AWAL pagi lagi Adam Zafran sudah pun mengemaskan pakaiannya dan dimasukkan ke dalam beg. Alhamdulillah, mesyuarat petang semalam berakhir dengan lancar. Projek pembangunan yang akan ditubuhkan di Pahang itu semakin banyak berkembang. Dia juga tidak sabar untuk ke Pahang melihat hasil daripada lakarannya menjadi nyata.
Dia meraba poket seluar dan telefon pintar berjenama iPhone dikeluarkan. Laju tangannya mencari nombor Kayla.
"Assalamualaikum Kayla..saya dah nak balik ni. Tolong siapkan kereta ya. "Arahnya dengan cermat. Tanpa apa apa, dia menutup telefonnya setelah mendapat kata persetujuan daripada gadis itu.
Tersenyum dia melihat keindahan alam ciptaan Allah. Begitu cantik. Dia membayar sewa hotel sebelum dia melangkah ke kereta khas yang Tan Sri Jaafar sediakan untuknya.
Usai saja sampai di Malaysia, dia mencari kelibat Kayla takut takut gadis itu tidak sedar akan kewujudannya.
"Bos! "Cepat cepat Adam melangkah ke arahnya.
"Maaf, saya tak perasan pula tadi. Office kita okay? Tak ada masalah?" Soalan yang dikemukakan mendapat gelengan daripada Kayla. Adam melepaskan keluhan lega. Benarlah, Kayla seorang yang amanah dan jujur. Sebab itu dulu dia pernah tersuka. Eh?
"Ni kunci kereta bos, saya balik dulu ya. " Kunci yang dihiasi keychain itu mula bertukar tangan.
"Terima kasih Kayla. "Ucap Adam ikhlas.
"Sama sama." Mata lelaki itu menghantar kepulangan pekerjanya sambil tersenyum. Cepat cepat dia geleng kepala. Menyedarkan diri bahawa susuk tubuh yang dia amati dalam itu adalah tunangan orang.
Adam Zafran mengangkat brek tangan dengan cermat setelah itu dia mula turun dari kereta. Tidak sabar untuk berjumpa dengan orang yang dirindui nya. Siapa lagi kalau bukan Mastura.
Loceng rumah ditekan beberapa kali dan disahut oleh seseorang dari dalam rumah.
Pintu dibuka dan dengan lajunya dia menerpa figura itu. Didakapnya erat."Ibu! "
"Apa ni Zaf? Ibu tak boleh bernafas lah." Tubuh lelaki itu ditolak perlahan. Tersengih-sengih anaknya diperlakukan seperti itu.
"Rindu laa ibu.. jom kita masuk." Mereka masuk secara beriringan menuju ke sofa. Mata Adam melilau lilau sekeliling rumah seperti mencari sesuatu. Apa yang dia harapkan muncul depan mata tidak ada lagi. Bayang bayang pun tak nampak.
Mungkin dalam bilik kot.
"Kamu cari Naurah..?" Soalan ibunya dibalas dengan anggukan kecil. Dia mengerling pula ke arah dapur yang dari tadi bunyi seperti orang sedang membasuh pinggan.
"Naurah dekat dapur ke?" Bisik lelaki itu perlahan pada ibunya. Mastura menggeleng seraya duduk disebelah anaknya.
"Dengar ibu nak bagitahu ni, Naurah dah balik rumah dia semula. Dia suruh ibu bagitahu kamu yang dia berterima kasih sangat dengan kamu."
Adam Zafran diam.
Takkanlah..
Dia bangkit dari duduk lalu menuju ke pintu utama. Kunci kereta yang dia lempar tadi dia genggam semula. Ini tak boleh jadi.
"Kamu nak kemana Zaf? "
"Cari Naurah.."
PADA masa yang sama, Naurah membuka perlahan-lahan pintu rumahnya. Sepi. Seperti orang semua sudah keluar. Dia masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati. Sejak dia tiada di dalam rumah ini, semuanya berubah menjadi lebih teruk. Sofa tidak tersusun dengan elok dan meja kopi penuh dengan kulit kulit kacang terbuang.
YOU ARE READING
[OG]Bukan Yang Pertama✔
Historia Corta"Kalau betul lah ada cinta antara kita, tak akan ada dua nama dalam satu hati yang sama." Naurah Khadeja 👉tidak dibenarkan melakukan plagiat atau dalam kata lain ciplak karya ini. p/s : lepas baca jangan lupa vote dan comment tau ♡ Terima kasih (...