>Mi Casa<

504 52 22
                                    

Senyap, bertemankan angin yang sejuk. Setiap nafas mereka diikuti dengan kepulan asap, tiada seorang yang mahu memulakan bicara. Sekadar duduk di atas bangku sambil melihat pemandangan taman permainan yang sunyi di dalam pekarangan wad wanita dan kanak-kanak. Tiada pula kanak-kanak yang bermain di situ hari ini, mungkin tidak sampai waktu petang lagi.









"I'm sorry."

"Congcratulations!"








Seokjin dan Namjoon terkesima, tidak sangka mahu bertembung macam tu sebab masing-masing mahu mulakan bicara, mereka berdua kembali senyap. Namjoon pula masih tertumpu pandangannya ke arah wajah polos Seokjin dengan bibir yang diketap rapat. Seokjin sekadar tersenyum segaris dan kembali memandang ke depan.





Kenapa dia nak minta maaf? Bisik Seokjin sendiri di dalam hati.







Dia cuba untuk bertahan daripada menggugurkan air mata, jantungnya pula berdegup pantas. 10 tahun sungguh lama, begitu lama. Kenapa Namjoon baru sekarang mahu muncul? Bulan lepas sepatutnya dia cuba hubungi Seokjin, kalau lost contact pun, kenapa dia tak usaha? Sehingga dia sudah berumah tangga....tanpa pengetahuan Seokjin sendiri? Siapa saja yang tidak luluh mendengarnya.






Lamunan Seokjin mati saat tangan kekar milik Namjoon menyentuh ID card lanyard yang tergantung di leher lelaki itu. Dilihat setiap tulisan yang tertulis di atasnya dengan senyuman manis. Seokjin diam saja tanpa berkata sepatah.







"You've already become a specialist doctor. Glad to see this." ucap Namjoon lalu menepuk belakang Seokjin berkali-kali dengan ketawa yang membawa maksud bangga. Seokjin tersenyum dan mengangguk sekilas, sakit juga ditepuk begitu. Hanya mampu bertahan. Dia kembali mengalihkan pandangan ke arah Namjoon lalu melihat pakaian lelaki itu yang berserba sut hitam disebalik jaket.







"Baru habis perbincangan kes?" soal Seokjin semula. Namjoon tersenyum lebar dan mengangguk laju persis anak kecil. Seronok apabila Seokjin mula berjinak untuk berbual kosong dengannya. Seokjin turut bangga dengan kerjaya yang kini dipegang oleh jejaka tersebut. Akhirnya, impian Namjoon yang ingin menjadi seorang peguam, tercapai juga.






"Kes yang selalu aku dapat, abusing, sexual harrasment. Mostly civil cases. Kau pula? Macam mana dengan perkembangan kerjaya kau?" soal Namjoon semula, perlahan-lahan dia menambah jarak dengan Seokjin tanpa kesedaran lelaki itu.







"Hmm good. Macam biasa." itu sahaja yang dijawab. Seokjin terus senyap dengan pandangan yang tidak dialih langsung ke arah Namjoon. Itu membuatkan jejaka berambut perang gelap itu mendengus nafas kecil, apa masalahnya dengan Seokjin yang begitu....tidak seronok bila dapat berjumpa semula dengannya. Cakap pun macam tak ada mood. Dia kekok? Sebab sudah lama tidak bersemuka. Iya, mungkin begitu?







"Hey lavender. Kau tak happy ke jumpa aku?" tegur Namjoon lagi, Seokjin pula terbuntang mata dengan kening yang berkerut? Lavender? Sekejap, macam kenal saja panggilan tak guna tu. Wajah Namjoon dijeling, lelaki itu pula tersenyum sengih dan menampakkan sepasang lesung pipitnya. Oh ya, Seokjin lupa. Rambutnya pula yang berwarna ungu gelap dan lembut. Namjoon nak kasi revenge huh?








"Of c-course..."




"Habis kenapa kau monyok je?"







"Saya just tertanya, kenapa awak minta maaf tadi? Why?" soalannya membuatkan senyuman Namjoon pudar, kedua-dua bahunya jatuh perlahan-lahan. Paling tidak senang duduk apabila Seokjin melontarkan pandangan yang sayu, hati siapa saja yang tidak luluh melihatnya. Ingatkan dia lupakan saja kata-kata Namjoon sebentar tadi, rupanya tidak.





You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 02, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now