Entah kenapa dia berasa sesuatu terhadap Aulia. Seakan-akan wanita itu sedang menipu dirinya selama ini. Dia mengaku yang sisa rasanya masih sukakan Aulia namun pada hakikatnya dia perlu tahu dia juga sudah berumah tangga. Pada masa yang sama, dia sangat sayangkan Naurah. Dimanakah dia harus meletakkan dirinya saat ini..

Ketika itu, Aulia telah bangkit dari duduk, dia terus berjalaan menghampiri Adam yang kelihatan kusut masai itu.

"Why you nampak serabut ni, Adam. Ada apa-apa yang terjadi ke? Ceritalah dekat I mana tahu I boleh tolong. I kan sahabat you.." Perkataan sahabat sengaja ditekan. Mahu bermain dengan emosi Adam. Tangannya memegang lengan Adam yang tidak berlapik. Adam menghembuskan nafas panjang.

"Aulia boleh tak you jangan ganggu I dalam seminggu dua. I serabut asyik berkepit dengan you je. Tolong lah faham I, Aulia." Adam menaikkan nada suaranya lagi bila wanita bernama Aulia itu masih lagi menempel di lengan sasanya. Susah untuk dia siapkan kerja kalau macam ni.

Jari jemarinya kini menari di atas papan kekunci. Dia harus menyiapkan dokumen privasi syarikat dengan cepat. Kalau lambat mungkin syarikatnya mengalami kerugian yang terbesar buat pertama kali nya. Dan dia tidak akan benarkan hal itu terjadi. Matanya fokus memandang setiap patah perkataan yang ditaipnya tadi.

"Adam, pleasee.. I bosan lah duduk dekat sini. Jom lah pergi jalan-jalan ke apa." Ujar Aulia manja. Dia memeluk leher Adam dengan erat. Macam ulat bulu pula melekat lekat bagai ni.

"Kalau you nak pergi, you pergi sorang-sorang jelah. Ada masalah ke? Jangan ganggu I nak buat kerja lah Aulia. And jangan sentuh I. I ni suami orang, you tak malu ke pegang-pegang macam ni.." Adam cuba mengawal nadanya. Dia tidak mahu hal privasi dicampur aduk dengan hak kerjanya.

"Alah setakat kerja ni bila bila masa pun boleh buat. Dekat rumah pun boleh nak buat. Jom lah kita pergi makan sushi, sayang.." Tanpa rasa bersalah dia berani memanggil Adam dengan panggilan sebegitu. Adam mendongak dengan kasar. Nak pecah kepala nya melayan karenah si Aulia yang semakin hari semakin menjadi-jadi ni.

"I datang sini nak buat kerja kalau dekat rumah tempat I nak rehat. Tak ada, I nak siapkan semua ni hari ni dan kalau dah settle kita keluar okey? Tapi tolong, jangan ganggu I buat masa ni." Adam merapatkan kedua-dua tangan nya. Merayu dengan perempuan itu untuk menjauhkan diri darinya untuk beberapa hari.

"You selalu pentingkan kerja you dari I. You tak faham apa yang I nak. Mungkin ini lah sebab Naurah pun boleh curang dengan you!" Aulia dengan tidak sengaja menyebut nama wanita yang dia benci di depan Adam. Dia menekup mulutnya yang celupar.

"Apa tadi? You sebut nama siapa tadi?" Tanya Adam penasaran. Dia pasti dia tidak salah dengar nama itu menyapa telinga nya. Aulia menelan air liur nya kelat. Aduh, macam mana dia nak putar belit cerita ni.

"I tak suka you sebut nama tu depan I. I jijik dengan nama tu. Lepas ni, jangan sebut lagi nama perempuan tu. Faham?" Ujar Adam dingin.

Adam menjeling Aulia yang duduk di atas meja sambil memikirkan sesuatu.

"You buat apa lagi tercegat dekat situ? Pergi balik... Kita tak boleh date hari ni." Sambung Adam lagi. Aulia menghentak kakinya dengan kasar. Mogok dengan Adam yang tidak sudi keluar dengannya.

Usai saja Aulia keluar dari ruangannya, Adam menutup komputer riba nya. Sengaja dia memberi alasan bahawa dia sedang sibuk hari ni tapi hakikatnya dia malas mahu berkepit dengan Aulia.

Adam mengemas barang-barangnya dengan laju. Dia bertekad untuk pulang ke rumah. Dia harus berbincang dengan isterinya tentang salah faham mereka yang berlaku tempoh hari. Dia mesti mendapatkan penjelasan dari Naurah Khadeja kerana dia tahu salah nya juga kerana tidak mahu mendengar cakap isterinya sendiri. Malah, dia bulat bulat percaya yang Naurah melakukan perbuatan terkutuk itu dibelakangnya.

"Hai cik abang... Buat apa kalut sangat kemas kemas tu. Awal nya nak balik." Ujar seseorang yang mula menerjah pejabatnya.

"Kau diam boleh tak? Masuk bilik aku memekak je kerja kau. Satu lagi, suka hati aku lah nak balik pukul berapa pun yang kau nak kesah sangat kenapa? Tak cukup ke aku bayar gaji kau tiap-tiap bulan huh?"

"Wowowo sabar lah bos. Yang nak marah sangat ni kenapa? Aku cuma bertanya je." Kata Azim sambil memeluk tubuhnya.

"Aku bukan nya nak marah kau. Tapi kau ni suka buat aku naik angin. Kau kerja bukan nya rajin sangat pun. Menganggu aku saja yang kau tahu. Gaji nak, kerja malas. Lain kali aku potong gaji kau." Ugut Adam lagi. Dia mencapai telefon pintar nya yang berada di atas meja.

"Alah janganlah bos. Biasa lah bos, orang single macam ni lah kerja nya. Lain lah kalau aku ni dah ada girlfriend. Kau tu patut bersyukur kahwin awal bukan macam aku ni, masih mencari. Silap haribulan aku kahwin dengan makcik cleaner dekat tingkat bawah tu je." Terang Azim panjang lebar. Dia pun dah pening mahu terus membujang ataupun mendirikan rumah tangga.

"Haaa aku rasa itu idea yang bagus. Aku tengok Mak Minah tu bukan nya ada suami. Atau pun masih dara lagi. Kau cuba lah masuk line. " Adam sempat mengusik pekerjanya. Dia berjalan menghampiri sofa yang terletak briefcase nya di situ.

"Tak nak aku. Tadi aku cuma bergurau je. Tak sangka kau ambil benda ni serius.."

"Sudahlah kau. Kalau nak, kau bagitahu aku biar aku cakap dengan Mak Minah tu. Kalau tak nak diam. Tolong tutup suis dalam bilik aku ni. Kau jangan berani berani nak duduk atas kerusi aku tu. Hanya aku je yang boleh duduk. Tempat kau, tu.. kerusi tu. Faham?" Adam menjuihkan bibirnya menghala ke kerusi beroda yang sudah lapuk di penjuru bilik nya.

"Kurang asam betul kau ni. Hm yelah aku tutupkan.." Balas Azim pasrah.

"Sebelum tu...aku nak tanya, perempuan suka hadiah apa ya?" Soal Adam sebelum menarik pintu kaca biliknya.

"Entah, coklat mungkin. Ataupun bunga? Entah lah aku tak tahu. Kau janganlah tanya aku ni. Nanti aku cemburu.."

"Haa yelah yelah... Satu lagi, pastikan kau online malam ni. Aku ada benda nak bagitahu.."

"Okey, bos!"









|TBC|

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now