SEJAK mereka kembali semula ke rumah, perasaan seakan-akan sama saja. Tiada perubahan. Adam Zafran dari hari itu lagi tidak mahu memandang muka isterinya. Mereka juga tidur di bilik berasingan setelah beberapa kali ditegah oleh Naurah. Wanita itu terpaksa menurut jika tidak mungkin dia akan jadi mangsa api kemarahan Adam memuncak. Sudah seminggu mereka tidak bertegur sapa, hal ini semakin merumitkan Naurah. Dia cukup yakin bahawa Adam ada menyembunyikan sesuatu daripadanya. Lelaki itu suka pulang lewat dari kerja, bila di tanya diam membisu pula.
Naurah yang sedang memasak di dapur mula berlari anak ke pintu utama bila loceng rumah ditekan oleh seseorang. Buka saja pintu, wajah Mikhael terjengul di depan pintu rumah. Terkebil-kebil Naurah di depan pintu. Sempat dia melilau sekeliling takut takut ada geng mak cik bawang yang akan kupas cerita panas pula nanti.
"Assalamualaikum Naurah, saya datang nak hantar makanan ni. Dan ini pula...Amirah suruh berikan pada awak." Sepucuk surat diberikan kepada Naurah disertakan dengan sebungkus makanan di dalam plastik berwarna kuning. Tanpa menunggu lagi Naurah menyambutnya dengan senang hati. Tapi ada kemusykilan di dalam fikirannya.
"Macam mana awak tahu rumah saya dekat sini?"
Mikhael yang tadi tersenyum manis sudah mula cuak sendiri. Dia memegang lehernya bagi menghilangkan rasa kekok dalam diri.
"Err...adalah. Saya dah lambat ni, nanti ada masa kita bersembang lagi." Pamit Mikhael lalu beredar dari situ. Kalau boleh, dia mahu duduk lama lagi disitu memandangkan Naurah seorang di rumah. Tapi disebabkan takut Naurah bertanya soalan bukan bukan lagi padanya, lebih baik dia mengundur diri terlebih dahulu sebelum semuanya terbongkar.
Naurah mengerutkan kening tidak faham. Kenapa tiba-tiba Mikhael berlagak baik dan macam mana dia boleh tahu Naurah tinggal di sini? Musykil sungguh.
Surat yang di katakan ditulis oleh Amirah itu diletakkan di atas meja sebelum dia menuju ke dapur semula. Menyiapkan masakan yang tergendala tadi. Dalam seronok dia berperang di dapur, bunyi pintu dikuak dari luar rumah. Terkejut Naurah sehinggakan pisau yang sedang memotong bawang terkena pada jari telunjuk nya. Dia mendesah perlahan sebelum dibawa jari itu untuk dicuci.
Adam Zafran menghempaskan badannya di atas sofa. Rasa penat melanda diri setelah sekian lama nya dia menghabiskan masa di pejabat. Melakukan kerja kerja yang tergendala memang agak sedikit serabut tambah lagi dengan Aulia yang setiap hari datang ke pejabat nya untuk pergi makan bersama. Cuma hari ini saja dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana tidak mahu diganggu. Si Azim pula tak habis habis menyalahkan dirinya kerana sibuk menurut apa saja kemahuan Aulia Qaisara tanpa mengetahui dahulu apa niat wanita itu. Sungguh mencurigakan kerana dengan tiba tiba saja ingin bersahabat dengan Adam walhal mereka bagai anjing dengan kucing jika terserempak dimana-mana.
"Awak dah balik? Nak saya buatkan air?" Belum sempat Adam memejamkan mata bagi menghilangkan rasa penat, Naurah pula datang membawa mood tidurnya pergi.
Adam tidak membalas apalagi memberi respon dengan pertanyaan yang Naurah ajukan. Dia masih lagi mahu mempertahankan egonya yang tinggi melangit itu tanpa mempedulikan hati dan perasaan Naurah yang telah dirobek olehnya.
"Tak apa lah kalau awak tak nak, saya ke dapur dulu.." Kata Naurah. Tiada makna nya menunggu jawapan daripada mulut suaminya itu kerana Adam sekalipun tak akan bercakap dengannya. Macam dosa wanita itu pada nya terlalu besar dan susah untuk dimaafkan.
Tipu lah kalau Naurah Khadeja tak menitiskan air mata dengan kelakuan Adam yang sekejap okey sekejap tak okey ni. Kalau lah lelaki itu tahu bahawa isterinya selalu menangis seorang diri di dalam bilik mengenangkan apa lagi yang harus dilakukan bagi meraih cinta nya semula.
Hening menyapa Adam yang bersendirian di sofa. Rasa mengantuk sudah hilang dibawa angin lalu. Dia membuka mata lalu mengeluh perlahan. Sampul surat berwarna putih itu seakan-akan memanggil Adam untuk membacanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/208672041-288-k457722.jpg)
YOU ARE READING
[OG]Bukan Yang Pertama✔
Historia Corta"Kalau betul lah ada cinta antara kita, tak akan ada dua nama dalam satu hati yang sama." Naurah Khadeja 👉tidak dibenarkan melakukan plagiat atau dalam kata lain ciplak karya ini. p/s : lepas baca jangan lupa vote dan comment tau ♡ Terima kasih (...