Bab 33

2.7K 128 0
                                    

Banglo tiga tingkat yang tersergam indah dihadapannya dipandang sekilas. Mikael turun daripada superbike miliknya lalu bergerak ke arah pintu pagar. Loceng ditekan sebanyak tiga kali.

   Pagar dibuka setelah hampir seminit menunggu. Seorang wanita yang agak berusia keluar dari dalam banglo itu.

   "Encik ni siapa? Encik nak apa?" bertalu-talu soalan dikeluarkan.

   "Nama saya Mikael. Saya nak jumpa Nissa,"ujar Mikael. Wanita yang berada di hadapannya itu mengangguk.

   " Oo.. Ni Mak Milah. Sebentar ya. Mak Milah panggilkan Nissa. Dia ada di dalam bilik,"kata Mak Milah.

   "Baiklah,"

   "Encik Mikael masuklah dulu. Duduk di ruang tamu. Nanti Mak Milah sediakan air,"

   "Tak apalah, Mak Milah. Di luar pun cukup," tolak Mikael sopan. Mak Milah masuk ke dalam. Mikael juga tetapi hanya di halaman rumah.

   10 minit berlalu dan bayang Nissa masih lagi tidak kelihatan. Mujur sahaja Mikael datang pada waktu petang dan keadaan juga redup. Kalau tidak, bukan sahaja cuaca yang panas, dia pun panas.

   "Hai, Mika...,"

   Mikael memandang tajam figura yang memanggilnya itu. Nissa yang memakai baju lengan pendek berskirt pendek paras lutut berjalan mendekati Mikael.

   "You nak apa datang jumpa I ni, Mika? Nak bincang pasal perkahwinan kita? Boleh je,"ujarnya manja. Pandangan tajam Mikael tidak diendahkan. Kepalanya cuba dilentokkan ke bahu Mikael yang separas dahinya sahaja.

   Mikael menunjal kasar dahi Nissa. Nissa berlagak biasa. Dia tidak terkejut.

   " Kau nak apa buat semua ni?! Apa yang kau dapat?!" tengking Mikael. Matanya merah menyala memandang Nissa yang masih lagi tersenyum manja.

   "Apa yang I dapat? I dapat youlah. Apa lagi,"

   "Kau tahu kan, Nissa? Yang aku tak pernah suka kau!"

   "I taknak tahu. Apa yang I tahu cuma you akan jadi milik I," kata Nissa. Tangannya sempat menyentuh pipi Mikael. Mikael mengelak dan menghadiahkan pandangan jijik.

   Nissa bergerak ke tepi dan duduk di salah satu kerusi di meja batu. Dia menongkat dagu. Matanya pula masih lagi tidak lepas daripada memandang Mikael.

   "Aku takkan jadi milik kau. Aku akan pastikannya," ujar Mikael yakin. Nissa tersengih.

   "Apa je yang you boleh buat?" soal Nissa. Tapi, kedengaran sinis di telinga Mikael.

   "Kau pun, bukan boleh buat apa pun, kan?" soal Mikael. Dia berpeluk tubuh.

   "Eh, mana ada! I boleh buat macam-macam. Termasuk menghancurkan Mikayla. Dialah penyebab you taknak kahwin dengan I. Kan?"kata Nissa. Serta-merta Mikael membulatkan matanya.

   " Don't you dare to do it, Nissa Zazrin! I will protect her as much as I can, "Mikael segera memberi amaran. Tidak mahu kekasih hatinya disakiti. Nissa bangun lalu mengangkat kedua-dua bahunya.

   "Kita tengok nanti,"

   Mikael mendengus geram. Dia terus berlalu pergi. Geram pula berada lama-lama di sini. Mungkin dia akan bunuh terus si Nissa tu.

   Gedegang!

   Bunyi pagar yang dihempas Mikael dilihat sepintas lalu. Dadanya dipegang menggunakan tangan kanan. Kenapa hati dia perlu sakit? Kenapa cinta dia tidak dibalas? Kenapa dia ditakdirkan begini?

Saya sayang awak, Miss Blushing!!Where stories live. Discover now