>Hah?<

632 88 97
                                    

Aku hidangkan segelas jus epal buat Namjoon. Aku letakkan Jungkook di atas kerusi bayi manakala tiga ketul lagi budak tu aku letak atas kerusi juga, tapi berlapikkan bantal sebab rendah sangat. Di atas meja makan sudah terhidang makanan tengah hari. So jamu je lah.

"So kau bekas doktor hm?", soal Namjoon sambil perhatikan aku yang sibuk menyuapkan bubur lobak ke dalam mulut seketul Jungkook.

"Erm yes. Tapi saya dah berhenti kerja tu...atas sebab yang tertentu. So what about you?"

"Aku baru habis belajar, tunggu kerja je.", balas Namjoon dengan segaris senyuman.

"What course?"

"Law degree."

"Ouh..."

Suasana dapur kembali sunyi. Hmm entah kenapa rasa janggal pulak ni. Taehyung dan Yoongi nampaknya suka dengan pasta yang aku masakkan, makan comot. Jimin pula asyik puntalkan makanan tu, muka dah kerut lain macem. Dia ingat cacing kut.

Jungkook pun satu hal. Aku suap dia telan je, cuma muka aku ni haaa dia tak pandang langsung. Dia asyik tengok Namjoon, tidak berkelip.

"Comel nah anak saudara Hoseok ni. Aku tak tau pulak hmm...", ujar Namjoon sambil memicit pipi pau Jungkook. Dah blushing teruk budak tu. Eh jap.

"Hoseok? Awak kenal dia?"

"Ha ah, aku la yang promote kau dekat dia. Dah eomma aku cakap kau orang baru kat sini so ya tak salah bukan? By the way Hoseok tu...he's my crackhead bestfriend bro~ Dia gi Jepun sebab nak cari calon bini kat sana. Wish him luck sudaa haha.",balas Namjoon panjang.

Ouh patutlah.
Bubur lobak tinggal sikit lagi, Jungkook pula mengangkat kedua-dua tangannya ke arah Namjoon. Dengan mata membulat bersinar kiri kanan. Nampaknya dia nak Namjoon dukung dia hm?

"Uwu baby Kookoo nak papa Namjoon dukung hm? Come here baby~", Namjoon mengangkat anak kecil tu dan didukung manja. Jungkook dah tersengih dan merehatkan kepalanya di atas bahu Namjoon. Namjoon menepuk perlahan belakang badan Jungkook sehingga tertidur anak itu.

Itu membuatkan aku tersenyum. Namjoon bagus juga nah dalam urusan mengasuh ni.

"He seems to like you.", ujarku sambil menongkat dagu. Namjoon tersenyum saja. Iye lah, dengan aku muka monyok je budak tu. Pilih kasih yini anak.

"Papa Namjoon? Syiapa papa Namjoon?", celah Taehyung dengan mulut comot. Jimin yang duduk di sebelah digoncang kejam untuk meminta jawapan. Jimin menggeleng laju dengan mata yang berkaca. Ah sudah, kalau nangis pula habislah aku.

"Hai, saya Namjoon. Jom kita kawan~", kata Namjoon dengan mesra. Mereka bertiga beralih ke arah Namjoon serentak, haaa macam situasi aku. Taehyung dah mula beraction.

"S-Saya Taehyung, eomma syelalu panggil T-Taetae. Ni Jimin, Jimin syuka cokolata, y-yitu Yoongi. Yoongi syuka barbihhhhh.", ucap Taehyung dengan tangannya memegang sudu.
Semangat sungguh budak ni.
Namjoon pandang aku, aku pandang Namjoon. Masing-masing ketawa kecil.

Tak lah rasa bosan nak jaga diorang hm? Mesra baik je, kalau budak lain mesti memekak nak balik.

•♬•♬•♬•♬•

Second Day

"Saya belikan oppa perfume baru. Wangi~ Sesuai dengan oppa.", kata Haejin lalu menghulurkan kotak kecil ke arahku. Uwauu ini sungguh wow. Keluaran terbaru minyak wangi syarikat Lachimolala. Wajahku yang bersinar membuatkan Haejin tersenyum. Siapa yang tak seronok kalau pasangan suka dengan pemberian kita, iya dok?

"Ah saya belikan ini juga untuk budak-budak~", Haejin meletakkan beberapa beg plastik ke atas meja ruang tamu. Dia belikan beberapa biji mainan kanak-kanak dan makanan ringan yang dijamin digilai oleh empat ketul budak tu.

"Banyaknya, menyusahkan awak je."

"Hehe tak apa, janji diorang suka. Jadi, mana budak-budak tu?", soal Haejin sambil mencari-cari.

"Ouh, diorang dah tidur dekat atas."

"Aloo baru nak main-main.", sedih pula dibuatnya gadis itu. Alang-alang masa free, aku berbual sebentar dengan Haejin di ruang tamu. Topik pasal dunia akhir zaman, eh dok aih.

Kami berdua dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Dia berjalan setapak demi setapak ke arah kami dengan wajah yang muram. Kaki kiriku dipeluk erat, terkejut aku.


"J-Jimin? Macam mana kamu turun ni? Kamu tak boleh tidur ye?", aku angkat Jimin dan diletakkan di atas riba. Haejin dah teruja teruk, pantang sungguh nampak budak cumil. Ada-ada je nak peluk, tapi Jimin mengelak. Anak kecil itu mencengkam bajuku erat.

"Ouh sorry. Hi Jimin, saya aunty Haejin.", ucap Haejin lemah-lembut sambil melambaikan tangan. Jimin tenung gadis itu lama, mungkin dia tak biasa lagi.

Akhirnya Jimin tertarik juga dengan Haejin. Dia menyambut tangan Haejin yang ingin mendukungnya. Gadis itu bertambah teruja.

"Aww comelnya. Teringin nak ada anak kecil macam ni. Mesti meriah je rumah saya yang sunyi tu.", kata Haejin sambil bermain-main dengan tangan kecil Jimin. Aku tersenyum saja. Tak apa Haejin, kau akan rasai juga semua tu. Tunggu aku.

"Apa kata kamu panggil aunty...eomma? Hehe teringin pula tetiba.", Haejin pandang aku dengan senyuman manisnya. Haih seronok nau. Jimin senyap, dia menggeleng laju. Jimin berpaling ke arah aku.

"M-Mama....", sebut Jimin dengan mata yang berkaca. Ouf. Ini kali pertama aku dengar suara dia. Jimin boleh je bercakap cuma keyakinan dia kurang, tak macam Taehyung. Ayat tunggang terbalik pun lantang je suara budak tu.

Eh jap. Dia panggil aku mama?
Aku dan Haejin saling berpandangan.


"Err I'm not your mom–"

"Awww kiyowo~ Comel pula dia panggil awak mama ehek. Mesti awak pandai jaga diorang sampai digelar mama."

Ouff tapi sumpah pelik T^T...


Ada seseorang mengetuk pintu. Haejin serahkan Jimin kepadaku dan pergi tolong bukakan pintu. Ouh aku lupa nak gitau Haejin, ada seorang lagi makhluk yang tolong asuh bebudak ni.


"Ouh, who are you?", tanya Haejin di muka pintu saat terlihat seorang jejaka tinggi di hadapannya.

"Who are you, cause you're not the girl~~~I fell in love with baby~~ Ouh yeahh hai Jin~", Namjoon tidak pedulikan Haejin dan terus melambai tangannya ke arahku.

"Ouh Namjoon ah. Meh la masuk.", balas dari dalam. Namjoon tersengih dan menunduk hormat ke arah Haejin sebelum melangkah kaki masuk ke dalam rumah. Haejin still keliru.

"Your friends?", soal Haejin lagi. Aku baru nak jawab, Namjoon bidas dulu.

"I mean...Boyfriend~", Namjoon hadiahkan wink ke arah Haejin. Haejin be like ouh. Aku tak sempat nak dengar sebab Jimin kata nak syuusyuu. Aku bergegas dukung Jimin ke tingkat dan meninggalkan Haejin dan Namjoon di situ.


"Hah aku jarang nak buat lawak hambar. So you Bae Haejin right? I'm Kim Namjoon. Rakan sekerja Seokjin. Nice to meet you lady~"

"Y-Yes, nice to meet you too.", Haejin berjabat tangan dengan Namjoon. Lama. Gadis itu langsung tidak melepaskan pandangan ke arah wajah Namjoon. Entah apa yang difikirkannya.

'Something new...'





TBC

Haejin itu baik orangnya, sayangi beliau🥺
Nantikan sorang lagi hakak gojes

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now