>Wave<

342 50 14
                                    

Song:

-Wave by Ateez
-Awake by Kim Seokjin 
-Starry Night by Mamamoo

______♡______

Lenanya tidak ditemani dengan sebarang mimpi, hanyalah suasana hitam berserta satu suara yang mengalunkan nyanyian. Terasa setiap helaian rambutnya disisir dengan lemah-lembut, menjadi satu keselesaan buat mindanya untuk dibuai lena yang enak.


Mungkin si Seokjin terlalu penat sehinggakan tertidur terlalu awal. Namjoon sudah berjanji mahu tidur sekali, mana tahu kalau detik ini saja kali terakhir buat mereka untuk melihat wajah masing-masing.


Seokjin memutuskan untuk tidur di sofa, secara tidak sengaja dia terlelap di atas katil saat menunggu Namjoon mengemas barangnya di tingkat bawah. Dalam tidak sedar, Seokjin dapat rasakan tubuh badannya seperti diangkat dan diperbetulkan posisi.



Selimut yang tebal menutup separuh tubuhnya yang kesejukan, satu bantal yang empuk juga dihulurkan. Sepertinya Seokjin sambut saja dalam keadaan terlena, dipeluk dengan erat serta bibir mungilnya mencebik.




Itu membuatkan senyuman terukir di bibir lelaki yang kini duduk sebelahnya. Dengan cermat Namjoon berbaring di ruang sebelah tanpa mengejutkan jejaka yang sedang dibuai alam mimpi itu.



Ditatapnya wajah Seokjin setiap sudut dengan begitu lama, senyuman yang kekar berbunga perlahan-lahan pudar. Sambil jari-jemarinya menyisir perlahan helaian rambut perang gelap Seokjin, bibirnya mengalunkan satu nyanyian dengan nadanya mendatar. 




'There's a hope that's waiting for you in the dark,

You should know you're beautiful just the way you are,

And you don't have to change a thing, the world could change its heart.

No scars to your beautiful.'




Ingin saja dia mahu mendaratkan kucupan di dahi lelaki itu,niatnya yang terikut-ikut mahu menjatuhkan kucupan di bibir Seokjin juga makin menjadi.... namun terhenti. Tangannya yang leka menyisir helaian rambutnya turut ditarik semula dengan perlahan.




No.


Namjoon tak boleh sentuh Seokjin ikut sesuka hati saja lagi, dia perlu ikuti kata-katanya tadi. Dia tak boleh perlakukan buruk ke atas Seokjin seperti sebelumnya, itu mesti boleh mengecewakan semula hati lelaki itu. 






Teringat pula akan pesanan Hoseok sebelumnya,

'Kalau kau betul-betul sayangkan dia, please don't ever touch him.'

'Love him as your hyung Namjoon'








"I'm sorry babe. Tidurlah dengan mimpi yang manis, aku harap kita sempat makan breakfast sekali besok." tutur Namjoon bernada perlahan dan kembali menjatuhkan kepalanya ke atas bantal.



Mungkin Seokjin tak akan dengar tetapi Namjoon berharap kata-katanya itu dapat tertanam di jiwa Seokjin selepas pemergiannya, "Aku harap kau akan tunggu aku babe, tunggu aku kembali semula." bisik Namjoon, dalam tidak sedar air mata jernihnya jatuh mengalir. Terlalu sedih.





"Ataupun kau lupakan saja aku terus."











Minit demi minit berlalu, rasa sejuk kian bertambah dengan deraian salji yang menyirami bumi kota Seoul. Mimpi yang begitu lama, tidak memberi apa-apa petanda baik mahupun buruk, sehinggakan kedua-dua kelopak matanya dicelik perlahan-lahan. Suasana bilik yang separuh terang, langsir yang tertutup menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang bilik bilik itu. Begitu menghairankan apabila mendapati dirinya berselimut malah berbaring di atas katil, sepatutnya tidur di atas sofa.






Di sebelahnya tiada sesiapa, Namjoon tiada di sisinya. Dengan rambut yang separuh serabai, Seokjin masih dilamun mamai. Dia cuba menempatkan akalnya di alam realiti, kemudiannya dia menjejak kaki ke atas lantai lalu melangkah kaki keluar daripada bilik. Ke mana Namjoon pergi? Tidak henti dia menggaru perut sendiri yang tidak gatal.






Seokjin berjalan melepasi dapur, ingin meluru ke arah ruang tamu. Langkahnya terhenti saat terperasan sesuatu yang mencuri perhatiannya, Seokjin kembali berundur ke arah dapur dan tergamam seketika. Di atas meja sudah terhidang satu hidangan termasuk secawan minuman panas yang ditudung dengan piring. Dengan gentar, Seokjin berjalan mendekati meja itu lalu mencapai sekeping sticky note yang dilekatkan di cawan tersebut.




Mungkin semalam merupakan kali terakhir buat mereka berbicara. Seokjin tidak berkedip, tidak tahu nak memberi reaksi apa-apa. Dia cuba melirikkan pandangan ke arah jam dinding, kedua-dua matanya mula menakung air mata.






8:45 a.m





Seokjin terkesima, termangu-mangu bibirnya. Namjoon betul-betul dah bertolak pergi? Tanpa kejutkan dia?








'Sorry aku tak nak ganggu masa kau untuk berehat babe. Jadi, biar kali ni aku sediakan sarapan buat kau cuma aku tak dapat join. I'm sorry, jangan sedih ok? Minumlah air Nestum tu, nanti sejuk tak sedap. Confirm kau happy. Maaf, aku tak nak susahkan kau untuk lihat aku berlepas di airpot. Kalau kita boleh jumpa lagi, I'm so glad. Aku harap kau boleh tunggu aku babe. If not, remember this, aku tetap sayangkan kau hyung.'





Butir air matanya gugur, Seokjin cuba tersenyum walaupun pedih. Siapa je yang tak kecewa kalau ditinggalkan sebegitu tanpa apa-apa pemberitahuan. Seokjin cuba membuka penutup yang menutup hidangan di dalam pinggan itu. Ianya seperti hidangan pagi western, telur mata dua biji, stik daging termasuk beberapa jenis sayur. Coraknya seperti reaksi yang tersenyum, terdapat juga tulisan sos di atas roti. 'Sorry aku tau masak macam ni je, tak pro acah bini macam kau. Hope you like it baby~'



Itu membuatkan Seokjin ketawa kecil, iya lah kan Namjoon tak pernah lagi nak masak makanan yang berat. Pada masa yang sama dirinya melepaskan tangisan, tangisan yang membawa dua perasaan. Cuma nak cover dengan gelak ketawa sedangkan hatinya sakit.





Namjoon memang betul-betul sayangkan dan membuktikan bahawa dirinya begitu hormat akan Seokjin. Tiada langsung sebarang perubahan di tubuh badan Seokjin, dia tak sentuh lelaki itu semalam. Begitu jauhnya pemikiran buruk Seokjin terhadapnya, terasa serba salah. 








"Tak apa, saya akan tunggu awak."



.

.

.




Kembali kepada Kim Seokjin yang tersakiti, memang Namjoon dah bertolak pergi ke US. Aku hanya ditinggalkan memori termasuk dua keping sticky notes. Perkara yang paling menyakitkan apabila aku setiap kali aku nak call Namjoon, panggilan tidak boleh diterima ataupun nombor tidak dikenal pasti. Takkan telefon Namjoon rosak lagi?




Hampir sebulan aku cuba menghubungi lelaki itu, tetap tidak berjaya. Hati aku mula gundah, itu bermakna Namjoon tukar nombor?





Aku cuba tanyakan eomma, mana tahu kalau eomma ada nombor Mrs Kim. Bolehlah aku minta nombor Namjoon dari Mrs Kim sendiri. Tetapi...











"Eomma pun dah lost contact dengan Puan Kim. Diorang satu family berpindah ke US minggu lepas, sampai sekarang pun eomma tak dapat nak hubungi diorang."













TBC

Long long tims no see:'0

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now