PETANG itu, Adam mengajak isterinya untuk ke rumah mertuanya. Walaupun dibantah berkali kali oleh Mastura, lelaki itu tetap keras kepala menginginkan Naurah berjumpa dengan ayah kandungnya. Sudah dua kali mereka berjumpa pada bulan ini dan hal ini adalah luar dari surat perjanjian.
Ini juga adalah disebabkan oleh permintaan Naurah untuk ke sana disebabkan oleh kerinduan yang telah menggunung dalam hatinya. Sebagai suami, dia hanya menurut.
"Sayang..kita dah sampai. Turun lah." Sampuk Adam Zafran disaat Naurah sedang mengelamun jauh. Gadis itu menghadiahkan senyuman tipis sebelum turun dari kereta.
Cepat cepat Adam mengunci pintu kereta sebelum membawa diri untuk berada dekat dengan isteri. Dia tidak mahu lah nanti isteri kesayangannya diapa-apakan.
"Pegang tangan aku."
"Kenapa pula?"
"Nanti kau hilang. Kau itu sudahlah pendek nanti susah aku nak cari. "Ujar Adam sebaris.
"Saya dah tinggi lah!"
"Baik kau diam sebelum aku tutup mulut kau dengan ketiak aku yang wangi ni, kau nak dapat malu dekat sini ke?" Ugut suami cuba menakutkan dirinya. Naurah geleng kan kepalanya laju sebelum melilau ke sekeliling. Gila! Ramai orang kot.
"Tahu pun senyap, dah jom masuk.."
"Assalamualaikum..." Ucap Naurah sambil mengetuk pintu.
"Haa tahu pun nak datang jenguk mak bapak dekat sini, ingatkan dah lupa. Maklumlah sekarang dah kahwin dengan orang kaya, mana nak ingat mak bapak yang miskin lagi dah dekat sini. Hey Naurah, kau patut bersyukur tau aku jaga kau selama mak kau mampos, kalau tak ada aku ni memang mati kau aku campak dalam laut. Tak ingin aku ada anak macam kau ini. Menyusahkan." Hambur Rosalinda kuat. Sampaikan ada jiran tetangga yang duk memasang telinga di sebelah. Sengaja mahu memalukan diri anak tirinya sendiri. Biar tahu langit tu tinggi ke rendah.
"Mak cik! Mulut mak cik memang tak ada insurans ke? Kalau muka dah hodoh, mulut jangan ikut sama. Niat kami datang ke sini nak jenguk mak cik dan pak cik tapi ini yang kami dapat? Lebih baik jenguk hospital gila lagi baguslah! Jom sayang, kita balik. Tak guna bercakap dengan orang tak reti hormat orang ni.." Giliran Adam Zafran pula menghambur. Dia paling pantang bila ibu mertuanya buka mulut, ada saja dia mahu menjawab. Bukan niat mahu melawan cuma mahu wanita tua itu sedar kesilapan diri sendiri.
"Kurang ajar betul kau jadi menantu ya. Mak bapak kau tak ajar kau ke nak hormat orang?" Rosalinda makin menjadi. Dia bercekak pinggang.
"Makcik tu patut hormat orang, jangan jadi macam orang tak ada adab. Harap muka saja cantik tapi kalau perangai macam taik, baik jadi taik je. Sudahlah, baik kami balik saja kalau begini perangai makcik." Tangan Naurah ditarik lalu keluar dari perkarangan rumah. Jiran yang sedang sibuk jaga tepi kain orang itu dipandang benci. Dia membukakan pintu kereta untuk si isteri sebelum masuk ke dalam kereta.
"Maaf awak, makcik Ros memang macam itu. Awak jangan ambil hati dengan apa yang dia cakap ye." Tutur Naurah perlahan. Rasa bersalah pula kepada suaminya. Ada mak tiri pun mengalahkan syaitan perangainya.
"Tak apalah, aku tak ambil hati pun. Kita pergi lain kali ya jumpa ayah kau.." Kata Adam Zafran lagi. Dia mengerling isterinya sekejap sebelum mereka beredar dari situ.
"Okey, sorry saya selalu susahkan awak.." Balas Naurah sayu. Dia berasa bersalah terhadap Adam kerana dari dulu dia merasakan dirinya cuma mendatangkan masalah saja pada Adam.
"Mana ada menyusahkan. Aku kan suami kau, jadinya apa pun masalah kau akan jadi masalah aku. Kita sama-sama cari jalan selesaikan masalah kau itu okey sayang..?" Pujuk Adam lembut. Dia mengelus tangan isterinya dengan penuh kasih sayang.
YOU ARE READING
[OG]Bukan Yang Pertama✔
Nouvelles"Kalau betul lah ada cinta antara kita, tak akan ada dua nama dalam satu hati yang sama." Naurah Khadeja 👉tidak dibenarkan melakukan plagiat atau dalam kata lain ciplak karya ini. p/s : lepas baca jangan lupa vote dan comment tau ♡ Terima kasih (...