Pemanduan Mikael semakin laju. Emosinya benar-benar tidak stabil. Terngiang-ngiang suara jururawat yang menelefon dirinya bagi memberitahu keadaan bapanya kini.
"Bapa Encik kini berada di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Dia ditembak dengan dua peluru. Sila datang ke sini dengan segera!"
Dia benar-benar rasa bersalah. Kalaulah dia tiba lebih awal ke Johor, pasti dia akan menyelamatkan bapanya itu. Tidak sedar pula dia, adanya musuh yang ingin mengambil kesempatan.
"Papa..," Mikael merintih sekali lagi.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Nurse, ayah saya berada di wad mana?"
Salah seorang jururawat yang berada di kaunter pertanyaan itu memandang Mikael yang sudah mengah.
"Apa nama bapa Encik?"
"Tengku Norman,"
"Apa nama encik?"
"Tengku Hariz Mikael,"
"Bapa Encik masih lagi berada di bilik pembedahan. Bilik itu ada di hujung sana. Encik boleh tunggu di situ," kata jururawat itu. Mikael mengangguk sebelum bergerak ke sana.
Sempat dia menjengah ke kaca lutsinar yang terdapat di tengah-tengah pintu. Dapat dia rasakan kesakitan Tengku Norman yang berada di dalam itu walaupun pintu bilik pembedahan itu ditutupi langsir.
Punggungnya dilabuhkan di kerusi berdekatan. Mukanya diraup perlahan. Cuba menahan air mata yang ingin jatuh kebawah.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Kepalanya ditongkatkan di peha. Ngantuk yang hilang tadi datang kembali. Mana taknya, sudah hampir dua jam dia menunggu dan masih lagi tiada berita dari bilik pembedahan itu.
Krekk..
Seorang doktor perempuan keluar dari bilik itu. Mikael menghembuskan nafas lega. Akhirnya..
Namun, perasaan takut tiba-tiba menjengah. Selamat ke bapanya yang berada di dalam itu.
Mikael bangkit dari duduknya. Kemudian, berhadapan dengan si doktor yang memakai penutup muka. Entah kenapa, dia rasa ada sesuatu pada mata doktor itu. Dia dapat lihat riak terkejut dari dalam mata itu.
"D.. Doktor, bagaimana keadaan bapa saya?"
"Bapa Encik bernasib baik kerana peluru yang terkena berhampiran dengan jantung sempat dikeluarkan sebelum pelbagai kesan tambahan ada dan akan effect pada jantung. Kemudian, peluru yang terkena pada kaki pula akan menyukarkan dia berjalan. Mungkin akan ambil masa dalam tiga bulan untuk kaki dia sembuh seperti sediakala. Cuma, dia masih lagi belum sedar lagi," terang doktor itu panjang lebar.
Mikael hanya terangguk-angguk mendengarnya. Mengetahui yang tiada apa-apa yang lebih buruk terjadi pada Tengku Norman, dia sudah rasa cukup lega.
"Thanks, doc. Boleh saya lawat dia sebentar?"
"Yes, you can, Mr. Mikael. But only for 5 minutes. Sebab pihak kami nak nak buat pemeriksaan sekali lagi,"
Mikael mengangguk sebelum berasa pelik tiba-tiba. Bagaimana doktor ini boleh mengetahui namanya? Dia cuba mengusir perasaan itu dan hanya berfikiran positif. Mungkin dia ada bertanya pada jururawat di kaunter pertanyaan itu.
Mata Mikael melekat di tanda nama doktor itu sehinggalah doktor itu beredar. Dr. Mikayla. Mungkinkah dia...
Tak mungkin! Banyak je manusia bernama Mikayla di dunia ini.
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...