Bab 15

3.7K 178 0
                                    

Mikayla bergegas ke padang sekolah selepas siap menukar baju sukan. Sampai sahaja, dia terus duduk mengikut barisan. Cuaca masih lagi panas walaupun jam menghampiri pukul 4 petang.

   Di hadapan, kelihatan beberapa AJK tertinggi rumah Delima sedang membincangkan sesuatu. Seketika kemudian, ketua rumah, Haqiem bergerak ke arah barisan lelaki manakala penolong ketua rumah, Amina menuju ke arah barisan perempuan.

   Mereka mengarahkan kami bergerak ke tempat latihan. Lelaki mula bergerak ke arah tempat lompat jauh. Perempuan pula bergerak ke trek lumba lari 100m.

   "Kegarisan! Sedia!! Mula!!!"

   Preettt!!

   Lapan orang yang berada di atas trek terus berlari. Mikayla berlari dengan laju. Perbezaan sangat ketara antara dia dan yang lain. Kecuali dengan Zarina. Zarina memang seorang atlet. Itu yang laju.

   Mikayla menjadi orang pertama yang tiba di garisan penamat. Dengan termengah-mengah, dia bergerak ke khemah yang berada di sebelah garisan penamat.

   "Wah! Lajunya awak lari, Mikayla. Atlet dekat sekolah lama ke?" tanya Kak Maira si penjaga masa.

   "Haah. Dari sekolah rendah lagi," balas Mikayla tersipu-sipu. Dia duduk di kerusi kosong berdekatan kerana penat.

   "Ha! Bolehlah jadi atlet Delima. Mesti menang tau," ujar Kak Amina yang baru sahaja tiba di situ.

   "In Shaa Allah, kak. Saya cuba,"balas Mikayla. " Hmm.. Baguslah," ucap Kak Maira. "Err.. Saya pergi ke astaka dulu ya," pinta Mikayla. Kak Maira dan Kak Amina hanya mengangguk.

                       💗💗💗💗💗

Mikayla terasa betul-betul dahaga. Dia memang cuai. Tertinggal botol airnya di rak kasut di rumah kerana tergesa-gesa ke sekolah akibat sudah lambat.

   Mikayla duduk memeluk lutut. Cuba menghilangkan dahaga. Beberapa ketika kemudian, dia mengalihkan kakinya ke bawah. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat ada tangan yang menghulurkan sebotol air mineral.

    Mikayla cepat mengawal dirinya sebelum memandang si pemberi. Mikael?

   "Awak?"

   "Err..ya?"

   "Kenapa ada di sini?"

   "Saya rumah Delima. Jadi, perlulah ada di sini,"balas Mikael. Mikayla merenung botol air mineral yang dihulur. Dia mengerutkan dahinya.

   "Oh, ya! Nah, ambillah," kata Mikael. "Hehe.. Thanks," balas Mikayla. Mikayla membuka penutup botol dan terus meminum isinya. Tanpa sedar, Mikael merenung Mikayla. Bibir Mikael mengukir senyuman yang melengkapkan kekacakannya.

   Tegukan Mikayla tamat. Dia memandang Mikael sambil tersenyum. "Terima kasih sekali lagi," ucap Mikayla. "Oh, ya! Err.. Sama-sama," jawab Mikael.

   "Macam mana awak tahu?" tanya Mikayla. "Tahu apa?" tanya Mikael kembali. "Err.. Yang... Yang saya tak bawa air," kata Mikayla tergagap-gagap. Malu menyerbu dirinya secara tiba-tiba.

   "Oh! Awak nampak haus. Jadi, saya berilah air saya ni,"

   "Air awak?!"

   "Err.. Jangan risau. Saya tak minum lagi air tu," balas Mikael sedikit risau.

   "Awak? Tak haus?"

   Mikael senyum mendengar soalan itu. 'Dia care pasal aku?'

   "Saya ada bawa air lebih," balas Mikael. "Ooo..," itu sahaja  balasan Mikayla yang sedang memandang ke bawah. Mereka hanya berdiam diri.

   "Kenapa saya tak tahu kita satu rumah?" tanya Mikayla. Kening Mikael terbaik sebelah mendengar pertanyaan Mikayla. Timbul satu idea untuk mengusik.

   "Satu rumah? Tunggu besar nanti kita duduk satu rumah ya," usik Mikael. Dia tersenyum nakal. Mikayla pula sudah berkerut mukanya. Lawak apakah ini?

   "Rumah sukan, okey? Jangan fikir bukan-bukan!" kata Mikayla. Mikael sudah tergelak. "Haha... Gurau je," ujar Mikael dengan tawa yang masih bersisa.

   "Sudahlah. Saya pergi dulu. Bye!" Mikayla bangun dari duduknya.

   "Hey! Tunggu kejap," Mikayla menoleh mendengar panggilan Mikael.

   "Saya nak cakap something,"

   "Apa?"

   "Laju awak lari tadi. Awak berpotensi untuk jadi atlet sekolah," kata Mikael serius.

   "Thanks untuk pujian tu. Kak Maira dan Kak Amina pun cakap macam tu. Hmm.. Oh ya! Sebelum terlupa, kenapa awak pilih saya jadi penolong ketua pengawas?" tanya Mikayla. Dia duduk semula.

   "Kenapa tanya?"

   "Dari haritu lagi nak tanya tapi tak dapat," serentak dengan pernyataan itu, mukanya mula berubah warna. Dia terus menundukkan wajah. Mikael hanya tersenyum.

   "Miss blushing?" Mikayla mengangkat muka lalu tayang muka pelik.

   "Awak selalu blushing depan saya. Jadi, saya panggil awak Miss blushing lah,"

   Jikalau tadi warna mukanya hanya merah jambu, kali ini menjadi merah saga. Semua gara-gara Mikael yang terlalu jujur. Mikael pula? Masih tayang muka selamba.

  

  

  

  

  

  

  

Saya sayang awak, Miss Blushing!!Where stories live. Discover now