BYP 28 💫

28 7 0
                                    

NAURAH tidak habis mengomel dari tadi. Ada saja yang dia tidak puas hati dengan suaminya yang sorang itu. Sekarang ini tak pasal-pasal kena duduk tepi jalan ni. Sudahlah hari nak gelap, bila bila masa saja matahari nak terbenam. Aaah! Semua ni Adam punya pasal! Punyalah semangat dia mahu berjalan ke negeri orang hari ini, kereta pula buat hal.

"Ishh, memang tak boleh start ke awak?" Tanya Naurah sedikit marah. Dia sudah tidak betah menunggu di tepi highway macam ni. Kereta pula cuma beberapa buah saja yang menggunakan jalan ini.

"Sabar sikit boleh tak? Saya tengah usahakan lah ni. Awak dari tadi membebel kalah makcik-makcik, cubalah bawa bertenang mengucap ke apa ke.." Pesan Adam setelah daripada tadi diam tidak bersuara. Bukan dia tidak dengar Naurah membebel seorang diri. Dia malas menyampuk, takut dia sendiri naik baran.

"Huh! Orang suruh check pagi tadi tak nak, itulah keras kepala lagi. Sekarang ni tak pasal pasal rosak program kita nak ke Temerloh." Naurah tidak mahu tinggal diam. Adam Zafran perlu dibasuh sampai cuci biar hal sebegini tidak berulang lagi. Nasib lah dia boleh tahan dengan karenah Adam yang sekejap betul sekejap tak betul tu. Urghhh!

Adam yang berada di depan kereta hanya menggeleng kepala mendengar Naurah mengomel. Dia beristighfar dalam hati bagi meredakan tekanan.

"Aduh la..dekat mana lagi yang tak kena ni.." Adam mengeluh dalam tidak sedar. Dia membelek belek enjin keretanya. Seingatnya, baru minggu lepas dia hantar kereta Porsche nya untuk servis. Takkanlah dah buat hal kut..

"Air dah cukup..apa lagi lah ni." Giliran Adam pula duk bercakap-cakap sendiri. Dia mula berteka-teki seorang diri.

"Maybe ini kut.." Kata nya sebelum membaiki wayar yang berselerak di dalam enjin.

"Sayang, cuba start enjin kejap." Pinta Adam lembut. Dia mengintai Naurah dari tepi, namun Naurah hanya membatu sambil memeluk tubuh. Tahu sangat lah dia bahawa isterinya sedang merajuk. Salah dia juga sudah berjanji untuk membawa wanita itu makan bakso di Temerloh. Tengok tengok macam ni pula jadinya. Sungguh luar dari perancangan nya.

"Sayang.."

"Apa..? Saya tak pandai lah." Naurah mereka alasan. Sudah hilang rasanya ingin melahap bakso dua mangkuk hari ini. Kecewa dengan suami hmph.

Adam mengeluh perlahan sebelum dia sendiri berjalan masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan usai saja kalimah bismillah menutur bibirnya.

Dengan izin Allah, akhirnya kereta itu berjaya dihidupkan.

"Alhamdulillah.." Ucap Adam syukur. Nasib baik lah dia berjaya menyelamatkan keadaan sebelum terbenam nya matahari.

Adam Zafran meneruskan perjalanannya ke Temerloh. Dia tidak boleh memungkiri janjinya dengan isteri.

Melihatkan keadaan yang agak suram di dalam kereta, Adam membuka radio bagi memeriahkan lagi suasana dalam kereta. Wajah Naurah yang agak kecewa itu di pandang sekilas.

"Marah lagi ke?" Tangan Naurah yang berada di atas peha diraih lalu digenggam erat. Naurah mendecit tidak suka namun itu tetap tidak membuatkan Adam melepaskan tautan tangan mereka.

"I'm sorry, kalau saya dengar cakap awak semua ni takkan jadi macam ni. Sorry okay?" Adam berusaha memikat hati isterinya yang sudah berjauh dengan nya dari tadi.

"Degil. Keras kepala. Kepala batu. Ego." Naurah mengutuk suaminya depan depan. Baru lelaki itu tahu salahnya dimana. Adam tersenyum nipis mendengar kutukan yang keluar dari bibir isterinya. Dia lagi suka Naurah membuka mulut dari diam tidak berkata apa-apa.

"Tak baik tau, kata kata itu satu doa. Sakit hati saya tahu.." Giliran Adam pula memuncungkan mulut. Sekali sekala bermanja dengan isterinya apa salahnya. Biar lah Naurah saja tahu sisi manjanya macam mana.

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now