>New Job<

710 95 88
                                    

Sampul surat kecil aku koyakkan. Surat kelulusan bagi pekerjaan pengasuhan kanak-kanak hm? Nampaknya appa dengan eomma bersungguh-sungguh juga carikan pekerjaan yang sesuai untuk aku.

No, aku yang nak kerja ni.
Sejak aku selamatkan seorang budak yang kehilangan kasut Ultraman. Gelabah teruk budak tu sampai terpisah dengan ibunya.

Aku pula yang berhati mulia tolong, nasib jumpa balik. Itu pun sebab aku belikan yang baru. Senang citer~ Ahhhahaha.

Itu baru satu kejadian.

Ok dah–

So dari sini, aku bukanlah sampai nak buka pusat pengasuhan kanak-kanak. Hanya upahan, ikut la sesiapa yang ada anak kecik yang nak suruh aku jaga. Harga upah ikut tempoh masa. Sehari je.
Senang bukan? Cuma satu–

"Kerja kamu bersyarat juga, kamu tak boleh buat seorang diri. Akan ada seorang yang akan kerja sekali dengan kamu. Katanya anak saudara kawan eomma. Tunggu dia datang."

"Eh? Ada ke macam tu?"

"Ada. Rumah yang kamu duduk tu pun milik Mr Kim. Dia kata tak perlu bayar sewa, dia tanggung semuanya. Janji kamu boleh buat kerja baik-baik dengan anak dia."

"Ouh–ok."

Perempuan ke lelaki tu?

Setelah selesai membawang dengan eomma, aku campak telefon ke sisi. Aku berbaring di atas sofa sambil meletakkan tangan di atas dahi. Maksudnya, bil api air Mr Kim tanggung la ye? Dehek aku pun dari kerabat Kim. Semua Kim. Aku dah semak dengan Kim. Kim Kim Kim Kim. Mana satu Kim ni.

Semua dah settle, hanya perlu tunggu customer je. Harap aku boleh jaga anak-anak kecil dengan baik. Kuatkan ketahanan mental wa fizikal wahai Kim Seokjin.
Mau mati anak orang mampus aku.

Ting!~

Satu mesej diterima.
Ouh, pelanggan yang pertama. Uwuu cepatnya. Aku berguling di atas sofa exited. Aku bingkas bangun dan kembali kepada Seokjin Gojes~ Cermin mata diperbetulkan.

Menurut permintaan customer yang pertama, aku perlu asuh 4 ketul budak, mesti kecik-kecik je. Aww cute. Waris kepada budak sekalian tu akan datang ke rumah aku dalam 20 minit lagi. Ouh I should prepare myself!

•♬•♬•♬•♬•


Aku tercenggang di hadapan pintu pagar rumah. Kereta yang dipandu dari arah jauh itu akhirnya memarkir di hadapan rumah aku. Bukan calang-calang kereta, Hyundai mewah ouh my my feveret tuh! Rich man ouh na na na~

Pemilik kereta itu keluar daripada perut keretanya, seorang lelaki yang segak bercermin mata hitam. Usianya tampak muda, wajahnya polos bersinar mengalahkan cahaya matahari. Manusia kah yini?

Dia senyum pula ke arah aku. Ugh biji mata aku melebur. Takkan dia dah ada anak? Awet muda ni, kehenseman mengalahkan aku.
Ouff no, I'm the owner of handsome. Don't you dare.

"Hai~Good morning.", sapanya sambil berjabat tangan dengan aku. Aku membalas senyuman.

"Good morning too, so you–"

"I'm Jung Hoseok. Awak Kim Seokjin? Wow good looking yeah~", satu pujian dilemparkan.

"Yes I am hehe.", aku tersengih. Waduh la nak puji aku time macam ni, jiran sebelah tengah siram pokok tu. Mau aku meroyan confirm digelar gila.

"Jadi encik nak saya asuh anak encik seramai empat orang bukan?"

"Ouh diorang bukan anak saya. Tapi anak kepada saudara saudara saudara saudara saya~"

"Ouh sorry.", berapa banyak saudara dia ni.

"Tak apa, diorang masing-masing ada kerja dekat oversea jadi saya pula ditugaskan untuk jaga anak diorang sebab saya tak ada kerja. Tapi malangnya saya accidentally ada kerja pula dekat Jepun buat seminggu.", terang Hoseok. Aku mengangguk faham.

"And then kawan saya kata ada seorang bekas doktor ni jadi pengasuh. And wow he's you. Saya harap awak boleh jaga anak-anak saudara saya ni. Boleh? Buat masa seminggu."

Aku menelan air liur pahit.

"Erm, kalau seminggu tu saya tak sure sebab saya hanya ambil tempahan untuk sehari je–"

"Saya sanggup bayar lebih. 4x ganda pun boleh. Pleaseeee. Saya harapkan awak daripada pengasuh durjana yang lain. Lebih-lebih lagi awak bekas doktor alololo jebal jebal jebal!", rayu Hoseok sambil melekatkan kedua-dua tapak tangannya. Wajah sejuta ditayangkan.
Erm aku menggaru pipi yang tidak gatal. Hoseok memegang kedua-dua bahuku mengejut.

"Tak apa! Segala duit makan minum diorang saya kasi. Apa yang awak nak saya kaaaaasi semua. Jebal. Saya sanggup bayar, janji awak boleh jaga 4 ketul manusia tu."

"Arr ok ok. Saya terima uh–", Hoseok memeluk tubuhku dengan erat sekali. Siap berpusing-pusing mengalahkan penggolek ayam panggang.

"Thank you so much!"

"Err hehe ya you're welcome. Jadi mereka tu umur berapa ye?", soal aku.

"Ouh seorang tu umur 1 tahun, masih dalam usaha nak bercakap. Dua orang berumur 2 tahun dan seorang lagi berumur 4 tahun. Dia belajar dekat BH Kindergarden. Tak jauh dari sini.", terang Hoseok satu per satu. Ouh, kecil-kecil lagi semua ni huhu. Aku ingatkan 5 tahun ke atas. Seorang bayi...hmm habislah aku.

"Jadi, bila encik nak ke Jepun?"

"Tomorrow."

•♬•♬•♬•♬•

Susu yang sejuk aku tuang ke dalam mangkuk. Aku makan cereal je la malam ni. Tangan pula rajin menaip di telefon, saja bersembang dengan Haejin. Agak sibuk juga gadis itu walaupun dah malam. Kadang-kadang nak ajak keluar pun dia ada mesyuarat.

Hmm sunyinya.
Kalau ada masa aku cuba search–

'Cara-cara nak jadi lelaki yang cool'

Aku tahu, kekadang aku ni bukanlah ciri-ciri lelaki idaman buat kaum hawa. Aku tak romantik, tapi Haejin tetap sayangkan dan cintakan aku. Susah juga nak jumpa gadis yang setia seperti Haejin yang sudi melayan karenah noobies macam Kim Seokjin.

Auch!

Aku tampar kotak Coco Crunchek manja dan tersipu malu.




TBC

Baby raksasa bakal tiba~
Nanti kita jaga biar besor gedabak

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now