Mikael berbaring di katil empuk miliknya. Tersenyum-senyum dia memikirkan perkara yang jadi tadi. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Terus kaku senyuman dia.
Jejaka itu lihat nama si pemanggil. Zafrel? Apa pula yang dia nak ni?
Dalam talian...
Mikael: Hello. Assalamualaikum.
Zafrel: Wa'alaikumsalam. Mika, apa yang kau buat tadi? Kenapa aku tak tahu?
Mikael: Macam mana kau tahu ni?
Zafrel: Kau buka blog sekolah kita. Semua orang tengah cakap pasal kau dan Mikayla.
Mikael: Positif ke negatif?
Zafrel: Ramai yang jealous. Maklumlah, seorang jejaka idaman. Seorang lagi gadis idaman.Zafrel gelak ketika mengatakan ayat-ayat itu. Memang tidak dinafikan, ramai juga lelaki yang meminati Mikayla tetapi belum ada yang buat tindakan berani seperti Mikael.
Mikael: Wow! Tak sabar nak tengok sekejap lagi. Siapa yang mulakan dulu?
Zafrel: Rania, senior form 5 kita.
Mikael: Macam mana dia tahu?
Zafrel: Form 5 kan ada kelas tambahan waktu petang.
Mikael: Kau rasa akan ada yang kacau Mikayla ke?
Zafrel: Wajib ada. Kau warning la diorang melalui blog tu. Aku rasa Mikayla belum tahu kewujudan blog tu. Budak baru, kan?
Mikael: Oh, okey. Dah lah. Aku nak settle kan benda ni. Bye.
Zafrel: Aku akan pantau dari jauh.
Mikael: By the way, thanks sebab maklumkan perkara ni.
Zafrel: Welcome. Bye!Talian diputuskan...
Telefon dicampak ke atas katil. Dia menapak ke arah bilik belajar di tingkat bawah. Dia duduk di kerusi yang ditempatkan di hadapan meja belajar itu. Laptop berjenama Apple dicapai dan dia menghidupkan kuasanya.
Blog sekolah dicari segera. Tanpa berlengah, dia terus menekan butang blog itu apabila sudah jumpa. Dia membaca komen-komen yang ditulis oleh pelajar sekolahnya. Antara komen yang diberikan....
: Sweet nya diorang.
: Haih.. Melepaslah aku nak ngorat Mikayla.
: Ish! Maksiat. Maksiat.
: Diorang tak sengajalah.
: Agak-agak kalau aku buat-buat jatuh depan Mikael, dia akan sambut ke?
: Harap dia tak sambut. Haha..Tergelak Mikael membaca komen-komen itu. Dia berfikir kembali. Nak tulis ke tak? Tapi.... Kalau dia belum berkawan dengan aku pun dia dah kena buli dengan Nissa, apatah lagi lepas ni?
Tangan Mikael mula menaip di papan kekunci laptop itu.
: Assalamualaikum. Saya dan Mikayla tiada apa-apa hubungan selain kawan. Perkara yang berlaku pula hanyalah kebetulan. Jangan salah faham. Jadi, saya harap korang tidak akan menyerang dia.
Mikael menekan butang send. Dia tertawa sendiri apabila membaca komen daripada dia sendiri. Terlebih formal!
Dia tiba-tiba teringat Miss blushing. Comel sahaja gadis itu di matanya. Tapi, ada satu perkara yang dia dapat rasa dari Mikayla. Dia rasa Mikayla juga berperasaan sama sepertinya. Cuma dia tidak pasti betul atau tak.
💗💗💗💗💗
Kesemua pelajar Sekolah Menengah Sri Mutiara beratur di dalam dewan ketika perhimpunan harian itu dijalankan. Cikgu Hafizah bergerak ke atas pentas untuk membuat pengumuman.
"Assalamualaikum, semua. Bulan ni ialah bulan sukan. Minggu pertama kita akan berlatih untuk sukantara yang akan berlangsung minggu depan. Kemudian, atlet yang akan mewakili rumah sukan akan dipilih. Persiapan dan latihan untuk Hari Sukan adalah pada minggu ketiga dan akhir sekali minggu hari sukan yang akan dijalankan empat hari berturut-turut. Ketua dan penolong ketua rumah tolong take note. Sila jalankan tanggungjawab dengan baik. Faham?" beritahu Cikgu Hafizah panjang lebar.
"Faham!"
Jawab murid-murid hampir serentak. Mikayla yang sedang mendengar terangguk-angguk. Sesekali dia mencatat beberapa nota di buku catatan yang dibawa sekali.
Syamimi dan Aqila yang berada di belakang Mikayla berbual-bual bersama dengan nada yang perlahan. Takut ditangkap pengawas bertugas pula.
"Qila, malasnya nak bersukan," rungut Syamimi kepada Aqila. Dia berpeluk tubuh dengan muka yang masam tanda tidak suka.
"Tak suka? Patutlah badan awak semakin tembam,Mimi," sakat Aqila sambil ketawa kecil. Dia mencubit-cubit pipi Mimi yang gebu itu.
"Ish awak ni. Tak menyokong betul," ujar Syamimi. Aqila hanya tersenyum. "Qila, tak boleh gambarkan lagi ke hari sukan ni?" tanya Syamimi dengan sedikit keluhan.
"Mana boleh. Ni pun kira lambat tau. Kalau tahun lepas Hari Sukan bulan 3. Tapi tahun ni bulan 5," terang Aqila. Syamimi mengangguk kecil.
Mikayla yang mendengar terfikir-fikir. Kalau sekarang dah bulan 5, maknanya dah satu bulan lebih dia berada disini. Banyak yang sudah berlaku. Teringatkan Mikael membuatkan dia tersenyum lebar. Seketika wajahnya terasa membahang.
"Eh, Kayla, kenapa awak blushing ni?"
Mikayla terus menutup mukanya dengan buku catatan setelah mendengar pertanyaan Syamimi yang berada di belakang.
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...