"Apa yang papa nak bincangkan dengan Mika?" tanya Mikael tanpa memandang Tengku Norman yang duduk di kerusi hadapannya. Entahlah. Dia rasa karpet biru laut yang ada dekat lantai tu lagi best dilihat daripada muka Tengku Norman.
"Papa nak bincang soal penjodohan Mikael deng....," kata-kata Tengku Norman dipintas dengan kasar oleh Mikael.
"Jodoh?! Papa sedar tak yang umur Mika sekarang ni berapa?!"tengking Mikael yang tiba-tiba berdiri. Dia tahu perbuatan tu salah. Tapi, dia geram sangat. Tengku Norman dah melampau!
Tengku Norman memandang Mikael sinis. Dia bangun dari duduknya sambil memeluk tubuh. " Papa masih sedar umur Mika berapa. Mika form 4. Tapi, tak salahkan papa nak beritahu tentang penjodohan ni. Mika akan kahwin dengan Nissa bila umur Mika dah capai 24 nanti,"beritahu Tengku Norman tenang.
"Nissa? Are you kidding me, pa?" Mikael tertawa sinis. Tengku Norman tidak terkejut pun dengan sindiran Mikael. Dia dah agak dah yang Mikael akan terlalu marah. Jadi, dia dah buat persediaan mental dan fizikal sejak seminggu lalu.
"Mikael tak pernah cintakan dia!!" jerkah Mikael setelah tawanya reda.
"You can try to love her, Mika," ujar Tengku Norman. Dia duduk semula. Cuba melegakan hati tuanya yang terguris dengan kata-kata Mikael sedari tadi.
"Never!!"
"Mika tak ada pilihan lain! Mika kena kahwin juga dengan Nissa!!"
Mikael terus naik ke tingkat atas untuk ke biliknya. Mukanya merah padam akibat terlalu marah. Sebaik sahaja tiba di bilik, dia duduk di birai katilnya. Rambutnya yang disikat rapi diserabaikan kasar.
"Arghhhh!!" Mikael menjerit sepuas hatinya lalu menumbuk-numbuk dinding biliknya. Tak kisahlah apa kata orang. Yang penting dia puas.
💗💗💗💗💗
Keesokan harinya....
Mikayla tak sedap hati dari awal pagi tadi. Riak wajah Mikael, tingkah lakunya serta kekalahan Mikael menimbulkan kebimbangan di hati Mikael. Kalah? Ya, Mikael kalah dalam perlumbaan 4×100m tadi. Dapat nombor last pula tu.
Mikayla berjalan ke arah Mikael yang berada di kantin dengan ditemani Syamimi. Itupun setelah dipujuk dengan coklat Cadbury yang sepatutnya Mikayla makan selepas habis lumba lari tadi. Tapi, Mikael punya pasal, Mikayla sanggup.
"Mikael?"
Mikael yang sedang termenung memandang Mikayla yang memanggilnya. Reda sikit rasa serabutnya apabila melihat wajah manis Mikayla.
"Awak okey tak?" tanya Mikayla lalu duduk di hadapan Mikael. Syamimi pula duduk di sebelah Mikayla. Takkan nak berdiri lama-lama, kan? Penat juga walaupun dia tak bercakap apa-apa pun.
"Err.. Okey. Ke..kenapa tanya ni?" balas Mikael gagap. Dia menunduk ke bawah memandang meja. Cuba menyembunyikan ketidakjujurannya.
"Ye lah, Mikael. Aku pun nak tanya benda yang sama. Cuma tunggu masa je," sampuk Zafrel yang datang dengan dua pinggan nasi goreng. Pinggan yang berada di tangan kanannya diletakkan betul-betul di hadapan Mikael.
"Eh, Zaf! Kan aku kata taknak makan?" kata Mikael. Seketika kemudian, dia menepuk dahinya. Lagilah kawan-kawan dia ni tanya kenapa kalau dia jawab macam tu. Aduh..
"Kenapa tak nak makan?" tanya Mikayla serentak dengan seseorang. Mikayla, Zafrel dan Syamimi menoleh.
"Eh, abang Jib," sapa Zafrel. Jibrael datang ke sekolah Mikael bagi mewakili Tengku Norman. Maklumlah, hari ni kan hari perasmian bulan sukan? Tapi, tak sangka pula yang dia lihat perkara yang langsung tak pernah terlintas di fikirannya.
Jibrael yang sedang berdiri menunduk sedikit untuk memandang wajah adiknya itu. Mikael masih berdiam. "Mika, kau masih serabut dengan perkara semalam ke?" tanya Jibrael membuatkan yang lain tertanya-tanya.
"Mana ada. Aku okeylah," jawab Mikael. "Iye lah tu. Tengok muka pun dah tahu yang kau tu ada masalah tau," kata Jibrael.
"Haah. Betul kata abang Jib. Tak macho lah kau ni," ujar Zafrel cuba untuk bergurau walaupun dia tak tahu apa yang terjadi semalam. Namun, tiada hasilnya. Wajah Mikael masih lagi masam.
Jibrael memberi isyarat kepada Zafrel untuk menghalau kedua gadis di hadapan Mikael yang baginya hanya menyibuk. Zafrel mengangguk dan dia melakukan arahan yang diberikan. Cuma lebih eloklah ayatnya.
"Mikayla, Syamimi, hmm...boleh tak korang pergi dulu. Bukan nak menghalau tapi... tapi korang faham-faham je lah,"pinta Zafrel dengan sopan.
" Oh, okey,"kata Mikayla sebelum mengajak Syamimi pergi bersamanya.
Setelah yakin yang gadis-gadis itu sudah beredar. Jibrael duduk di hadapan Mikael menggantikan Mikayla. Dia menasihati adiknya itu.
"Aku tahu kau stress pasal penjodohan tu, tapi tak payahlah sampai memudaratkan kau. Kau still kena makan, belajar dan teruskan rutin harian kau," kata Jibrael.
"Ok, sorry. Aku janji tak buat macam ni lagi," balas Mikael. Pinggan nasi goreng yang berada dihadapannya di pandang sebelum dia mula menyuap.
Jibrael tersenyum dengan tindakan Mikael. Sakit hatinya apabila Mikael bermuram durja. Zafrel pula kelihatan terpinga-pinga.
"Penjodohan? Apa maksud Abang Jib penjodohan?" tanya Zafrel.
"Begini, Zaf. Papa aku suruh aku kahwin dengan Nissa. Dia dah buat perjanjian dengan Dato' Azman," cerita Mikael yang sudah tenang dengan perlahan. Takut pula jika orang lain dengar.
"A.. Aku speechless. Serius tak tahu nak komen apa," kata Zafrel. Jibrael hanya berdiam diri. Tak tahu nak cakap apa. Lagipun, dia bukan jenis orang yang banyak cakap.
"Tak payah komen. Kalau kau komen mesti sakit hati,"
Zafrel hanya tersengih mendengarnya.
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...