BYP 2 💫

92 10 0
                                    

PADA malam itu, aku keluar mengambil Julia setelah mendapatkan kata persetujuan daripadanya untuk berjumpa di cafe. Aku menyarung baju berwarna putih dan seluar slack hitam. Malas nak berhias cantik bagai, nak pergi ambil Julia saja pun. 

Setelah sampai di tempat yang dijanjikan, aku turun dari kereta lalu menekan lock pada kunci kereta. Serentak itu pintu dikunci secara automatik. Laju kaki aku mengorak langkah masuk ke dalam. Kelibat Julia aku perhati betul-betul sehinggalah tertancap pada tangan manusia yang sedang melambai-lambai ke arah ku. Aku tersenyum tipis sebelum berjalan ke arahnya. 

"Dah lama tunggu? "Aku mulakan percakapan. Dia menggeleng sambil tersenyum. Aku memandang ke arah meja yang terdapat dua gelas air. Aku bersangka baik, mungkin dia mengajak temannya untuk menemaninya bertemu denganku. Perempuan kan pemalu.

"Saya nak bincang sikit dengan awak, harap awak dapat lah tolong saya. "Aku berkata serius. Aku betul kan kedudukan menjadi tegak dan bersedia untuk melamarnya sebagai permaisuri hidup ku. Berharap keputusan yang aku buat malam ini tidak mendatangkan kemudaratan pada masa yang akan datang. Manalah tahu dia pun merupakan jodoh aku yang aku tunggu selama ini. Cuma aku saja yang tidak menyedari kehadirannya dalam hidup aku. 

Biarlah tiada cinta pada awalnya asalkan ibu bahagia. Aku harap cinta yang aku semai dan berikan pada dia dapat dibalas dengan seikhlasnya walaupun kami berkahwin secara mengejut seperti ini. Walaupun kami berdua baru sahaja kenal tapi ketentuan Allah siapa boleh yang lawan kan. Lagipun, aku sudah membujang bertahun lamanya. Sudah sampai masa untuk aku mendirikan rumahtangga.

"Awak nak bincang apa dia?" Aku tersenyum tipis. Adakah betul keputusan yang aku buat malam ini? Benda macam ini sepatutnya tidak boleh di buat main-main.

Belum sempat aku menyatakan hasrat yang satu itu, kelibat seorang lelaki berbadan tegap mula menerjah segenap ruang mataku.

"You.." Lelaki itu menghampiri. Bengis saja wajahnya. Jika nak dibandingkan aku dengan dia, memang lelaki itu akan dipilih kerana tampaknya berduit dan sado. Lihat sajalah pada pakaian yang dikenakan oleh lelaki itu, semuanya berjenama sahaja. Sedangkan badan aku tidaklah tegap seperti lelaki itu.

"Siapa ni?" Tanya lelaki itu. Aku melihat Julia mati kata. Kusangkakan hujan sampai ke petang ternyata ribut yang datang. Ku sangkakan jodoh yang datang rupanya jantan lain yang bertandang. 

Aku mati-matian ingatkan perempuan itu saja yang boleh tolong aku memandangkan dia seorang yang baik dan ikhlas berkawan denganku selama ini. Memang menepati citarasa aku. Cuma perasaan cinta dan suka saja yang tidak timbul antara aku dan Julia.

"We're just friends.." Aku cepat mencelah. Malas mahu mengadakan perbalahan di tempat awam. Segera aku mematikan niat dan hasrat yang tadinya sedang meronta-ronta di dalam hati dan fikiranku.

Lelaki itu mengangguk perlahan lalu mengambil tempat disebelah Julia. Aku mengurut pelipis perlahan. Haa sudah, aku nak cari perempuan mana pulak lah malam ni. Ibu pula mesti sudah menunggu kepulangan aku dengan tidak sabar.

"Dah lama kenal? "Aku menanya soalan. Serabut betul lah. Lepas ni nak ambil siapa pula? Takkanlah Katrina? Mati hidup semula pun aku tak ingin kahwin dengan janda tu.

"Ya, dah nak dekat sebulan. Kan you..?" Lelaki itu meletakkan tangan diatas bahu Julia. Naik meluat aku tengok. Rupanya dalam masa sebulan tu, aku ditipu hidup-hidup dengan lakonan baik dia ni. Nasib baik tak terlepas hajat aku tadi.

"Awak cakap nak minta tolong tadi. Tolong apa? "Julia bertanya. Aku mendapat akal.

"Tak apa lah, kebetulan saya nak cari cleaner untuk office tapi saya baru dapat mesej dah ada orang nakkan kerja tu. Saya terdesak sangat sebab tu saya ingat awak je yang boleh tolong.. " Usai saja berkata, aku mengetap bibir menahan tawa daripada meletus. Terus berubah air muka Julia bila aku mengatakan 'hasrat' ku yang palsu itu.

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now