BYP 23 💫

45 6 3
                                    

PEJAM celik pejam celik, sudah dua bulan pasangan merpati sejoli itu mendirikan rumah tangga. Banyak hal mereka kongsikan sepanjang menjadi suami isteri. Adam Zafran cuba memahami si isteri yang sejak kebelakangan ini mahu berkepit saja. Dia menyangkakan bahawa Naurah mengandung rupanya memang sikap wanita itu terpendam sekian lama. Manja!

Memandangkan hari ini hari minggu, di mana sesebuah keluarga akan keluar bercuti. Tapi tidak pula pada Naurah dengan Adam. Mereka hanya terperuk di dalam rumah. Bermain main dengan Oyen adalah hal yang Adam paling tidak suka tapi bila dipaksa oleh isteri, dia hanya menurut lemah. Sudahlah dia geli dengan haiwan berbulu lebat itu.

"Sayang..sudahlah layan si Oyen tu. Layan lah aku pula suami tak cukup kasih sayang kau ni.." Ujar Adam geram. Sengaja dia menekankan setiap patah perkataan yang diungkapkan nya.

"Tak nak, awak busuk." Kata Naurah sekilas.

"Mana ada busuk, aku dah mandi lah. Kau pun nampak aku mandi tadi kan.." Balas Adam sambil tersenyum senget. Senyumannya penuh misteri. Matanya memandang nakal ke arah wajah isteri yang sudah malu. Mana mungkin Naurah terlupa bahawa mereka membersihkan diri bersama sama pagi tadi.

Semuanya salah si Adam gatal tu!

"Kau lupa hm? Atau nak aku ingatkan?" Tanya Adam Zafran sambil tersengih. Naurah menelan air liur dengan payah. Berpasir saja rasanya.

"Ish sana sikit lah, rimas." Sengaja wanita itu mencari alasan supaya Adam tidak terus memandang wajah nya. Walaupun sudah dua bulan mengenal hati budi masing-masing, perasaan malu itu tetap tersemat dalam dada nya sebagai seorang wanita. Bukan wanita namanya kalau tiada sifat malu dalam diri.

"Ala nak malu buat apa..aku suami kau juga kan.."

"Saya tetap malu! Lagipun awak ni kalau tak gatal sehari tak boleh ke?"

"Tak boleh, hidup aku memang macam ni. Sebelum ni aku tak pernah rasa bahagia macam sekarang, tapi bila dah hidup dengan kau aku rasa hidup aku begitu indah.." Syahdu Adam menutur kata sampaikan jantung Naurah mula mengepam dengan laju.

Adam Zafran...bahagiakah dia denganku?

Hati kecil mula berbicara. Dia merasakan bahawa Adam Zafran sekarang sedang mempermainkan perasaannya apatah lagi emosinya yang sekarang tidak menentu. Lelaki itu sebenarnya sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Lihat lah dari senyuman yang dia lakarkan itu. Seakan akan palsu belaka! Senyuman itu sepatutnya dia ukirkan buat cinta pertama iaitu Aulia Qaisara! Dan senyuman itu adalah senyuman kemenangan disaat dia sudah berjaya merobek hati Aulia itu.

Ya, wanita itu!

Kejadian tempoh hari betul betul membawa dia ke alam yang lain. Ligat otaknya mencerna satu persatu dari mula hingga dia menjadi milik Adam Zafran. Kenapa Adam Zafran sanggup gadaikan perasaannya hanya untuk membalas dendam pada wanita itu. Dan aku yang menjadi mangsa keadaan.

Tak semena-mena air mata bertakung di kelopak mata. Perkahwinan ini sepatutnya tidak berlaku. Aku sudah hancurkan hati seorang wanita yang mendambakan seorang lelaki yang juga aku cintai dalam diam.

"Naurah..?" Aku berpaling ke tepi. Nasib baiklah dia tidak perasan air mata ku yang sudah berlinangan. Aku mengoyakkan senyuman palsu. Pahit saja rasanya. Manisnya semua hilang dek teringatkan peristiwa tiga hari yang lalu.

"Naurah...tolong ambil kan tuala aku kejap dalam wardrobe." Pekik Adam dari dalam bilik air. Naurah yang baru saja selesai menyikat rambut terus meluru ke arah almari yang diperkatakan oleh suami.

Si suami itu sengaja betul tak bawa tuala masuk ke dalam bilik air!

"Nah tuala, buka lah pintu ni." Naurah mengetuk perlahan lalu menjarakkan diri dari dekat dengan pintu bilik air. Tahu sangatlah bahawa Adam bakal menariknya masuk ke dalam. Lelaki itu memang tak tahu malu.

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now