Bab 9

4.4K 205 1
                                    

"Be my girlfriend?"

Mikayla terkedu mendengar suara romantik Mikael. Sebenarnya, dia sendiri pelik dengan diri dia sekarang. Mulut mahu kata lain tetapi hati kata lain. Dia tiba-tiba teringat pesan ibunya dulu sewaktu mula-mula memasuki sekolah menengah.

"Kayla, belajar sekolah menengah ni lain. Tak macam sekolah rendah. Kalau dulu, asyik nak main je. Tapi bila masuk sekolah menengah, masalahnya ialah hubungan lelaki dan perempuan. Bila kita tak pandai kawal, tu yang jadi bercintalah. Apalah. Lepas tu, belajar ke laut. Umi tak nak anak umi jadi macam tu. Faham?!" pesan Puan Ailinda kepada anak daranya yang lengkap memakai uniform sekolah.

"Faham, umi!"

"Hmm.. Saya taknak couple. Sorry," putus Mikayla. Dia berura-ura ingin beredar. Namun tangan Mikael menghalang.

"Mikayla, staylah dulu. Aku nak tengok drama ni," celah Zafrel selamba. Mikayla menjeling tajam jejaka itu. Zafrel tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Okey. Sorry. Sorry," ucap Zafrel. Mikayla duduk semula. Dia memandang wajah muram Mikael. Tak pernah dia melihat wajah Mikael semuram ini kerana dia seorang yang 'happy go lucky'.

"Mikayla, but why?" tanya Mikael. Mikayla mengeluh mendengar pertanyaan Mikael.

"Awak tahu apa cita-cita saya?" tanya Mikayla.

"Apa?"

"Cita-cita saya nak jadi doktor. Saya takut saya lalai dan saya tak dapat capai cita-cita saya ni. Saya
anak tunggal. Satu-satunya harapan parents saya. Saya taknak hancurkan harapan mereka," terang Mikayla. Mikael mengangguk faham. Begitu juga Zafrel.

Mikayla menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sesuatu. Duit. Dia menyerahkan duit itu kepada Mikael.

"Nah. Ambil ni,"

"Tak apa. Kopi ni saya belanja,"

"Ambillah. saya tak suka orang belanja saya,"

"Tak payah. Simpan je duit tu,"

"Amb....,"

Duit itu dirampas seseorang. Zafrel!

"Korang tak nak, kan? Biar aku yang ambil," ujarnya. Mikael dan Mikayla sama-sama gelak dengan tindakan Zafrel. Zafrel juga ikut ketawa.

Tawa Zafrel tiba-tiba berhenti. Dia berkerut memandang sesuatu di luar.

"Kenapa?" tanya Mikael.

"Wei, aku nampak ahli Pinky Girls," jawab Zafrel.

"What?!"

"Yes! Diorang baru keluar dari kereta. Sorokkan Mikayla cepat," kata Zafrel. Mikayla memandang dua kawan baik ini pelik.

"Kenapa ni?" tanya Mikayla.

"Mikayla, boleh tak kau pergi ke tandas sekarang? Jangan sampai Pinky Girls tu nampak kau. Tahu kan apa jadi kalau diorang nampak kau dengan aku?" pinta Mikael.

Mikayla mengangguk. Walaupun baru dua bulan bersekolah di Sekolah Menengah Sri Mutiara, dia mengenali keangkuhan Pinky Girls. Dia mula melangkah pergi. Tiba-tiba tangannya ditarik seseorang. Dia menoleh. Mikael.

"Apa pegang-pegang?" Mikayla melepaskan pegangan Mikael dengan kasar.

"Mikayla, I want to say sorry for all of this," ucapnya. Mikayla mengangguk.

"Okey. Err.. Bye," Mikayla berlalu pergi.

💗💗💗💗💗

"Meera, Sofea, nampak tak apa yang aku nampak?" tanya Nissa dengan senyuman yang melebar. "Nampak apa?" tanya Sofea.

"Aku nampak Mikaellah. Jodoh, kan?" jawabnya. Kemudian, dia gelak dengan gaya gediknya. Meera dan Sofea berpandangan sesama sendiri. Teruk sudah Nissa ni! Masih angau walau cinta tak berbalas.

"Okay. Korang tolong orderkan dulu. Aku nak jumpa Mika. Boleh?" pinta Nissa. Belum sempat Meera dan Sofea menjawab, Nissa sudah berjalan pergi.

Kedua-dua gadis itu mengeluh dengan tingkah laku rakannya yang satu itu.

Saya sayang awak, Miss Blushing!!Where stories live. Discover now