8 tahun kemudian...
"Emergency! Emergency!! Red code! Please go to the emergency room now!"
Empat orang doktor yang sedang lapang bergegas ke bilik kecemasan. Beberapa orang jururawat pula berlari masuk ke dalam bilik kecemasan dengan pesakit yang sudah pengsan di atas katil.
"Pesakit kemalangan dan mengalami pendarahan yang banyak! Ambil pek darah sekarang!"
"Baiklah!"
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Hampir lima jam di bilik kecemasan, akhirnya kesemua doktor dapat tersenyum dan menghembuskan nafas lega. Pendarahan dari seluruh luka pesakit sudah berhenti dan keadaan pesakit sudah stabil.
"Dr. Mikayla, tolong maklumkan waris pesakit yang berada di luar tentang perkara ni,"arah Dr. Ziana sambil membuka topeng muka.
"Baiklah, Dr. Ziana," kata Mikayla kepada doktor yang bertaraf senior itu. Dia bergerak ke luar dengan tangan yang masih berada di poket kot.
Kelihatan sepasang suami isteri yang sudah berumur sedang duduk di bangku berhadapan dengan bilik kecemasan itu. Mikayla berjalan perlahan-lahan menghampiri mereka.
Senyuman diberikan apabila salah satu dari mereka mengangkat muka. Tujuannya hanya satu. Ingin menenangkan dan juga sebagai permulaan kepada berita gembira yang bakal diberitahu.
Makcik yang mengangkat muka tadi terus meluru ke arah Mikayla. Terus jelas air mata yang mengalir sejak mengetahui yang anak lelakinya kemalangan. Suaminya pula bangun. Walaupun tiada air mata yang mengalir, mata tuanya yang kemerahan sudah menjelaskan segala kesedihan yang melanda.
"Doktor, bagaimana keadaan anak saya?" sayu suara makcik itu melontarkan soalan. Mikayla memberikan senyuman nipis.
"Anak Encik dan Puan sudah stabil. Berbanding dengan keadaan dia pada sebelumnya, pendarahan yang banyak sudah dapat dihentikan. Kekurangan darah juga dapat diatasi dengan bantuan pek darah yang kami simpan," beritahu Mikayla serius.
"Maknanya?"soal pakcik itu agak kurang faham dengan penjelasan yang diberikan. Mikayla menggosok belakang lehernya. Agak segan dan malu.
"Err.. Maknanya anak Encik dan Puan dah okey. Cuma belum sedar lagi,"jelas Mikayla. Suami isteri itu mengangguk memahami.
"Terima kasih, doktor,"
"Sama-sama,"
"Boleh kami melawat dia?"
"Sudah tentu boleh,"
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Macam mana dengan pembedahan tadi? Berjaya?"
Mikayla melihat Lara Alyana, rakan kerjanya merangkap rakan sepermainan dirinya yang sudah berada di tepi meja makannya. Entah bila Lara tiba di situ pun dia tak tahu.
"Alhamdulillah, berjaya,"
"Baguslah," ucap Lara. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan tempat duduk Mikayla.
"Aku suka tengok reaksi setiap waris pesakit. Kegembiraan diorang tu..," Mikayla menggantung ayatnya.
"Buatkan kau rasa berbaloi jadi doktor?" sambung Lara. Mikayla mengangguk.
"Selalu sangat kau sebut ayat tu. Aku faham. Aku pun doktor," balas Lara lalu meneguk air fresh orange milik Mikayla dengan selamba. Mikayla langsung tidak kisah. Mereka memang selalu berkongsi.
"Patutlah ayah aku sangat gembira bila jadi doktor walaupun balik lewat dan penat," tambah Mikayla lagi.
"Ayat tu pun kau dah selalu sebut"
Mikayla memandang Lara dengan mata yang dikecilkan. Berkongsi rasa pun salah ke?
"Tak salah kau nak beritahu apa yang kau rasa. Tapi, tak payahlah ulang. Bosanlah," ujar Lara. Dia berpura-pura menguap.
Mikayla melopong kecil kerana Lara memahami isi hatinya sebelum mengecilkan matanya sekali lagi dengan gigi yang diketapkan. Sabarlah wahai hati. Lara tu memang terlebih jujur. Nasib baiklah sayang.
"Oh ya! Kau jadi tak pergi Cameron Highlands hujung minggu ni?" soal Lara setelah agak lama mereka berdiam diri.
"Jadi. Kau ni pun. Nak bercuti dengan encik tunang cakaplah. Ni tak? Diheretnya aku sekali," sindir Mikayla. Kuah mi Hailam di depannya di hirup sedikit menggunakan sudu.
"Mana ada. Aku nak bercuti dengan kawan-kawan akulah. Syah dan kau," balas Lara dengan sengihan.
"Yelah tu,"
Syah ataupun Syahmi Danial juga merupakan rakan baik mereka. Syah bercinta dengan Lara sejak zaman sekolah menengah iaitu sewaktu Mikayla berpindah sementara ke Kuala Lumpur. Mungkin jodoh mereka panjang. Sekarang dah bertunang dah pun.
"Okeylah. Aku gerak dulu. Lunch time pun dah nak habis ni,"kata Lara sebelum mengangkat punggung.
"Eh, kau tak makan ke?" tanya Mikayla prihatin.
"Tak. Aku diet,"
"Kau ni! Agak-agaklah diet tak makan langsung," marah Mikayla. Dia marah pun kerana sayang.
"Tak adalah. Aku gurau je. Aku dah makan bekal yang aku bawa tadi sebelum ke sini. Kau tu yang makan lambat sangat," kata Lara.
"Kau juga yang buat aku makan lambat,"balas Mikayla. Lara hanya tersengih sebelum beredar.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Mikayla? Betul ke awak nak pergi Cameron Highlands hujung minggu ni?"
Mikayla mengangkat muka sebelum kembali memandang laporan kesihatan pesakitnya. Dia hanya mengangguk tanpa memandang lelaki itu.
Doktor lelaki Cina itu tidak puas hati. Dirampasnya pen hitam dari tangan Mikayla yang sedang menulis.
"Dr. Alex Wong!"
Mikayla memandang Alex garang. Hujung bibir Alex ternaik sedikit.
'Pandang pun akhirnya,'
"Nak apa, Alex? Saya tengah sibuk ni," ujar Mikayla mendatar. Muka Alex terus masam. Bukan itu jawapan yang dia mahu.
"Boleh tak kalau saya nak ikut pergi Cameron juga? Dengarnya tunang Lara pun nak ikut. Jadi, saya tak adalah seorang-seorang, kan?" kata Alex. Dia menongkat dagu sambil meneliti wajah Mikayla. Gadis bertudung itu memang sangat cantik.
Ya, Mikayla sudah berhijab sekarang.
"Mesti awak curi dengar perbualan saya dengan Lara tadi, kan?" soal Mikayla. Alex hanya tersengih. Mikayla pula mencebik. Betullah tu.
"So, bolehlah ni, kan?"
"Ya, boleh,"
"Yes!" sorak Alex siap dengan gaya tangan lagi. Mikayla ketawa kecil. Over sangat gaya lelaki Cina itu.
Tok, tok, tok!
"Doc, boleh saya masuk?" laung seseorang dari luar. Mikayla menjegilkan matanya kepada Alex.
"Tengok. Dia dah sampai," bisik Mikayla.
"Relax lah. Saya boleh keluar sekarang. Apa masalahnya?" balas Alex tak puas hati. Macam salah sangat dia berada di situ.
"Ha, baguslah kalau macam tu. Tahukan pintu di mana?"
Alex hanya menjeling sambil bergerak ke pintu. Halau nampak.
"Doc?" suara dari luar kedengaran lagi.
"Ya, masuklah,"
Pintu dibuka dan Alex keluar manakala pesakit itu masuk.
YOU ARE READING
Saya sayang awak, Miss Blushing!!
RomansaTengku Hariz Mikael seorang jejaka idaman di Sekolah Menengah Sri Mutiara. Dia juga diminati oleh Nissa Zazrin, ketua kumpulan ahli Pinky Girl. Pinky Girl ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh gadis cantik dan kaya tetapi gedik dan sombong.. ...