BYP 14 💫

56 8 0
                                    

ADAM memulakan kerjanya seperti hari hari biasa di pejabat. Tangannya lincah menari di atas papan kekunci komputer menandakan dia adalah seorang pekerja yang profesional walaupun pangkatnya sebagai majikan di syarikat sendiri.

"Bagi aku jumpa Adam, kau tak ada hak nak halang aku lah betina! "Suara orang menjerit jerit membuatkan Adam Zafran memberhentikan kerjanya. Dia mengerutkan kening lalu bangun dari kerusi. Baru saja dia mahu menapak ke arah pintu, wajah Aulia Qaisara menerjah segenap ruang matanya.

"Maaf bos, saya dah halang dia tapi..." Ujar Aina merangkap pembantu peribadinya.

"It's okay, awak boleh sambung kerja awak." Kata Adam membuatkan Aulia senyum senget. Tahu lah bahawa Adam akan membela dirinya.

Adam berdehem kecil sebelum dia kembali berjalan ke arah tempat duduk nya.

"Kau nak apa datang sini? Buat semak pejabat aku je." Adam berkata sinis. Matanya ralit memfokuskan perhatian kepada skrin komputer yang bercahaya itu.

"I datang nak cari you lah Adam. Kenapa you suka bercakap kasar dengan I? Dulu kita kan sweet sekarang kenapa dah lain?" Tanya Aulia manja. Sengaja dia mahu memancing Adam dengan suara lunaknya. Dia menghampiri Adam lalu bertindak mengusap lengan lelaki itu dengan lemah gemalai.

"Ish jangan pegang aku lah gila, aku benci kau! Kalau kau datang sini semata-mata untuk nakkan aku balik memang sia sia je usaha kau sebab aku dah muak dengan kau!" Adam bengang. Dia tidak suka diperlakukan seperti itu.

"Adam! How could you dah tak nak kat I! I walaupun dah jadi janda I masih bergetah tau. Kahwin lah dengan I Adam, I takkan kecewakan you. "Kalau ikutkan hati dah lama lelaki itu layangkan sebuah penampar biar pecah semua gigi. Adam makin serabut. Lebih baik offday, daripada kena hadap perempuan gila ini.

"Murahnya kau jual diri kau, kan? Kau itu perempuan sepatutnya jaga maruah bukan rendahkan lagi martabat wanita. Itu pun nak suruh aku yang lelaki ni ajar. "Adam masih lagi bernada tenang. Dia dengan cepat menekan butang shutdown pada komputer peribadinya.

"I tahu you nasihatkan I sebab you sayangkan I lagi kan? Please Adam, beri I peluang kedua.." Dengan beraninya Aulia menyentuh lengan lelaki berpangkat bos itu. Adam mendecit geram sebelum tangan wanita itu dialihkan dengan kasar daripada terus melekap pada lengan sasanya.

"Kau tak layak nak dapat peluang kedua setelah apa yang kau buat selama ni. Pergi balik lah dengan kerjaya yang kau agung agungkan itu." Ujar Adam sinis. Dia bangun seraya mencapai beg sandangnya yang terletak elok di atas sofa. Dia melangkah dengan penuh rasa sebal dalam hati.

"I.. I dah kena pecat jadi model. "Kata kata Aulia membuatkan Adam mengalihkan semula pandangannya. Dia senyum penuh makna.

"Dengan bentuk tubuh kau yang macam ini, memang patutlah kau dipecat. "

"Sampai hati you Adam!"

"Kau lagi sampai hati sebab tinggalkan aku macam tu sebab nak kejar kerjaya kau yang satu itu!" Marah Adam. Turun naik dadanya seiiring dengan deruan nafasnya yang hangat.

"I tak sengaja Adam, tolong lah bagi I peluang kedua.." Rayu Aulia. Dia melutut sambil memegang kaki Adam meminta simpati. Senyuman sinis lelaki itu mulai pudar. Alangkah bagusnya jika masa boleh diputar kembali. Pasti dia akan melompat gembira melihatkan perempuan yang dia idamkan selama ini mendambakan dirinya. Seperti sekarang. Tapi semuanya telah berubah. Sikap Aulia membuatkan dia berubah. Malah, dia sekarang sedang belajar untuk mencintai Naurah Khadeja. Dia tidak mampu untuk meletakkan dua nama dalam satu hati yang sama sekarang.

Adam menarik nafas perlahan. Matanya sakit bila memandang Aulia yang merayu rayu bagaikan anak meminta gula gula daripada orang tua nya.

"Aku benci kau Aulia Qaisara! "Kakinya segera dialihkan kasar. Dia beredar dari ruangan pejabat untuk pulang ke rumah. Dia buntu! Sakit kepala otaknya bila Aulia tiba tiba datang bila mana dia berusaha untuk melepaskan.

[OG]Bukan Yang Pertama✔Where stories live. Discover now