Kaki melangkah masuk ke dalam kelas. Mejanya dituju lalu dia duduk di atas kerusi. Beg yang sedang digalas diletak di tepi meja. Dia menongkat dagu.
"Kayla?"
Mikayla mengangkat muka. Wajah Syamimi yang memanggilnya dipandang. Mood nya agak kurang sedikit pagi ini.
"Tengok tu,"jari Syamimi menunjuk ke arah Mikael. Mikayla yang memandang ke arah sana terus berpatah balik. Pesanan Nissa jelas terngiang-ngiang di telinga.
"Kenapa dengan dia?" soal Mikayla dingin.
"Tengoklah muka dia tu. Lebam sana-sini. Bergaduh ke?"
"Hah?"
Wajah Mikael cepat-cepat dicari dan ditenung. Memang benar kata Syamimi. Banyak lebam dan riak muka jejaka itu juga masam dan agak suram. Adakah ini disebabkan Syamil? Memang dia betul-betul maksudkan ke kata-kata dia itu?
Mikayla menundukkan muka. Dia rasa bersalah. Disebabkan dia, Syamil salah faham dan membelasah Mikael. Sorry, Mikael.
"Mikayla!"
"Err.. Ke.. Kenapa, Mimi?"
"Jauhnya kau termenung. Fikirkan siapa? Mikael ke?" usik Syamimi. Mikayla hanya tersenyum kelat mendengarnya.
"Tapi, tak pelik ke? Mikael tu bukannya kaki gaduh kecuali ada yang ajak. Jadi, siapa yang ajak?" tanya Aqila.
"Entahlah, Qila. Aku tak tahu," jawab Syamimi.
'Syamil yang buat. Semua salah aku!'jerit hati Mikayla. Dia menunduk lagi.
"Kayla, kau okey tak ni?" soal Aqila. Agak pelik juga dengan tingkah laku Mikayla yang kurang aktif.
"Aku okey je,"balas Mikayla. Senyuman nipis dihadiahkan kepada kawan-kawannya itu.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Mikayla!"
Mikayla melajukan langkahnya. Panggilan daripada Mikael dibiarkan begitu sahaja. Malah, semakin laju Mikael melangkah, semakin laju juga dia berjalan. Tak susah pun, dia atlet, kan?
"Mikayla, please! Jangan jauhkan diri dari saya. Dah seminggu dah. Tak cukup lagi ke?" laung Mikael dari belakang. Waktu rehat yang semakin suntuk juga dibiarkan berlalu. Mikayla lebih penting!
"Tak!"
"Dah tu sampai bila? Selama-lamanya?"
"Yes!"
Mikael mendengus. Kenapa dengan gadis kesayangannya ni? Hari itu elok sahaja. Selepas dia kena belasah dengan lelaki yang tidak dikenali tu, terus jadi macam ni.
"At least, beritahu apa salah saya. Jangan hukum saya begini," pinta Mikael. Terus dia berlari mengejar peluang apabila pergerakan Mikayla semakin terhenti.
Ya, Mikael memang tak salah. Dia terpaksa berbuat begini. Jejaka itu milik orang lain dan pastinya tidak akan menjadi milik dia.
Mikayla agak terkejut melihat Mikael yang tiba-tiba berada di depan mata. Tidak sedar yang dirinya semakin perlahan dan berhenti.
"Awak nak apa lagi ni?!" soal Mikayla rimas. Mikael yang berdiri di hadapan mendepakan tangan. Takut sekiranya Mikayla membuat cubaan melarikan diri.
"Kenapa awak buat macam ni, Mikayla? Apa salah saya?" tanya Mikael. Sayu sahaja suara dia di corong telinga Mikayla.
"Ke tepilah!"
"Taknak! Saya tak akan ke tepi selagi awak tak beritahu saya apa sebabnya," Mikael berdegil.
"Tolonglah ke tepi," Mikayla pula merayu. Hatinya menjadi lemah dengan sikap Mikael yang begitu.
"Ni.. Nissa, kan? Dia yang buat kita macam ni?" soal Mikael. Siapa lagi yang berani merosakkan hubungan mereka kecuali Nissa?
"Tak!" tegas dan dingin suara Mikayla. Dia tak akan membiarkan Mikael tahu tentang apa yang berlaku kepada dia. Atau dia akan kena lebih teruk lagi. Cukuplah dia berkorban dengan melepaskan Mikael, dia tak mahu lagi.
"Habis tu?"
"Nothing happened. Now, go away from my life. If you not. Then, I'll go," ucap Mikayla. Hatinya pedih apabila berkata begitu.
"No... Don't do this to me, Mikayla. Saya tak sanggup,"balas Mikael.
'Bukan awak je yang tak sanggup, Mikael. Saya pun,'detik hati Mikayla. Hatinya menangis walaupun tidak terlakar di wajahnya.
Riak wajah Mikayla kosong. Beku.
Terus dia memusingkan badannya ke belakang. Cuba mencari laluan lain. Dia mengeluh kecil. Kenapalah tak terfikir tadi, ya?
Mikael menunduk ke bawah. Dia tidak mahu mengejar lagi. Pastinya Mikayla akan meleraikan diri lagi. Seperti sebelum-sebelum ini.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Mikayla turun ke bawah untuk minum air. Terasa haus pula malam-malam ni. Cawan diambil lalu langkahnya dihalakan ke arah peti ais.
Pintu peti ais dibuka sebelum sebiji botol berwarna biru dicapai. Penutup botol itu dibuka lalu isinya dituang ke dalam cawan yang diletakkan di tepi.
Lega rasanya apabila air yang diminum turun melalui tekak. Pintu peti ais ditutup setelah botol tadi disimpan ditempat asal. Kakinya pergi ke sinki dan cawan yang digunakan tadi dibilas.
Selesai meletakkan cawan ke atas rak, dia melangkah pula ke arah tangga. Tangga dinaiki dan dia lalu di hadapan bilik ibu bapanya untuk ke biliknya.
Topik yang sedang dibincangkan menarik perhatian Mikayla untuk dia dengar. Walaupun perlahan, dia masih lagi mampu mendengarnya.Untuk memudahkan proses curi dengar, dia menyandarkan badannya di dinding.
"Pihak atasan hospital dah bersetuju, Lin," beritahu Dr. Azim kepada Puan Ailinda. Puan Ailinda terus tersenyum lega.
'Setuju? Apa yang setujunya?'
"Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu,"
"Ha! Esok dah boleh mula kemas beg. Nanti abang akan sewakan lori. Harap tak banyak sangatlah barangnya," ujar Dr. Azim. Diselitkan perliaan di situ menyebabkan Puan Ailinda menjeling manja.
'Kemas beg? Sewa lori?'
"Abang ni! Barang yang banyak tu pun ada gunanya juga. Takkanlah nak buang pula," balas Puan Ailinda.
"Hmm.. Yelah," Dr. Azim mengalah. Dalam kehidupan suami isteri perlulah banyak mengalah. Ye tak?
"Abang, Mikayla macam mana? Dia setuju ke dengan keputusan kita ni?" soal Puan Ailinda.
"Entahlah. Abang tak tahu. Yang abang tahu, abang tak suka dia kena buli macam tu. Lebih baik kita pindah semula dari dia kena macam tu," luah Dr. Azim. Puan Ailinda mengangguk lemah.
Siapa saja suka jika anak mereka diperlakukan sebegitu? Sudahlah Mikayla hanya memendam sahaja tentang perkara itu. Langsung tidak mahu meluahkan kepada mereka berdua ini
'Pindah? Buli?'
Mikayla mengeluh perlahan. Sejujurnya dia taknak. Dia taknak berjauhan dengan Mikael. Walaupun dia bersikap dingin terhadap Mikael, dia selalu melihat Mikael dari jauh. Setakat ni, tak pernah terbongkar rahsianya yang satu itu. Dapatlah juga dia lepaskan rindu.
Tapi, bila fikirkan Nissa. Ada bagusnya juga untuk dia pindah. Biarlah mereka bahagia tanpa orang ketiga. Lebih baik begitu.
Mikayla bangun dari duduknya lalu memasuki bilik umi dan ayahnya melalui pintu yang terbuka sedikit. Wajah terkejut ibu dan ayahnya dibiarkan.
"Kayla setuju,"
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...