"CIK Naurah tidak mengalami sebarang kecederaan parah di kepala cuma perlu lebih rawatan susulan untuk mencuci lukanya dan dia akan dipindahkan ke wad biasa." Terang doktor lelaki itu lagi. Satu keluhan lega aku lepaskan. Aku berterima kasih kepada Tuhan kerana sudah mengabulkan doa aku.
"Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu." Pamit doktor itu lagi. Aku mengangguk kepala seraya mengucapkan terima kasih kerana sudah menangani Naurah.
"Kamu tengok lah apa yang kamu dah buat Zaf, nasib baik tak jadi apa apa pada anak dara orang tu." Ibu membebel lagi. Dari tadi sibuk duk menyalahkan aku. Padahal niat aku cuma nak tolong Naurah tak sangka aku boleh tertolak dia sampai teruk macam tu.
"Zaf minta maaf lah ibu, sudah lah tu membebel." Aku menekup telinga. Kalau perempuan membebel sampai esok pun tak pernah nak habis.
"Kamu patut minta maaf pada Naurah bukan pada ibu, entah apa perasaan dia masa Zaf tolak dia. Dia pun ada perasaan." Kata kata ibu membuatkan aku menghembuskan nafas berat. Ya, aku tahu selama ini aku banyak buat salah pada dia. Aku marah dia, aku herdik dia tapi aku betul betul tak maksudkan apa yang aku cakap tu. Tujuan aku cuma nak bergurau.
"Sudah lah, ibu nak jenguk Naurah kejap. Kamu pergi beli makanan dulu dekat kantin bawah sana." Duit berwarna merah di hulurkan kepada aku. Berkerut dahi aku melihatnya.
"Nak beli apa sepuluh ringgit ibu? Zaman sekarang ada lagi ke makanan murah?" Aku bertanya lagi.
"Ini hospital, makanan murah sikit setakat sepuluh ringgit boleh lah beli satu bungkus nasi goreng dan air untuk Naurah." Kata ibu menyentak hatiku.
"Untuk Naurah je? Untuk Zaf tak ada? Tak baik tau ibu buat anak teruna ibu macam ni, balik dari Singapura tak makan lagi." Aku bernada sedih. Tak lama kemudian, aku bunyi pintu tertutup rapat. Aku merengus sendirian.
Sampai hati ibu!
Aku menekan butang lif untuk turun ke bawah. Lalu terbukalah pintu lif di sebelah kanan untung saja tiada orang.
"Sekejap..! Jangan tutup lagi. "Aku mendengar suara seorang perempuan sedang berlari anak. Tapi malangnya pintu lif sudah tertutup. Samar samar aku pandang wajahnya yang sayu. Ekspresi wajahnya macam pernah aku nampak tapi dimana ya?
Aku tepis pelbagai persoalan yang menerjah minda. Aku fokuskan perjalanan aku dengan menuju ke kantin hospital. Usai membuat pesanan, aku duduk dibangku yang disediakan. Aku acah menilik telefon pintar yang sedari dari tadi asyik berbunyi menandakan ada notification masuk.
Segala perbualan yang kerani aku bicarakan aku scroll dari atas sampai bawah. Pelbagai kata madah dilemparkan membuat aku menguntum senyum sendiri. Tak habis habis mereka memuji aku melangit. Naik kembang hidung aku.
Azim Gila: Bos tu kalau korang nak tahu hensem gila senyuman dia boleh buat perempuan cair bukan setakat perempuan je aku silap haribulan pun cair jugak. Dia memang perfect lah senang cakap. Aku pun ada dengar dia ni pemurah belanja gelandangan tepi jalan tu. Bos ni asyik jadi cctv je tak nak reply ke?
Pertanyaan Azim aku biarkan sepi. Aku terus meleret ke bawah melihat pekerja lain mencuba memancing aku. Heh, tak ada benda lain lah ni nak suruh aku payung makan lah tu.
Punat tepi telefon aku tekan segera hilang apa yang berada di layar skrin. Gelap. Aku melilau lilau kan mata melihat kesibukan hospital pada waktu ini.
Dengan tidak sengaja, mata aku tertancap pada figura wanita yang sangat aku kenali. Dia memakai kaca mata hitam dan scarf di kepala. Perempuan itu mengibas di sekitarnya. Panas mungkin. Dia membuka kaca matanya dan jantung aku bagaikan berhenti seketika.
YOU ARE READING
[OG]Bukan Yang Pertama✔
Short Story"Kalau betul lah ada cinta antara kita, tak akan ada dua nama dalam satu hati yang sama." Naurah Khadeja 👉tidak dibenarkan melakukan plagiat atau dalam kata lain ciplak karya ini. p/s : lepas baca jangan lupa vote dan comment tau ♡ Terima kasih (...