"Truth or dare?"
Mikael dan Zafrel bertanya serentak. Faleeq mengangguk. "Ya. Kita main truth or dare," katanya.
"Kau kejut kitaorang sebab nak main benda ni? Waktu lain pun boleh, Faleeq," ujar Mikael. Faleeq hanya tersengih. "Biarlah dia, Mika. By the way, mana botol?" tanya Zafrel. Kalau ditanya soalan macam tu pun tiada gunanya. Pasti ada sahaja jawapan daripada Faleeq Aiqal yang suka menjawab ni.
"Nah," kata Faleeq sambil menghulurkan sebiji botol air mineral yang isinya tinggal separuh. "Tak ke pening nanti minum air ni nanti?" tanya Zafrel dengan tawa kecil. Air tu dipusing-pusingkan ketika main. Mesti pening orang malang yang minum air tu.
Faleeq hanya menjongket bahu. Apa dia kisah? Air tu boleh dibuang dan diganti baru nanti. Tak susah pun. Dia kan anak bongsu Dato' Faresh?
"Jom mula," kata Mikael. Nasib baik sayang kawan. Kalau tak, dah lama dia humban Faleeq tu di sungai yang berada di sebelah khemah ni.
Faleeq memusingkan botol yang berada di tengah-tengah bulatan yang dibuat. Ketiga-tiga mereka fokus pada botol itu. Ingin mengetahui yang muncung botol itu berhenti di depan siapa.
Botol itu berhenti. Muncungnya berada tepat-tepat di hadapan Mikael. Mikael mengeluh. Pasti Faleeq dan Zafrel akan kenakan dia cukup-cukup ni.
"Truth or dare?" tanya Zafrel. Mikael terdiam sebentar. Ingin berfikir, yang mana lebih berbaloi untuk dipilih. Kemudian, dia memandang Zafrel dan Faleeq yang berada di hadapannya.
"Aku pilih dare. So, kau nak buat apa dengan aku? Terjun sungai? Kenakan Cikgu Hisham?"tanya Mikael serkap jarang. Kawan-kawannya tergelak. Kenakan Cikgu Hisham a.k.a Cikgu disiplin? Boleh je. Itu kan cikgu favourite diorang? Dah berapa kali diorang jumpa Cikgu Hisham tahun ni? Tak terkira.
" Tak menariklah macam tu. Dah buat banyak kali, kan?" kata Faleeq. Dia tergelak sambil mengingati kembali saat dia mengenakan Cikgu Hisham. Pelbagai perkara yang dilakukan seperti meletakkan paku tekan di kerusi cikgu itu, menyimbah guru itu dengan air sirap dan macam-macam lagi.
"Dah tu?"
"Apa kata....," kata-kata Faleeq tergantung apabila khemahnya dibuka dengan kasar. Maka, terjengul lah wajah garang Cikgu Hisham. Ketiga-tiga mereka terkejut tapi pantas sahaja mereka mengawal riak muka. Baru macho!
"Kenapa tak tidur lagi?! Kamu semua tahu kan sekarang ni waktu berehat?! Bukan waktu main!" marah Cikgu Hisham. Seteruk-teruk manapun dia dilayan oleh tiga jejaka nakal itu, dia masih sayang dan mahukan yang terbaik untuk mereka.
"Sorry, Cikgu. Cikgu nak join?" tanya Faleeq berani sambil menunjukkan botol air mineral yang digunakan bermain tadi. Kedua-dua matanya dikelip-kelipkan banyak kali. Cikgu Hisham memandang Faleeq dengan riak muka kosong.
"Dalam mimpi kamu. Sudah! Tidur sekarang!" arah Cikgu Hisham dengan tegas. Terkocoh-kocoh Mikael, Zafrel dan Faleeq baring di tempat mereka. Cikgu Hisham pula menutup khemah itu dengan berhati-hati.
"Mika, esok aku bagitahu dare nya apa," bisik Faleeq.
"Ok,"
"Saya dengar tu.....," satu suara menyampuk perbualan mereka. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Hisham?
◾◽◾◽◾◽
"Ha! Beritahulah. Apa dare nya?"tanya Mikael tidak sabar.
Pagi tadi, ketiga-tiga jejaka nakal ni bangun lambat. Ni bangun pun sebab Cikgu Hisham gegar khemah. Kalau tak, mungkin sampai petang tidur. Kemudian, mandi dan bersiap-siap pun macam the flash. Memang tak sempat nak berbual.
" Dare nya... aku nak kau game seorang perempuan ni," beritahu Faleeq sambil menyumbat roti yang sudah disapu jem ke dalam mulutnya. Zafrel di sebelah tekun mendengar.
"Siapa?"
"Nissa Zazrin Dato' Azman,"
"Seriuslah, Leeq? Pengaruh dia besar tau," ujar Zafrel. Mikael kelihatannya sedang berfikir.
"Relax lah. Buat apa nak takut? Pengaruh kita pun besar juga," bantah Faleeq. Dia pun apa kurangnya. Bapanya, Tuan Fareez seorang hartawan terkenal. Keluarga Mikael dan Zafrel juga apa kurangnya.
"Okey. Okey. Aku setuju. Aku bukan jenis orang yang penakut dan mudah mengalah," kata Mikael sambil terangguk-angguk.
◾◽◾◽◾◽
Mikael tiba awal ke sekolah hari ni. Manalah tahu, kan? Dapat ilham untuk menjalankan misi. Lagipun, dia bukannya kenal sangat Nissa tu. Dengarnya, dia ketua ahli Pinky Girls. Seorang gadis yang cantik tetapi gedik dan sombong. Hmm.. Pastinya bukan spesies gadis idaman Mikael.
Dia berjalan ke barisan kelasnya dan duduk. Sesekali dia menjeling ke belakang iaitu barisan perempuan untuk mencari Nissa. Tetapi hampa, barisan 2 Usaha, kelas Nissa masih kosong. Tiada langsung yang berniat nak datang awal ke sekolah.
Faleeq dan Zafrel juga masih belum tiba lagi. Mikael rasa bosan. Dia bangun nak berjalan ke tandas. Hampir sahaja tiba ke tandas itu, dia ternampak seseorang. Sempat Mikael melirik ke arah nametag gadis itu. Nissa.
Mikael tidak tunggu lama. Dia terus mendekati gadis itu.
"Nissa Zazrin, right?" tanya Mikael. Manalah tahu, tersalah orang. Naya pula.
"Hmm.. Yes. Nak apa ni?" tanya Nissa straight to the point. Keningnya ternaik sebelah. Sempat dia kebelakangkan rambut yang terjuntai ke hadapan.
"Oh, good! I'm Mikael. Boleh kita berkenalan?"
"Yes, you can," Nissa tersenyum kecil.
"So, can I ask you som..." tergantung ayat Mikael apabila Nissa memotong percakapannya.
"Lain kalilah. I ada hal ni," ujar Nissa sebelum beredar begitu sahaja.
"O.. Okey, bye!" teriak Mikael kepada Nissa yang sudah jauh. Dia tersenyum sendirian. Tak sia-sia dia datang awal. Tengoklah nanti, Nissa.....
I'm really sorry for the late update. Mood saya teruk sikit kebelakangan ni. Tu yang tak tulis langsung.
Sorry again!
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...