"Mikael!!!"
Mikael pandang ke arah suara yang memanggilnya. Kelihatan seorang lelaki berlari ke arahnya dengan senyuman yang lebar. Mikael hanya tersenyum.
"Hah! Lambatnya kau keluar kelas. Penat aku tunggu kat koridor ni." kata Mikael sambil menepuk bahu rakannya itu, Faiq Zafrel. Mereka yang berlainan kelas terpaksa menunggu satu sama lain untuk keluar rehat sekiranya guru yang mengajar mengeluarkan mereka lambat.
"Sorrylah. Tadi yang masuk Teacher Suzy. Kau tahulah dia tu macam mana?" balas Zafrel. "Okey. Jom makan.Nanti tak dapat tempat duduk," kata Mikael
💗💗💗💗💗
Mikael memilih untuk makan spaghetti carbonara, makanan kegemarannya manakala Zafrel memilih untuk makan mi kari. Sedang asyik makan, tiba-tiba, mereka disapa satu suara.
"Hai, Mika!!"
Mikael membuat muka bosan. Pemilik suara itu ialah Nissa Zazrin binti Dato' Azman. Gadis itu mengambil tempat di sebelah Mikael.Rakan-rakan Nissa, Sofia dan Meera hanya memerhati dari tepi. Kenal sangat dengan perangai sahabatnya yang satu itu.
"Apa kau nak, Nissa?" tanya Mikael malas. Selama ni, Mikael tidak pernah melayan seorang perempuan pun walaupun dia jejaka idaman sekolah.
"Mika, I nak teman you makan je. Salah?" balas Nissa dengan gaya dan lenggoknya. Mikael merengus. Dia bangun dan meletakkan pinggan di sebuah besin yang disediakan oleh pihak kantin walaupun makanannya belum habis lagi. Zafrel mengikuti jejaknya. Kemudian, mereka terus berlalu pergi.
"Sampai hati you, Mika!" jeritnya sambil menghentakkan kakinya di lantai kantin. Kelihatan beberapa orang pelajar lain mentertawakan Nissa perlahan tanpa disedari Nissa kerana dia tahu apa yang bakal terjadi sekiranya dia buat begitu.
💗💗💗💗💗
TOK! TOK! TOK!
"Masuk," kata puan pengetua, Puan Shikin apabila menyedari pintunya diketuk. Kelihatan Cikgu Sharmila masuk bersama seorang pelajar perempuan.
"Kenapa, Mila?" tanya Puan Shikin. "Ini, puan. Ada pelajar mahu daftar," jawab Cikgu Sharmila. "Oh, duduklah!" arah Puan Shikin. Gadis itu pun duduk di kerusi yang disediakan berhadapan dengan meja Puan Shikin.
"Siapa nama awak?" tanya Puan Shikin lembut.
"Nur Airina Mikayla"
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...