Bab 21

3.2K 149 0
                                    

Nissa duduk di hadapan meja solek. Dia melihat pantulan dirinya daripada cermin. Wajahnya putih mulus dan tiada cacat cela. Rambutnya yang keperangan beralun cantik. Tapi, di sekolah, tiada yang sukakannya. Termasuklah rakan-rakannya sendiri. Bukan dia tak tahu, ya!

   Mungkin, sudah tiba masanya untuk berubah. 'Berubah'! Satu perkataan yang senang diungkapkan tetapi susah untuk dilaksanakan. Betul tak?

   Nissa tersenyum sendirian. Dia bertekad kali ni!

   Lagu senorita tiba-tiba berkumandang. Nissa melihat telefon bimbitnya yang berada di atas katil. Matanya tertancap pada nama si pemanggil.

   "Sofea? Buat apa dia call malam-malam ni?" gumamnya. Butang angkat ditekan.

Dalam talian...

Nissa: Sofea, kenapa kau call aku malam-malam ni? Ada benda penting ke?
Sofea: Nissa, aku ada gosip ni.
Nissa: Pasal apa?
Sofea: Pasal buah hati kau.
Nissa: Mikael? Kenapa dengan dia?
Sofea: Aku rasa dia ada something dengan Mikayla lah. Rapat semacam.
Nissa: Serius lah?
Sofea: Kau tak tengok blog sekolah ke? Tadi, masa latihan sukantara pun aku ada nampak diorang jumpa tau.

   Memang patutlah juga dia nampak. Mikael dan Mikayla berada di tengah-tengah astaka kot. Semua orang pasti salah faham. Pasal Sofea pula, dia satu-satunya ahli Pinky Girls yang masuk rumah Delima. Meera dan Nissa rumah Nilam.

   Tanpa sedar, Nissa mengepal penumbuknya dengan kuat. Dia geram.

   'Kau... Perampas,'gumamnya.

Sofea: Err.. Nissa, are you okay there?
Nissa: No! I'm not okay!
Sofea: Oh, please! Jangan jerit. Just bagitahu apa yang aku patut buat.
Nissa: Kita tunggu dulu.
Sofea: What? Betul ke apa yang aku dengar ni? Tunggu?
Nissa: Yes! Just do what I say. Nanti lepas habis bulan sukan, baru kita bertindak.
Sofea: Okey.
Nissa: Jangan lupa bagitahu Meera. Bye!

Talian diputuskan...

   Telefon dicampak ke atas katil dengan kasar. Berita yang dia baru dengar tadi betul-betul buat dia marah. Baru tadi dia mahu berubah disebabkan seorang insan bernama Mikayla. Sekarang, orang yang menghancurkan kebahagiaan dia juga bernama Mikayla. Apakah?!

                        💗💗💗💗💗

Hari sukantara berjalan dengan lancar. Seperti yang diduga, Mikayla dipilih menjadi atlet olahraga rumah Delima. Juga Mikael. Jadi, persamaan yang mereka ada membuatkan mereka tampak serasi dan rapat.

                        💗💗💗💗💗

"Mikayla!"

   Mikayla memandang pemilik suara yang memanggil dirinya. "Oh, Mikael. Nak apa?" tanya Mikayla kepada Mikael yang sudah selamat duduk di kerusi yang berada di sebelahnya.

   "I want you,"

   Jawapan Mikael betul-betul membuatkan jantung Mikayla berdegup laju yang teramat. Rasanya, wajahnya sudah bertukar warna saat ini. Terus dia memandang ke arah buku yang berada di atas mejanya. Fokus! Fokus!

   "Haha... See! You're blushing again, Miss Blushing,"usik Mikael. Mikayla menggeleng-gelengkan kepalanya. Mereng juga si Mikael ni.

  "Dah. Syuh! Syuh! Jangan kacau saya nak study," halau Mikayla. "Eh. Eh. Halau pula. Tak elok halau tetamu bertandang tau," ujar Mikael. Dia menongkat dagunya dan mukanya difokuskan untuk menghadap Mikayla.

   "Kalau tetamu tak diundang, buat apa nak layan," balas Mikayla. Matanya masih difokuskan untuk menghadap buku. Dah tahu dah apa akan berlaku kalau pandang mata hazel Mikael tu. Tak tahulah. Mungkin Mikael tu ada kuasa pukau kot.

   Mikael memandang buku kerja Mikayla dengan tiba-tiba. Terkejut Mikayla. Nasib baik dia bukan jenis yang melatah. Kalau tak, mesti dah hempuk kepala Mikael.

   "Buat soalan ni ke? Senang je," perli Mikael sambil memandang Mikayla. "Memanglah soalan ni senang. Ada pendatang asing kacau. Tu yang tak boleh fokus buat kerja ni," balas Mikayla tidak mahu kalah. Dia memberi jelingan maut kepada Mikael.

   "Auch!"

   Mikael memegang jantungnya sambil mengerutkan wajahnya tanda jelingan maut itu menyakitkan. "Ish! Dia ni gatallah," kata Mikayla. Dia bangun dari duduknya lalu bergerak pergi.

   "Wait!"

   Langkahnya terhenti saat Mikael memanggilnya. Kepalanya dipusingkan ke belakang. "Nak apa?" tanya Mikayla.

   "Jangan lupa tau kita 'date' hujung minggu ni," pesan Mikael. Sempat dia kenyit mata kirinya pada Mikayla. Kalau orang lain tengok, mesti berdarah hidung. Mikayla pun hampir-hampir jadi begitu, tapi dia tahan.

   "Bukan 'date', okey?" Mikayla memberi peringatan. Mereka sebenarnya sudah merancang untuk berlatih lumba lari di taman permainan pada hujung minggu itu. Tidak lupa, Zafrel pun dijemput hadir. Okey! Bukan dijemput, dipaksa sebenarnya.

  

  

  

Saya sayang awak, Miss Blushing!!Where stories live. Discover now