Bab 44

3.5K 150 4
                                    

"Kau memang nak menghabiskan masa dua jam ni dengan lepak je ke?"

   Zafrel yang berada di hadapan Mikael itu tersengih sebelum mengangguk. Mikael hanya memandang dengan geram.

   "Buang masa aku je datang kalau macam ni,"

   Zafrel langsung tidak terkesan dengan kata-kata sinis Mikael. Dah biasa sampai dah kebal.

   "Mika.. Bukan kau tak tahu. Dah lama kita tak lepak macam ni. Kau tu pula asyik sibuk je. Ni pun kejap lagi dah nak terbang pergi Australia,"rungut Zafrel.

   Disebabkan itulah mereka kini berada di KLIA. Tujuannya mahu menghantar Zafrel tapi terawal dua jam pula pergi. Semua gara-gara Zafrel yang sengaja memberi waktu yang salah. Keluarga Zafrel pula akan tiba ke sini nanti. Ketika flight Zafrel benar-benar hampir tiba.

   "Aku sibuk ni demi masa depan aku juga. Kau tu, menganggur je, sebab tulah Uncle Zaini hantar kau study sampai ke Australia sana tu," balas Mikael panjang lebar.

   Bukan dia tak tahu, Zafrel agak main-main ketika berada di universiti dahulu. Sehingga gagal teruk. Syarikat Z&Z sdn. bhd. , milik Dato' Sri Zaini juga tidak menerima kerana mahukan kelulusan yang setaraf dengan pekerja lain. Tidak adillah jika dia terus mengambil Zafrel kerja hanya kerana dia antara pewaris syarikat.

   "Aku nak enjoy dulu. Tapi, yang aku tak puas hatinya. Kenapa papa kena hantar aku belajar kat tempat sama yang Zarina belajar?" soal Zafrel yang walau sudah tahu jawapannya.

   Zafrel mempunyai empat orang adik-beradik. Tiga orang yang awal lelaki manakala yang bongsu perempuan. Memang sengaja Dato' Sri Zaini menghantar anak ketiganya itu ke Australia. Mudah baginya untuk memantau si degil itu dengan adanya mulut becok Zarina yang tidak boleh menyimpan rahsia.

   "Nasib lah kau. Itulah. Siapa suruh kau menggagalkan diri kau dulu waktu study kat UM tu?"Zafrel mengecilkan mata memandang Mikael. Menggagalkan diri ya?

   "Dahlah. Tak payah cerita pasal kegagalan aku ni. Kau apa cerita? Dah ada pengganti?"soal Zafrel mengubah topik.

   "Tak perlu tanya soalan yang kau memang dah tahu jawapannya. Aku hanya tunggu dia,"

   "Aku tahu. Tapi, manalah tahu, kan? Mungkin jodoh kau bukan dengan dia, tapi dengan orang lain,"ucap Zafrel berhati-hati. Manalah tahu jejaka dihadapannya ini mengamuk atau melenting. Emosinya ni bukannya stabil sangat.

   Mikael mengeluh kecil. Dia faham apa yang kawannya itu cuba sampaikan. Cuma dia berdegil tidak mahu.

   "Biarlah sampai ke tua aku tak kahwin pun. Hati aku cuma ada pada dia,"

   Zafrel tersenyum kekok. Tak sangka pula yang kawan dia ni jiwang.

   "Mika! Tengok tu!"

   Mata Mikael terus menghala ke arah yang Zafrel tunjukkan iaitu ke luar kafe. Kelihatan seorang gadis berkot doktor yang mundar-mandir dengan wajah yang agak kalut. Mikael menaikkan sebelah keningnya tanda 'apa?'.

   "Awek tu cun, wei! Comel pula tu," puji Zafrel. Mikael mengecilkan mata. Biar betul dia ni. Sebab tu je ke Zafrel panggil dia?

   "Hmm.. Yelah,"balas Mikael acuh tak acuh. Dia menghirup air nescafe yang berada di hadapannya itu.

Krekk!

   Bunyi kerusi Zafrel yang bergeseran menarik perhatian Mikael.

   "Eh, Zaf! Kau nak pergi mana ni?"

Saya sayang awak, Miss Blushing!!Where stories live. Discover now