" 1... 2....3!"
Mikael terus berlari sekuat hatinya. Semua benda di sekelilingnya tidak diendahkan. Dia hanya fokus pada lariannya sahaja. Namun, mungkin disebabkan terlebih fokus dia terlanggar seseorang.
Bukk!!
Orang itu terjatuh. Mikael memandang orang yang dilanggar. Perempuan? Confirm sakit tak terkata.
Dia menunduk dan kemudiannya mencangkung. Gadis itu itu masih membelakanginya. Earphone gadis itu ditanggalkannya. Tengok dari sipi-sipi pun dah tahu yang gadis itu marah. Gadis itu akhirnya memusingkan kepalanya.
Mikael terkejut. Begitu juga gadis itu. Mikayla ialah gadis yang dilanggar. Mikael lihat Mikayla sudah surut marahnya. Hilang marah ya tengok wajah kacak ni?
"I'm sorry, Mikayla. Saya tak sengaja. Saya tengah berlatih tadi," ujar Mikael dengan rasa bersalah. Mikayla senyum.
"Tak apalah. Saya maafkan," balas Mikayla membuatkan jejaka tampan itu lega.
"Sakit tak?"
"Tipulah kalau kata tak sakit,"
"Sakit kat mana?"
"Siku je. Calar kot," beritahu Mikayla. Dia sendiri masih tak pasti sebab dia memakai baju lengan panjang.
"Nak pergi klinik?"
"Klinik? Tak payahlah. Sikit je ni," tolak Mikayla. Dia cuba berdiri walaupun agak payah. Mikael menghulurkan tangannya dengan niat ingin membantu. Mikayla menggelengkan kepalanya. Dia menolak pelawaan tersebut dengan baik.
"Awak pergi sini dengan siapa?" tanya Mikael prihatin. Antara sikap Mikael yang sangat Mikayla suka ialah sikap prihatinnya. Kadang-kadang, kawan-kawan dia sendiri pun tak bersikap begini.
"Seorang je. Tadi, umi saya hantar. Dia tak teman saya sebab ada hal," beritahu Mikayla. Mikael mengangguk. Mereka berjalan beriringan ke arah bangku panjang yang menempatkan barangan mereka.
"Awak pula?" tanya Mikayla. Dari tadi asyik Mikael je yang tanya tentang dia. Dia pun nak tahu juga.
"Saya datang dengan abang saya. Tapi naik asing," jawab Mikael. Mikayla dah tahu dah. Tak macho lah kan kalau naik sama-sama?
"Oh, awak ada abang?"
"Ada! Nama dia Hafiz Jibrael. Saya ada abang dan papa saya je," cerita Mikael.
"Saya tak ada adik-beradik. Anak tunggal," kata Mikayla. "Ooo," itu sahaja balasan daripada Mikael.
Seketika kemudian, mereka tiba di bangku yang sedang diduduki Jibrael. Wajahnya masam. Mikael agak dia tahu kot apa yang bakal terjadi kejap lagi.
"Mikael!"jerkah Jibrael.
"Penat-penat aku tunggu kau tadi. Rupanya kau tengah berseronok? Patutlah lari satu round dekat 20 minit," bebel Jibrael. Satu perkara yang menarik tentang Jibrael ni, dia suka membebel kalau marah. Tapi, dia marah sebab sayang, kan?
"Sorry, Jibrael. Aku tak sengaja," pujuk Mikael. Mikayla yang berada di tepi tersenyum lucu. Comel betul si abang dan adik ni. Mesti seronok kalau ada adik-beradik, kan? Jealous nya...
"Sudahlah kau. Mentang-mentang jumpa crush, kau lupakan aku ya? Dasar kacang lupakan kulit," sambung Jibrael. Mikael menjeling abangnya itu. Amboi! Siap pakai peribahasa lagi ya? Dahlah pecahkan rahsia orang.
Mikayla pula sudah termalu sendiri. Dia tidak dapat menafikan yang hatinya berbunga-bunga saat Jibrael mengatakan perkara itu. Haih.. Sejak berkawan rapat dengan Mikael ni, dia semakin sayang pula. Kalau dulu, jual mahal sangat. Sekarang?
"Jibrael? Kau ni pun agak-agaklah merajuk depan perempuan," sindir Mikael. Tiada lagi suara meleret-leret seperti tadi.
"What? Perempuan?"
"What? Kau tak perasan?" balas Mikael sinis. Jibrael terpinga-pinga. Memang dia perasan yang Mikael berjalan dengan seorang perempuan. Tapi, tak perasan pula yang dia ikut ke sini. Habislah! Jatuh saham aku..
"By the way, this is Mikayla. Mikayla, this is Jibrael, my brother,"
"Hai," sapa Mikayla sebagai permulaan perjumpaan mereka. Tetapi, tiada balasan daripada Jibrael. Hanya senyuman yang diberikan. Fikiran-fikiran negatif mula berlayar di minda. Jibrael itulah.. Jibrael inilah..
"Dah. Aku nak balik," ujar Jibrael lalu memusingkan badannya ke belakang.
"Don't worry. Jibrael memang sombong sikit," bisik Mikael di telinga Mikayla. Mikayla hanya tertawa kecil.
"I can hear that, Mikael!" jerit Jibrael tanpa memandang ke arah Mikael. Mikael mendengus kecil. Ish! Dia pakai telinga arnab ke apa?
"Hmm.. Okeylah, Mikayla. Saya pergi dulu," ucap Mikael. Takkanlah dia nak biar je kan Jibrael balik seorang-seorang? Lagipun, tak manis kalau dia berdua je dengan Mikayla.
"Bye!" balas Mikayla sambil melambaikan tangannya. Mikael hanya menghadiahkan senyuman manis sebelum bergerak ke arah superbike miliknya.
Tanpa sedar, ada manusia yang memerhati mereka. Lebih tepat lagi, memandang kegembiraan Mikayla. Dia tersenyum hambar.
💗💗💗💗💗
Rasa tomyam yang masam dan pedas menjadi tawar dengan kehadiran 'dia'. Mikael mengeluh. Dia memandang Jibrael sekilas. Jibrael kelihatan sangat relax dan tenang berbanding dirinya.
Dia bangun dari duduknya dan berjalan pergi. Mangkuk tomyam tu dibiarkan saja. Nanti adalah tu pembantu rumah yang ambil.
"Mikael? Nak pergi mana tu? Papa nak bincang sikit ni," kata Tengku Norman. 'Dia' yang Mikael tak selesa tu. Dia marah sebab Tengku Norman pulang awal harini. Biasanya, bila Tengku Norman balik je, mesti dua beradik tu dah tidur. Tapi, bukan ke sepatutnya Mikael gembira papa dia balik awal? Apa yang jadi?
Mikael mendengus geram. Dia tidak menjawab walau sepatah. Dia memandang Jibrael yang sedang merenung dirinya. Mikael memberi pandangan seolah-olah bertanya tentang perkara yang dia patut lakukan sekarang. Jibrael yang memahaminya mengangguk dengan senyuman menandakan yang Mikael patut ikut sahaja kehendak Tengku Norman.
Akhirnya, setelah difikirkan semula, Mikael rasa wajar juga untuk dia tahu apa yang Tengku Norman nak bincangkan
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...