"Alaaa... Boringnya malam ni," bisik Mikael perlahan. Kerja sekolah dah siap. Nak buat apa lagi???
Mikael mendapat idea. Terus dia berubah posisi daripada baring ke duduk. Kemudian, dia berdiri pula. Dia bergerak ke bilik satu-satu abangnya, Tengku Hafiz Jibrael.
Sampai sahaja di sana, dia terus mengetuk pintu. Tanda menghormati privasi abangnya apabila dia tidak terus meluru masuk ke bilik abangnya.
"Masuklah," arah Jibrael mendatar.
Barulah Mikael meluru masuk. Kelihatan abangnya sedang study di meja yang disediakan papa mereka, Tengku Norman. Mikael dengan selambanya duduk di atas katil Jibrael.
"Kau nak apa sebenarnya ni?" tanya Jibrael straight to the point. Jibrael yang tua 6 tahun daripada Mikael bersikap lebih dingin. Mikael pula bersikap periang dan cuma kelihatan dingin pada masa-masa tertentu. Mungkin untuk control macho.
"Aku boringlah, Jibrael. Layanlah aku," pinta Mikael. Jibrael mengerutkan mukanya yang sedia kacak itu. Wajah mereka cuma berbeza sedikit sahaja. Si abang lebih kepada Si ibu. Si adik lebih kepada Si ayah.
"Hari ini hari Ahad. Esok sekolah. Kau dah kemas beg belum? Kerja sekolah?" tanya Jibrael prihatin. Adiknya ni bukan boleh percaya sangat. What?! Mikael Si jejaka idaman tak boleh percaya? Nak buat macam mana. Sekolah dengan rumah lain.
"Dah lama settle, Jib," balas Mikael. Akhirnya, Jibrael mengalihkan pandangannya ke arah Mikael yang duduk di katil miliknya. "Dah tu. Kau nak aku buat apa?" tanya Jibrael.
"Hmm.. Ha! Aku ada story ni. Kau kan abang aku? Jadi, kenalah tahu," ujar Mikael. "Apa dia?" tanya Jibrael.
"Aku... ada crush kat someone ni," cerita Mikael. "So?" tanya Jibrael lagi. Dia tak minat sangat dengar pasal perempuan ni. Bagi dia leceh.
"Dari haritu aku bagi dia hadiah. Sampai sekarang. Sweet tak?" Mikael mengangkat- angkat kening. "Sweetlah sangat. Patutlah haritu kau borong kedai coklat," balas Jibrael.
"Hehehe...," Mikael membuat peace.
"Lagi best. Aku sama group presentation biologi dengan dia," sambung Mikael. "So, kau dah tekadlah ni?" tanya Jibrael tiba-tiba.
"Tekad apa?"
"Tekad nak jadikan dia permaisuri hidup kau?" tanya Jibrael. "In Shaa Allah. Semoga kami berjodoh," balas Mikael. "Haa! Kalau macam tu. Apa nama bakal adik ipar aku tu?" tanya Jibrael lagi.
"Nama dia Nur Airina Mikayla. Sedap kan? Mikael.. Mikayla..," balas Mikael. Dari posisi duduk bertukar baring. Tangan diangkat ke awang-awangan tanda sedang berangan.
"Aku harap kau masih fokus dalam pelajaran, Mika. Ingat! Tahun depan SPM," Jibrael memberi peringatan. Tidak mahu adiknya lalai dengan cinta yang belum tentu lagi.
"Don't worry, Jib. Aku takkan lupa,"
"Bagus! Dah. Baik kau pergi tidur,"
"Kau halau aku, Jib?"
"Eh, kau yang menyibuk datang sini tadi. Suruh layanlah. Apalah. Aku pun menurut. Abang mithalilah katakan,"
"Hehehe...,"
💗💗💗💗💗
KRINGGGG!!!
Semua pelajar berpusu-pusu keluar apabila mendengar bunyi loceng yang menandakan waktunya rehat. Mikayla yang memegang buku latihan fizik miliknya dan rakan-rakannya yang lain mengeluh. Walaupun dia pelajar baru, tapi dia tidak terlepas dari menjadi AJK fizik.
Sepatutnya dia sudah menghantar buku-buku tersebut ketika guru tidak masuk pada waktu sebelum rehat ini. Malangnya, masih ada yang belum hantar. Dia terpaksa menunggu pelajar tersebut untuk mencukupkan buku-buku tersebut. Jadi sekarang, dia yang terlambat rehat.
💗💗💗💗💗
Mikayla berjalan pantas melalui makmal fizik setelah menyerahkan buku-buku latihan fizik kepada Cikgu Irwan. Matanya melirik ke arah jam tangannya yang berjenama Swatch. "Hmm.. Ada masa lagi ni nak rehat," bisiknya.
Tiba-tiba, dia ternampak Mikael dan rakannya, Zafrel yang juga melalui jalan itu. Mikayla sudah kalut sendiri. 'Alamak! Apa aku nak buat,'bisik hatinya. Lagi teruk, jalan itu memang jarang ada orang lalu. Apa pula mimpi Si Mikael nak lalu situ.
Mikael pula ingin mengambil peluang. Bila lalu sebelah Mikayla. Terus dia jalankan misi.
Mikael senyum lebar dan kenyit mata betul-betul di hadapan mata Mikayla. Mikayla betul-betul terkejut sebelum...
Gedebuk!!
Mikayla pengsan! Mikael sudah pening. "Alamak! Apa aku buat ni?" Mikael menggaru kepalanya yang tidak gatal. Zafrel sudah memandang tajam. "Aku pasti. Kau mesti nak libatkan aku,kan?" kata Zafrel. Mikael tersengih-sengih. Haih.. Betullah tu.
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomanceTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...