"Mikael?"
Mikael memandang Mikayla sambil tersenyum. Kemudian, dia memandang Nissa pula. Wajah Nissa kelihatan serabut.
"Mi.. Mika,err.. what are you doing here?" tanya Nissa dengan gagap yang datang secara tiba-tiba. Dia terduduk ke bawah.
"Nissa, jangan buli orang. Jangan buli orang. Kenapa kau tak faham lagi?!" suara Mikael sudah naik seoktaf. Mukanya kemerahan dan urat-uratnya timbul kerana marah. Ye lah.. Siapa je tak marah kalau buah hati kena kacau?
"I'm.. I'm.. sorry. I janji tak buat lagi, Mika," rayu Nissa. Dia mula menangis.
Mikayla mengambil peluang. Dia memperkemas beg galas yang berada di bahunya. Dan berura-ura ingin berlalu pergi. Oh, ya! Tapi sebelum tu....
"Thanks sebab tolong saya,"
Satu bisikan betul-betul di sebelah telinga Mikael membuatkan jejaka itu terkaku. Mikael memandang Mikayla dengan wajah yang tidak dapat ditafsirkan. Mikayla yang sedang melangkah memusingkan kepalanya. Mata mereka bertembung. Satu perasaan indah muncul di lubuk hati membuatkan jantung tidak keruan.
Nissa yang sedang duduk sambil memeluk lutut tidak dihiraukan lagi. Nasib dia memandang bawah. Kalau dia memandang drama tadi, tentu mengamuk habis.
Mikayla mengalihkan pandangan akhirnya. Wajahnya berubah warna menjadi kemerahan sedikit. Dia mula beredar.
'You're blushing again, Airina Mikayla,'
Mikael memandang Nissa kembali. Wajah bengis kembali ditayangkan. "Kau nak duduk macam ni sampai esok ke?" tajam dan sinis kata-kata yang dilemparkan kepada Nissa.
Jejaka tampan itu berlari ke arah kelas untuk mengambil beg. Kemudian, dia berlari laju lagi menuju ke arah Mikayla yang sedang berada di tangga. Nissa yang masih menangis dibiarkan saja.
💗💗💗💗💗
"Mi.. Mikayla!"
Mikayla memusingkan tubuhnya bagi melihat si pemanggil yang memanggil dirinya. Mikael? Apa dia buat di sini?
Termengah-mengah Mikael mencuri nafas. Sedikit basah uniform biru Mikael dengan peluh. Rambut pula terjuntai ke dahi akibat berlari dengan pantas tadi. Nampak seksi. Eh! Apa kau merepek ni Mikayla?
"Hmm.. Can I walk with you?" tanya Mikael. Mikayla mengangguk perlahan-lahan. Tali beg galasnya dipegang bagi menyembunyikan rasa gelisah dalam diri.
"Mikael?"panggil Mikayla untuk membuang rasa kekok di antara mereka. Mikael memandang Mikayla pelik. "Kenapa?" tanya Mikael. Mikayla senyum.
"Thanks again,"
"Saya tak boleh terima kasih awak tu,"
"Kenapa pula?"
"Satu syarat. Anggap je awak balas budi saya," ujar Mikael. Jari telunjuk diangkat dan diletakkan dihadapan muka Mikayla tanda 'satu'. Mikayla mencantumkan keningnya. Syarat apa pula ni? Nak berterima kasih pun susah. Lagipun, bukan dia rajin sangat nak balas budi Mikael tu.
"Apa syaratnya?" dilayan juga Mikael akhirnya. Langkah Mikayla terhenti. Ingin memberi ruang kepada Mikael untuk memberitahu syaratnya. Begitu juga Mikael.
"Awak jadi kawan saya? Boleh?"
"Bukan kita memang kawan ke sekarang ni?"
"No. Maksud saya kawan baik. Best friend?"
"Err.. Best friend?" Mikayla berasa ragu-ragu untuk menerima pelawaan itu.
"Don't worry, Mikayla. Saya janji saya tak akan membuatkan awak lalai. Kita bukan couple pun, kan?" kata Mikael yang sedang memandang tepat ke arah Mikayla. Ada satu aura yang membuatkan Mikayla mengangguk. Aura Mikael memang kuat terhadap Mikayla.
"Yes!" sorak Mikael. Mikayla terus berjalan ke hadapan meninggalkan Mikael. Mana ada kawan malukan kawan? Habis pelajar lain memandang mereka lain macam. Dahlah Mikael tu pelajar popular. Muncul gosip pula nanti.
"Hei, tunggulah!"
"Mikael, kenapa Cikgu Aini panggil awak tadi?" tanya Mikayla. Alang-alang kawan kan? Boleh korek rahsia sikit.
"Cikgu Aini pilih saya jadi ketua pengawas tahun depan," terang Mikael. "Wow! That's great," balas Mikayla teruja. Hebat betul Mikael ni,kan? Betul-betul cukup pakej.
"Lepas tu, Cikgu suruh pilih siapa yang layak jadi penolong ketua pengawas tahun depan,"tambah Mikael. Mikayla terangguk-angguk. "Oh, jadi awak pilih siapa jadi penolong ketua pengawas tahun depan?" tanya Mikayla.
"Awak," jawapan yang pendek tapi padat itu betul-betul membuatkan Mikayla terkejut.
"What?!"
Mikayla yang begitu terkejut berundur beberapa langkah. Lagi teruk, dia terpijak kain baju kurung yang sememangnya dia memakai labuh. Dia melayang kebelakang.
Matanya tertutup rapat. Jelas takut dengan apa yang bakal berlaku nanti. Tapi, dia pelik satu perkara. Kenapa tak jaguh-jaguh ni? Dia terapung ke? Dia sedar satu lagi perkara. Ada sesuatu yang memaut pinggangnya.
Mikayla membuka mata. Terpampang wajah kacak Mikael. Mereka berkeadaan begitu selama beberapa saat sebelum...
"Hei! Kamu berdua ni. Berdrama di sini pula. Jealous Abang Lan yang single ni tau," ujar Abang Lan, pengawal keselamatan sekolah. Abang Lan atau pun namanya Azlan seorang yang sporting. Tak macam yang lain iaitu Pak Din dan Uncle Ravi.
Kedua-dua mereka terus berdiri tegak. Dengan wajah yang merah, mereka berpisah mengikut haluan masing-masing.
Haiiii....
Saya sangat hargai kepada semua yang sudi baca cerita ni. Thank uollss..
One more thing.Sila vote and comment.
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...