CUACA yang agak mendung pada petang itu diamati dengan asyik sekali. Rambut yang elok terurai diikat dengan kemas supaya tidak beralun sampai masuk kedalam mulutnya.
Serta merta senyumannya mulai mati disaat kereta Proton Waja yang sangat dikenali masuk ke dalam perkarangan rumah Adam Zafran. Naurah mati kata. Bibirnya digigit sebelum bunyi derapan kaki seseorang ingin menuju ke biliknya.
"Sayang, turun jap. Mak bapak kau datang." Panggil Adam Zafran tanpa mengetuk pintu bilik gadis itu dahulu. Memang betul lah lelaki ni tak ada perasaan malu. Naurah mendekati Adam yang sudah menunggu nya di muka pintu. Tiba tiba muka Naurah Khadeja merona merah. Entah malu atau tak suka mak ayahnya datang ke sini. Cukuplah hinaan dan cacian yang dia dapat selama tinggal bersama dengan ayah kandung dan mak tirinya.
"Kenapa muka kau merah? Malu eh aku panggil kau sayang.." Adam Zafran menduga sendiri seraya tersenyum senget. Sengaja dia menggunakan panggilan sayang untuk merapatkan lagi hubungan mereka dan pada masa yang sama nampak manis aje. Tak gitu?
"Kenapa dia orang datang?" Tanya Naurah. Sengaja dia tidak mahu menjawab soalan maut Adam.
"Aku yang suruh. Dah lah, jom turun." Katanya. Lupakan soalan yang satu itu, sekarang dia harus cepat kan urusan nya dengan Yusoff. Hujung baju yang dipakai Naurah, ditarik keluar dari bilik.
"Tak payah lah tarik! Nanti besar baju ni. Lagipun saya boleh jalan sendiri."
"Kau jalan lambat macam badak. "
"Badak jalan laju lah! Kura-kura baru jalan lambat." Naurah melawan lagi. Sudah serik kalah berkali kali di tangan lelaki itu. Dasar tak mahu mengalah langsung dengan perempuan.
Adam Zafran mendecit geram. Naurah Khadeja ditarik lalu dibawa turun ke bawah. Kalau tunggu dia nak kalah, memang esoklah jawabnya mereka turun.
Figura sepasang suami isteri dikenal pasti. Naurah Khadeja menunduk ke lantai. Pasti mereka marah bila dapat tahu dia tinggal di sini. Lebih mewah daripada mereka.
Yusoff menayang muka kelat manakala Rosalinda tak habis habis mengutuk anak perempuan tirinya. Belum sempat gadis itu duduk di sofa, Rosalinda bangun dari duduk.
"Tak tahu malu jadi perempuan! Kau merempat dekat sini nak minta belas kasihan rupanya. Suka lah kau ye dapat tinggal dalam rumah besar macam ni kan?" Laju Rosalinda menghambur anak tirinya. Naurah sudah pun tundukkan wajahnya ke lantai. Tak berani nak pandang wajah bengis itu.
"Makcik, sebelum tangan saya melekap dekat muka makcik biar lagi hodoh lebih baik makcik tutup mulut. Nasib baik saya ajak makcik dengan pakcik duduk sini dan jumpa Naurah, kalau tak memang haram lah saya nak bagi. Lagipun hari ini saya nak semuanya selesai dibincangkan. No more excuse! " Bidas Adam Zafran pedas. Rosalinda menyimpan dendam didalam hati. Masuk kali ni, dah dua kali Adam Zafran kurang ajar dengannya. Cakap orang hodoh pulak tu.
Memang nak kena lah!
"Duduk sini." Arah Adam Zafran. Sofa yang agak jauh dari Yusoff dan Rosalinda menjadi pilihan. Naurah yang masih menekur ke lantai hanya memasang telinga. Hatinya sakit mahu melihat ayah kandungnya semula. Setelah apa yang berlaku dulu, dia sekarang lebih suka berdiam diri. Kalau dia membuka mulut, nanti tak pasal-pasal dicop anak derhaka.
"Kau duduk sini kejap, aku nak panggil ibu." Sambungnya lagi. Naurah menggeleng tidak mengangguk pun tidak. Pandangannya kini seratus peratus pada lantai yang licin dan berkilat itu.
"Kau ingat dengan kehidupan kau sekarang ni, aku akan lepaskan kau ke? Kau kena ingat sampai mati yang kau itu anak tiri aku! Jangan sampai besar kepala mentang mentang tinggal dekat rumah orang kaya. Kau jugak akan kongsi harta kau pada aku, Remy dan ayah kau!" Rosalinda menyambung lagi amarahnya yang kian menggunung terhadap Naurah. Yusoff pula mati dalam kata kata. Esok, dia terpaksa melepaskan anak perempuannya kepada seorang lelaki. Rasa sebak mengurung diri buat kesekian kalinya.
YOU ARE READING
[OG]Bukan Yang Pertama✔
Krótkie Opowiadania"Kalau betul lah ada cinta antara kita, tak akan ada dua nama dalam satu hati yang sama." Naurah Khadeja 👉tidak dibenarkan melakukan plagiat atau dalam kata lain ciplak karya ini. p/s : lepas baca jangan lupa vote dan comment tau ♡ Terima kasih (...