Di rumah Mikael...
"Mikael, aku kesianlah tengok Nissa kena macam tu dengan kau," kata Zafrel setelah lama mereka berdiam diri untuk menyiapkan kerja sekolah. Memang sudah jadi kebiasaan bagi mereka untuk belajar bersama memandangkan mereka akan mengambil SPM pada tahun hadapan."Kenapa nak kesian kat dia? Kau suka dia ke?,"tanya Mikael pelik dengan pernyataan Zafrel yang secara tiba-tiba itu.
"Takdelah. Sometime, aku tengok.... kau layan dia macam sampah," terang Zafrel.
"Alaaa.. Kau tahu kan kenapa aku tak suka dia? Aku benci perempuan yang macam tu. Gedik!" balas Mikael sedikit emosi. "Aku pernah terfikir. Kalau kau couple dengan dia mesti havoc sekolah kita," kata Zafrel.
"Kau ni kenapa?!"
Serta-merta Mikael menghentak buku latihannya lalu berdiri. Zafrel memandang Mikael terkejut. Dia turut bangun." Aku dah tak ada mood nak belajar dah," Mikael menyebutnya perlahan. Wajahnya masam.
"Mika, sorrylah... Okey. Aku janji tak sebut pasal Si Gedik tu lagi," pujuk Zafrel. Dia mengusap belakang Mikael. Mikael duduk. "Aku still tak ada mood," kata Mikael.
"Hmm.. Okey! Aku ada satu gosip untuk kau," kata Zafrel teruja. "Apa?" tanya Mikael.
"Ada budak baru masuk esok," cerita Zafrel. "Lelaki ke perempuan?" tanya Mikael. "Perempuan," balas Zafrel.
"Apa nama dia?" tanya Mikael lagi. "Tak tahu. Nanti kau tanyalah dia. Dia sekelas dengan kau, 4 Arif," kata Zafrel. Mikael terkejut.
"Kau biar betul, Zaf?!" tanya Mikael. Zafrel mengangguk dengan yakin. Mikael terkejut kerana kelas 4 Arif ialah kelas pertama bermakna ianya merupakan kelas elit yang hanya ada pelajar terbaik sahaja di dalamnya. Kelas elit juga tidak ramai orang. 4 Arif pun cuma ada 23 orang setakat ini.
Mereka sambung belajar setelah topik itu habis dibicarakan. Walaupun begitu, fikiran Mikael menerawang jauh.
'Siapa dia ya?'
💗💗💗💗💗
Seorang gadis masuk ke kelas 4 Arif. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, semua mata tertumpu kepada dia. Gadis itu agak terkejut tetapi cepat mengawal diri.
Dan... Serentak itu juga Cikgu Raihan masuk. Semua pelajar berdiri serentak dan memberi salam diketuai ketua kelas, Adam Harris.
"Perkenalkan diri awak," arah guru matematik tambahan itu sambil tersenyum manis.
"Assalamualaikum. Nama saya Nur Airina Mikayla binti Azim Aiman. Dulu, saya tinggal di Johor tetapi berpindah ke sini atas urusan keluarga. Sila tunjuk ajar,"
💗💗💗💗💗
"Perkenalkan diri awak"
Mikael sambung sahaja membaca komik sedangkan rakannya yang lain memfokuskan diri kepada pelajar baru di hadapan kelas.
"Assalamualaikum..."
Mikael mengangkat muka. Lembutnya suara dia berbicara. Matanya merenung pula gadis itu. Cantik! Eh! Kau biar betul Mikael. Kau dah jatuh cinta?
"Haa.. Kamu duduk di belakang tu ya!" arah Cikgu Raihan sambil menunjuk ke arah dua buah meja yang masih kosong kedua-duanya. "Baiklah, cikgu. Terima kasih," balas Mikayla. Mata Mikael masih melekat di Mikayla. Sopan sahaja gadis itu. Tak macam Nissa! Eh! Betul-betul jatuh cinta ke ni?
PAP!
Mikael beristighfar kerana terkejut mendengar bunyi tepuk tangan Ryan Amirul yang duduk di sebelahnya. "Ish, kau ni Ryan. Terkejut aku!" Ryan hanya ketawa mendengarnya. "Weyh, kau kenapa pandang Mikayla sampai macam tu sekali?" tanya Ryan.
Mikael mula gelabah."Ma..Mana ada,"balas Mikael gagap. "Kau suka dia ke?" tanya Ryan lagi. Mikael hanya menggeleng. Kali ini dengan yakin. Mungkinlah.
"Kau jangan main-main, Mikael. Nissa jealous nanti,"usik Ryan. Bukan dia tak tahu apa yang sedang berlaku. Rasanya satu sekolah tahu.
" Kau ni...,"balas Mikael dengan suara yang dileretkan. "Aku gurau je," kata Ryan.
"RYAN! MIKAEL! KAMU NAK BELAJAR KE NAK BERBUAL!!," jerit satu suara iaitu Cikgu Raihan. Mikael dan Ryan sudah kalut. Akhirnya, mereka didenda berdiri di hadapan kelas.
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomansaTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...