"Abang, kenapa luka-luka ni?"soal Syamimi kepada Syamil. Dia yang sedang meletakkan ubat di luka-luka abangnya itu juga tertanya-tanya bagaimana boleh jadi begitu.
"Adalah sebabnya. Ini hal lelaki. Adik tak perlu tahu," kata Syamil. Sempat dia menggoyang-goyangkan jari telunjuknya di hadapan muka Syamimi ketika berkata.
"Hal lelaki? Abang bergaduh ke?"tebak Syamimi. Kalau dah bergaduh mesti ada luka, kan?
"Gaduh? Mana ada,"nafi Syamil.
"Hmm.. Yelah tu," balas Syamimi tak percaya.
"Betullah. Kalau adik tak nak percaya, tak apa. Abang tak kisah pun," kata Syamil. Nadanya yang seolah-olah berjauh hati menarik perhatian Syamimi.
"Eleh! Merajuk pula dia. Macam perempuanlah," sakat Syamimi. Syamil membuntangkan mata. Adik kata abang perempuan?!!
"Adik!!" Syamil bersuara. Kapas yang dipegang Syamimi untuk letak ubat ditekan kuat. Sudahlah luka yang berada di siku tu besar dan yang paling teruk.
"Arghh!! Adik!!" terjerit-jerit Syamil dibuatnya. Tambah pula Syamimi segera melarikan diri.
"Ish!! Dua beradik ni. Bising sahaja kerjanya. Nanti jiran marahlah!" marah Puan Shahirah. Mereka ni hidup berjiran. Jadi, kenalah saling hormat-menghormati. Betul, bukan?
Syamil terus terdiam. Kalau dia bising dan menjerit nanti, ada pula maknya jadi Hulk nanti. Lagilah jiran marah, kan?
Kalau nak kejar pula, pasti si Syamimi bijak lari ke arah Puan Shahirah. Nanti kantoilah sebab ibu mereka langsung tidak tahu menahu tentang luka yang Syamil alami. Pasti ibunya bising nanti.
Syamimi yang tersengih-sengih di pintu dijeling tajam. Setajam pisau mungkin. Nasib baik tak terbelah.
Malas hendak berbalah walaupun tahu yang mereka akan berbaik semula, Syamil berpaling muka memandang dinding bilik yang hanya berwarna putih. Dia berfikir macam mana pastikan yang ibunya tidak akan tahu tentang luka itu. Makan malam nanti? Habislah dia!!
Tiba-tiba, Syamil tersenyum sendiri. Bukan gila, tapi puas. Puas dengan apa yang dilakukan petang tadi. Biarlah dia kena marah nanti. Dia dah tak kisah.
Imbas kembali...
"Mikayla, kenapa ni?" soal Syamil sambil turun dari motosikal lalu mendekati Mikayla. Memang sengaja dia lalu di perumahan Mikayla. Manalah tahu, jika terserempak ke berjumpa ke, dapatlah melepas rindu. Tapi, bukan ini yang dia mahu.
Terserempak dalam keadaan Mikayla yang teruk. Dengan baju yang kotor, lebam di pipinya dan juga air mata. Sekejap! Air mata?
"Mikayla, what happened?" terus sahaja Syamil bertanya. Risau juga dia dengan keadaan Mikayla tika ini. Apa yang dia perlu lakukan untuk membantu?
Mikayla hanya mampu diam membisu. Hanya air mata yang menceritakan segalanya. Tapi, adakah Syamil memahaminya?
"Mikael ke puncanya?"
Mikayla masih lagi diam. Mulutnya bagaikan digam dan dia tidak mampu hendak berkata-kata. Nama 'Mikael' yang meluncur di mulut Syamil membuatkan tangisan Mikayla semakin lebat.
Kenapa Nissa perlu buat dia macam ni? Dia sayang Mikael. Sayang sangat-sangat.
"Is it Mikael? Who made you crying like this?" soal Syamil sekali lagi yang mahukan kepastian. Dia mendengus apabila Mikayla masih lagi berdiam diri.
"Jangan menangis lagi, Mikayla,"pujuk Syamil. Sebelum bergerak ke motosikal bapanya itu.
" Where are you going?"soal Mikayla perlahan sambil memandang Syamil yang sudah berpaling.
'Bercakap pun akhirnya,'detik hati Syamil dengan senyuman di bibir.
"Saya akan ajar dia," ujar Syamil senada lalu menaiki motosikal.
Mikayla terdiam sebentar. Otaknya agak 'blur' dan dia masih lagi cuba mencerna apa yang harus sahaja Syamil katakan.
Mikayla mengangkat kepala. 'Ajar Mikael'? Kalau bukan ajar matematik, mesti dia nak pukul, kan? Alamak! Mesti dia dah salah faham.
Namun hampa. Yang tinggal hanyalah asap motosikal yang mengganggu pandangan. Mikayla mengeluh.
'Maaf, Mikael. Saya tak mampu buat apa-apa,'
◼◻◼◻◼◻◼◻◼◻◼◻◼◻◼◻◼◻◼◻◼◻
"Tak sia-sia aku cari kau satu bandar ni. Jumpa juga akhirnya, Mikael,"
Mikael mengangkat muka apabila mendengar yang namanya dipanggil. Zafrel yang berada di sebelah juga sama. Perbincangan mereka tentang soalan matematik yang dibuat di taman terhenti begitu sahaja.
"Kau ni siapa?"
Bukk!
Tanpa menjawab, Syamil terus menumbuk pipi kanan Mikael. Dia tersenyum puas.
"Biar tumbukan ni yang jawab siapa aku!"
"Wei, kitaorang memang langsung tak kenal kau. Janganlah pukul-pukul. Tak selesai masalah macam ni," nasihat Zafrel. Pelik juga dia melihat Mikael dipukul oleh orang yang tidak kenali.
"Ah! Kau tanyalah apa yang kawan kau ni buat! Berani dia buat Mikayla menangis," kata Syamil. Dia menolak Mikael sehingga jatuh ke tanah.
Punggungnya yang agak sakit dibiarkan. Fikirannya memikirkan Mikayla.
"Menangis?" soal Mikael perlahan. Nissa ke yang buat?
Buk!
"Kau tak payah nak buat-buat tak tahulah!" jerit Syamil lalu menumbuk perut Mikael. Tertunduk Mikael jadinya. Syamil mengambil peluang lalu Mikael ditumbuk dan ditendang berkali-kali.
Mikael yang pada mulanya membiarkan menolak Syamil jatuh ke tanah. Mikael mencangkung lalu tangannya cepat menahan tangan Syamil yang meronta-ronta ingin dilepaskan.
"Apa kena-mengena kau ni dengan Mikayla?" soal Mikael tegas. Setahunya, Mikayla tu anak tunggal. Saudara-mara? Tak tahulah pula.
"Aku ni memang bukan siapa-siapa pun dekat dia. Tapi, sekurang-kurangnya aku tak pernah menyakiti hati dia," kata Syamil. Mikael tersentak sedikit. Salah dia ke? Tapi, betul juga. Kalau dia tak berkawan dengan Mikayla, Nissa takkan menyakitinya.
Tapi,...
Ini bukan salah dia!!
Buk!!
Wajah dan badan Syamil ditumbuknya berkali-kali sebelum Zafrel menghalang.
"Mika, jangan!"
"Itu bukan salah aku, Zaf. Aku tak buat apa-apa pun!"
"Itu bukan penyelesaiannya, Mika. Bukan dengan pukul cara pukul orang," nasihat Zafrel. Mikael mengangguk. Dia duduk di kerusi yang didudukinya tadi.
"Okey, kau dengar kan tadi? Better kau ba...,"
Bukk!
Wajah Mikael ditumbuk sekali lagi. Terhenti terus bicara Mikael yang dikatakan tanpa memandang Syamil. Pipinya disentuh. Sakit tadi ditumbuk pun tak hilang, ditambah pula dengan yang ini.
Baru sahaja hendak membalas, Syamil sudah melarikan diri.
"Urghh!"
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...