"Kayla setuju,"
"Hah? Ma.. Macam mana...?" Puan Ailinda agak kalut apabila anak tunggalnya masuk ke biliknya
"Baguslah kalau macam tu," lain pula dengan si ayah, Dr. Azim terus lega.
Mikayla menunduk ke bawah. Perasaannya bercampur-baur.
"Kita akan pindah semula ke Johor minggu depan. Selepas Kayla habis periksa. Ingat! Fokus pada periksa. Jangan fikir sangat hal ni. Okey?" pesan Dr. Azim. Mikayla mengangguk. Walaupun agak sukar, dia cuba.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Buku rujukan fizik yang berada di tangan dibuka lalu isinya dibaca. Sambil-sambil itu, air kotak Dutch Lady perisa strawberi yang berada dia sebelah disedut melalui straw.
"Mikayla, faham tak topik ni?" ujar Syamimi yang sudah garu kepala. Aqila yang berada di sebelahnya menjengah.
"Topik ni susahlah. Saya pun tak faham," ujar Aqila. Buku yang berada di tangan Syamimi diambil Mikayla. Topik itu dibacanya semula bagi memudahkan dia menerangkannya kepada mereka.
"Oh, macam ni sebenarnya,..,"
"Mikayla?"
Dengar sahaja suara yang memanggilnya, dia sudah tahu siapa yang memanggilnya. Siapa lagi kalau bukan Mikael? Kalau tak ganggu dia sehari memang tak sah.
"Err.. Mi..,"
"Qila, Mimi, saya nak naik kelas dulu. Waktu rehat pun dah nak habis ni. Nanti saya terangkan topik tu kepada korang, ya?"kata Mikayla lalu berdiri.
Kotak susu Dutch Lady yang berada di sebelah di ambil lalu di buang ke dalam tong sampah yang berada di sebelah gazebo. Kemudian, dia beredar.
Syamimi dan Aqila memandang pelik ke arah Mikayla dan Mikael bersilih ganti. Pelik dengan hubungan mereka yang semakin renggang dari hari ke hari. Sudah tiga hari berlalu dan setiap kali itu juga Mikayla asyik mengelak dari Mikael yang ingin menegur.
Mikael mula berjalan pergi tetapi ditahan oleh Aqila yang mahukan jawapan.
"Mikael?" soal Aqila. Kening Mikael naik sebelah tanda 'apa?'.
"Kau buat apa dekat Mikayla sampai jadi macam tu?" tanya Syamimi. Mikael mengambil tempat yang agak jauh dari mereka. Penat juga berdiri sejak tadi. Sudahlah apa yang dihajati tidak tercapai.
"Aku pun tak tahu apa salah aku. Mikayla ada cerita apa-apa ke?" soal Mikael pula. Manalah tahu, kan?
"Sebab tak adalah aku tanya kau ni," balas Aqila. Geram pula dia dengan Mikael. Mulut Mikael pula hanya membentuk bulat.
"Okeylah. Aku gerak dulu," belum sempat yang lain membuka mulut, Mikael sudah beredar jauh.
Syamimi dan Aqila memandang antara satu sama lain sebelum sama-sama mengangkat bahu.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Mikayla!"
Mikayla melajukan langkahnya menaiki tangga itu. Tiba sahaja di tangga tingkat 2, dia terlanggar seseorang. Gadis itu kelihatan sakit sedikit di bahagian bahu.
Ingin sahaja dia membantu, tetapi bila dia teringatkan Mikael, dia terus berlari lebih laju. Hanya ucapan maaf yang dapat dilakukan.
"Maaf ya," ucap Mikayla. Gadis itu mengangguk dengan senyuman.
Mereka berkejaran hingga tingkat 3. Nasib lah mereka. Dapat kelas yang berada di tingkat 3.
Mikael melajukan langkah. Di depan tangga itu, cepat-cepat dia mencapai tangan Mikayla. Mikayla terus menarik-narik tangannya supaya dilepaskan.
"Apa ni! Lepaslah!" marah Mikayla.
"Mikayla, tolonglah. Saya sendiri tak tahu apa salah saya. Jangan buat saya macam ni. Saya sayang awak, Miss Blushing," rayu Mikael. Rontaan Mikayla berhenti setelah mendengar ayat terakhir yang dituturkan Mikael.
Mikayla memandang bawah. Cuba menyembunyikan reaksinya yang kelihatan suka.
Sekejap!
Kalau Mikael sukakan dirinya pun, bukan akan membawa erti apa-apa, kan?
Mikael tersenyum kecil. Gembira melihat reaksi Mikayla yang seakan suka dengan pengakuannya. Tiba-tiba, Mikayla menarik tangannya kasar. Terlepas tangan gadis itu kerana dia tidak terlalu fokus tadi.
"Saya dah cakap sebelum ni, kan? Kalau awak datang dekat dengan saya lagi, saya akan lari. Dan itulah yang saya buat sekarang. Tolonglah! Kita bukannya ada apa-apa pun, kan?" kata Mikayla. Dia memusingkan kepalanya kebelakang. Ingin beredar.
"Mika...,"
Gedebuk!
Mikael dan Mikayla serentak memandang ke arah tangga. Ada seseorang yang terjatuh di situ.
'Eh! Itu perempuan tadi, kan?'detik hati Mikayla setelah mengingati komen dia melanggar seseorang di tangga tadi. Cepat-cepat dia melangkah ke sana untuk memberi bantuan.
Zapp!
Lengan Mikayla yang berlapik baju sekolah di raih Mikael. Mikayla memandang Mikael geram. Mikael pula menayangkan wajah selamba. Sengaja menaikkan kemarahan Mikayla. Comel!
"Nak tolong orang pun tak boleh ke? Lepaslah!" marah Mikayla. Mikael akhirnya melepaskan tangan Mikayla. Mikayla pula laju mendekati gadis yang sudah terkebil-kebil memandang drama percuma tadi.
"Awak okey tak ni?" Soal Mikayla. Terpegun dia dengan penampilan gadis itu yang benar-benar menutup aurat. Tak macam dia. Free hair.
"O.. Okey,"jawab gadis itu. Sambil dia membantu gadis itu bangun dengan bantuan pemegang tangga, Mikayla sempat memandang lencana gadis itu yang tidak sama dengan dirinya.
"Awak budak baru ke? Tingkatan berapa?" tanya Mikayla. Mikael yang berada di depan mereka hanya memandang tajam sambil memeluk tubuh.
"Ya, saya budak baru. Pelajar tingkatan 2," jawab gadis itu. Mikayla mengangguk.
"Ouh. Saya Mikayla. Boleh jalan sendiri tak ni?" tanya Mikayla selepas memperkenalkan dirinya. Walaupun dia lebih tua, dia tak mahu membahasakan dirinya 'akak', dia tak suka.
"Boleh. Nama saya pula Nadiya Alyssa," beritahu Nadiya. Mikayla melepaskan pegangannya. Nadiya cuba berjalan namun terjatuh ke hadapan.
Bukk!
Terlopong kecil Mikayla apabila melihat yang Nadiya jatuh tepat-tepat di dada sasa Mikael. Entah kenapa hatinya terasa membara.
Cepat-cepat Mikayla menjauhkan Nadiya yang agak kaku dan terpegun dengan Mikael. Mikael yang masih berdiri di situ tersenyum kecil.
'Heh! Jealous lah tu,'detik hatinya. Reaksi Mikayla yang agak masam menjadikan dirinya lebih yakin.
"Ni siapa, Mikayla?" soal Nadiya. Mikayla terlopong kecil sekali lagi. Biar betul! Beraninya dia tanya.
"Mikayla, jawablah. Siapa saya ni?" ujar Mikael. Niatnya hanya untuk menyakat dan melihat reaksi Mikayla sahaja.
"Siapa awak ni? Sorry. Saya tak kenal lah," balas Mikayla. Mikael mendengus kecil. Geram pula dengan sikap Mikayla ni.
"Jadi, awak ni siapa?"
Terlopong sekali lagi Mikayla. Serius lah!
"Aku Mikael," jawab Mikael sebelum berlalu pergi. Suaranya keras dan kasar. Mikael juga menggunakan 'aku'. Hati Mikayla tertanya-tanya. Kenapa ya?
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...