Bab 42

3.1K 125 1
                                    

"Nah, ni kunci bilik korang,"

   Beberapa kunci yang diikat satu sama lain diserahkan kepada Lara dan Mikayla. Sempat Syah mendekatkan mulutnya dengan telinga Lara untuk membisikkan sesuatu. Habis sahaja dia berkata, Syah menjauhkan kembali bibirnya itu.

   Lara pula tersenyum-senyum setelah Syah beredar. Mikayla malas nak tanya. Mesti Syah bagi ayat gula-gula yang terlebih manis sampai tertumpah-tumpah punya.

   "Lara, jom masuk bilik. Aku penat ni terperuk dalam kereta 6 jam," ajak Mikayla. Walaupun tidak memandu, dia juga penat. Sakit badan pun ya.

   "Jom. Kayla, kau taknak tahu ke apa yang Syah bisikkan pada aku?" soal Lara sambil berjalan menuju ke arah lif. Keningnya dinaikkan bagi menarik minat Mikayla.

   "Taknak!"

   "Kenapa?"

   "Aku dah tahu dah. Mesti dia pesan suruh jaga dirilah. Ucap 'I love you' lah, kan?" balas Mikayla. Lara tersenyum nakal.

   "Salah!"

   "Dah tu apa?"

   "Dia kata... Saya sayang awak, I love you, Saranghae, Wo ai ni, Ti amo dan Je t'aime," kata Lara sebelum kembali tersenyum-senyum. Mikayla buat-buat muntah. Over betul Syah ni. Tahulah sayang, tak payah sampai cakap pakai semua bahasa.

   Ting!

   Mereka keluar dari lif apabila tiba di tingkat dua. Alex dan Syah pula menginap di bilik tingkat tiga.

   "Lara, kita bilik berapa? Tengok balik dekat kunci tu," pinta Mikayla. Lara terus buat apa yang dipinta.

   "Bilik 131,"

   "Okey," mereka berdua terus mencari bilik 131 sehingga jumpa. Tidaklah jauh mana daripada lif. Mudahlah nanti. Tak payah jalan jauh-jauh.

   Pintu bilik dibuka lalu mereka masuk bersama bagasi. Bilik itu tidaklah terlalu besar tapi lengkap dengan semuanya. Ringkas tetapi cantik!

   Mikayla dan Lara yang sama-sama kepenatan menghempaskan badan mereka ke atas katil. Hilang sedikit rasa penatnya.

   "Kayla, aku nak tanya. Kau dengan Alex tu ada apa-apa ke? Sampai ke sini dia ikut kau," soal Lara. Wajah Mikayla yang terbaring di sebelahnya dipandang.

   "Tak ada apa-apa lah. Dia yang nak ikut. Lagipun, korang pun tak kisah, kan?"ujar Mikayla. Lara menggeleng.

   "Tak,"

                           ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

"So, petang ni nak pergi mana?"

   "Pergi ladang strawberi lah. Pergi Cameron Highlands tapi tak pergi ladang strawberi bermakna rugi," jawab Mikayla. Syah hanya mengangguk dengan senyuman. Matanya tak lepas memandang Lara yang sudah tersipu malu.

   "Ehem!"

   Mikayla dan Alex memandang sesama sendiri akibat berdehem secara serentak. Syah sudah mengalihkan mata. Riaknya masih lagi selamba.

   "Ada nak pergi mana-mana lagi?"

   "Lara nak pergi Cameron Lavender Garden. Teringin nak rasa aiskrim perisa Lavender," kata Lara. Syah mengangguk sekali lagi.

   "Okey, sayang. Anything to you,"

   Lara sudah blushing manakala Mikayla buat-buat muntah. Alex pula tersenyum kecil sambil memandang Mikayla. Teringin nak mengayat gadis itu.

Saya sayang awak, Miss Blushing!!Where stories live. Discover now