Lapan tahun kemudian...
Sepasang suami isteri duduk di bangku kayu di halaman rumah mereka. Siapa lagi mereka kalau bukan Mikael dan Mikayla?
Mikael duduk memeluk bahu si isteri manakala Mikayla melentokkan kepalanya di bahu sang suami. Mata mereka melekat pada tiga orang kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak. Nasib baiklah mereka hanya passing bola sahaja, jadi tidaklah banyak ruang yang diperlukan.
Semuanya gara-gara si abang yang begitu meminati bola sepak, sehinggakan kedua adiknya pun terikut-ikut walaupun berjantina perempuan. Si abang yang berumur 7 tahun sudah menjadi ahli pasukan bola sepak sekolah walaupun hanya pasukan simpanan. Adiknya yang nombor dua pula berumur 6 tahun dan bersikap agak dingin manakala si bongsu pula berumur 4 tahun. Sikapnya yang sentiasa manja dan ceria selalu membuatkan orang lain happy.
"Thank you, sayang," ucap Mikael tiba-tiba. Mikayla memandang Mikael dengan riak pelik.
"Hurm.. For what?"
"For everything. I know it's hard for you. But you always be strong and keep supporting me. From the past until now. You know what? I love you so much. It's not only about your beauty, but your attitude too,"
"Abang, perkara tu dah lepaslah. Dah bertahun-tahun dah pun. And, I do all of that because I love you. Because I need you. Because I just want you to be with me on my life,"
"So sweet, sayang," ujar Mikael seraya mencuit hidung Mikayla.
"You too. Selalu sangat abang bagi ayat macam tu. So, hari ini, Kayla balas baliklah,"kata Mikayla lalu menyambung aktivitinya untuk melentok kepala. Keadaan sepi diantara mereka sebentar.
"Hmm.. Sayang, ingat tak lusa hari apa?"
"Lusa hari Sabtu lah. Abang lupa ke? Takkan umur baru 32 dah nyanyuk?" perli Mikayla selamba. Mikael serta-merta menegakkan badan membuatkan kepala Mikayla yang sedang terlentok melencong ke belakang kerusi.
"Aduh!"
"Berani ya kutuk abang. Depan-depan pula tu. Tu hah! Allah bayar cash je dosa kutuk suami tu. But, serius lah sayang tak ingat hari apa lusa ni? Hari special kot,"kata Mikael yang sudah mula berjauh hati. Badannya dingesot sedikit ke kiri supaya ada jarak antara dia dan Mikayla.
"Abang tak malu ke merajuk depan anak-anak? Buruk tau muka tu macam tu. Tak handsome!" kutuk Mikayla sekali lagi. Mikael menjeling si isteri sebelum bangun dan berjalan ke hadapan sedikit.
Mikayla juga bangun. Kakinya ditapak ke hadapan sedikit demi sedikit. Tiba sahaja di belakang Mikael, dia melompat lalu tangannya memeluk leher Mikael. Tangan Mikael bergerak mengangkat kedua kaki Mikayla supaya isterinya itu tidak jatuh.
Nasib sahaja Mikael menyambut dukungan itu. Kalau tak, mungkin Mikayla sudah jatuh macam nangka busuk. Mikayla mendekatkan wajahnya dengan pipi Mikael.
"Kayla tak lupalah, abang. Kayla gurau je tadi tu. I'm so sorry,"
"Ye ke ingat? Hari apa tu?"soal Mikael yang dingin hanya pada nada suara. Kepalanya dilentokkan sedikit pada kepala Mikayla supaya bersentuhan.
"Our anniversary, of course,"
"Ada apa hari itu? Special sangat ke?"
"Eh.. Mestilah special... Itu hari ulangtahun perkahwinan yang ke lapan tahun Kayla dengan suami Kayla,"
"Siapa suaminya?"
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...