"Nissa, kau sure nak buat macam ni?"
"Ya. Aku akan buat apapun asalkan Mikael jatuh ke tangan aku," Nissa menjawab pertanyaan Meera. Meera mengangguk. Kenal sangat dengan Nissa.
"So, tak ada upah ke untuk kerja special ni?"tanya Sofea sambil menyilangkan kakinya. Sempat dia menyedut minuman ice blended yang berada di hadapannya.
" Of course ada. Don't worry. Asalkan kau tolong aku, kau dapatlah,"
"Okey, aku akan buat yang terbaik"
"Good,"
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Mikayla?"
Mikayla menoleh. Dilihatnya Hanis yang bertubuh agak rendah sedang berlari anak menuju ke arahnya.
"Ya, Hanis? Kenapa ni?"
"Saya nak sampaikan pesanan. Cikgu Aini nak jumpa awak selepas sekolah. Dia nak jumpa awak kat kelas awak. Tapi, awak jangan beritahu orang lain. Sebab apa yang dia nak cakap tu rahsia," beritahu Hanis. Mikayla mengangguk.
"Awak tahu ke apa yang dia nak cakap?"
"Tak," Hanis menggeleng. Mikayla mengangguk. Pastinya Hanis tidak tahu. Nama pun rahsia, kan?
"Saya pergi dulu, ya?"
"Oh, okey,"
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Dah siap?"
"Settle," Hanis menyerahkan tapak tangannya seolah-olah meminta sesuatu. Nissa mengangguk lalu mengambil sesuatu dari beg galasnya. Setelah itu, sehelai wang kertas bernilai RM50 sudah berada di atas tapak tangan Hanis.
"Thanks," not 50 yang sudah berada di tangannya cepat-cepat disimpan. Kemudian, Hanis kembali memandang Nissa yang berada dihadapannya.
"Hmm.. Nissa, apa yang kau nak buat dengan dia?"
"Kau tahu, kan? Mikael tu aku punya," kata Nissa. Sedikit angkuh dalam nada percakapannya.
"Ouh," cepat sahaja Hanis faham. Semua orang tahu bagaimana sikap Nissa.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Kelas 4 Arif sudah kosong. Jam tangan di kerling sekilas. Sudah hampir pukul 2 petang. Maknanya hampir 30 minit dia menunggu Cikgu Aini yang tidak datang-datang lagi. Mikayla agak gelisah.
Paling teruk, uminya langsung tidak tahu yang dia balik lewat. Tentu dia kena marah bila tiba di rumah nanti.
'Mungkin Cikgu terlupa agaknya,'detik hatinya.
Beg galas yang berada di tepi meja diambil lalu digalaskan di bahu. Daripada duduk, dia berdiri lalu berjalan ke arah pintu.
Tiba sahaja dia di pintu, Sofea dan Meera tiba-tiba muncul di hadapan dia. Perasaan terkejut cepat-cepat dialihkan pergi.
"Nak apa ni?" soal Mikayla. Sedikit tegas nada percakapannya. Mungkin kerana tidak percaya kepada mereka.
"Aku nak kau ikut aku!" kata Sofea. Tangan Mikayla segera dicapai. Tapi, serta-merta Mikayla menarik kembali tangannya. Sofea dipanjang tajam.
"Relax, Mikayla. Kitaorang just nak bawa kau pergi jumpa Cikgu Aini," ujar Meera. Mikayla terus memandang Meera. Matanya dikecilkan. Cuba mencari kebenaran melalui wajah Meera.
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...