>The Truth<

461 68 27
                                    

Ermm sungguh meragukan.

Jin duduk bertentangan dengan wanita itu di ruang tamu, sedang menunggu hidangan air yang akan dibawa oleh Namjoon sebentar saja lagi. Budak-budak yang lain ditinggalkan di dalam bilik. Jangan risau, Yoongi jadi bodyguard.


"M-Maafkan saya, susah-susah je cikgu Reen hantarkan Yoongi ke sini."

"Ouh tak apa encik. Memang tanggungjawab saya, takkan nak biarkan Yoongi duduk seorang bukan? Saya pun faham mungkin encik sibuk hehe. Nasib baik Yoongi ingat alamat rumah.", balas Reen dengan senyumannya yang tidak lekang dari bibir. Jap, Yoongi ingat alamat rumah ni siak! Dah la panjang, boleh berbelit lidah nak sebut.

Jin mula menggaru belakang kepalanya.
Dia melarikan anak matanya ke arah perut Reen yang buncit dengan kandungan. Aishh rasa macam nak hentuk kepala di dinding, ada-ada je memori silam nak hasut minda lelaki itu.


"Erm cikgu Reen, lepas ni just call saya ok? Saya risau dengan keadaan cikgu Reen, c-cikgu–"

"Eh its ok encik. Saya dah biasa."

"Ouh. Kalau macam tu, mana anak cikgu Reen yang lain?"


Reen tersenyum segaris dan menunduk seketika sambil tangannya mengusap perutnya yang sudah mengandungkan anak 8 bulan itu.

"Ini anak first saya.", balas wanita itu. Jin mengetap bibirnya dan hanya memaparkan senyuman tipis. Terceyduk. Kalau nak ditanya di mana suami, takut mengecilkan hati Reen pula. Dia sudah tahu jawapannya. Tak patut Reen ditinggalkan buat masa ini. Sungguh kejam.

Mereka berdua dikejutkan dengan kedatangan Namjoon yang membawa sedulang air. Terketar-ketar tangan lelaki berambut warna ungu lavender itu. Tiada menu lain selain kopi.


"Jemput minum, sorry aku lambat.", bisik Namjoon di telinga Jin. Lelaki itu hanya mengangguk tanda ok, lalu Namjoon mengambil tempat duduk di sebelah rakan sekerjanya itu. Reen menunduk dengan senyumannya tanda terima kasih.

Jin berkerut dahi. Minuman yang terhidang di atas meja dipandang lama. Dialihkan pula pandangannya ke arah Namjoon yang duduk di sebelah. Kedua-dua matanya dikecilkan membuatkan Namjoon bertambah kekok.



"Awak buat air apa?", soal Jin.

"Ouh, air latte panas. Eloklah petang cerah ni kita sapu kopi fuhh! Meh aku tolong tuangkan. Usah shy shy meow~"

"Er tak tak. I mean..."


"Eh tak apa. Kopi pun boleh, saya ok je.", celah Reen sambil mengangkat kedua-dua tangannya di paras dada. Namjoon dengan cermat menuangkan air kopi ke dalam cawan dan dihulurkan kepada Reen. Secawan juga dihulurkan kepada Jin. Namjoon yang terlalu dahaga segerakan menghirup air yang panas itu perlahan-lahan.




"Ermm sebenarnya kopi tak bagus untuk wanita mengandung.", ujar Jin. Namjoon tersembur.

"O-Ouh...iya? Selama ni saya minum tak ada apa-apa pun.", balas Reen, belum sempat wanita itu nak rasa air Latte buatan anak Kim.

"Minuman yang mempunyai kafein kurang bagus untuk kesihatan cikgu Reen. Bukannya tak boleh langsung, boleh. Cuma perlu kawal pengambilan. Saya sarankan cikgu Reen hanya ambil kafein tidak melebihi 200 mg setiap hari. Sebab...ia mungkin boleh menyebabkan komplikasi buat anak dalam kandungan cikgu Reen. Just one or two cup only, tapi jangan kerap sangat ye.", terang Jin satu per satu.


Reen memandang perutnya sendiri sambil jari-jemarinya memegang cawan yang masih terisi air kopi Latte yang panas. Namjoon dah malap di situ.



"Ouh nampaknya saya perlu ambil teh je lah lepas ni hehe. Saya pun gemar dengan air teh.", ujar Reen dengan ketawa kekoknya. Jin menanggalkan cermin mata lalu meletakkan cawan ke atas meja. Ah dah mula dia nak berleter.


"Air teh pun ada kandungan kafein, just like coffee. Cuma jauh lebih rendah. Cikgu Reen boleh nak minum air teh setiap hari, tapi kawal pengambilan juga seperti apa yang saya katakan tadi. Apa kata cikgu Reen perbanyakkan pengambilan jus buah-buahan? Haa itu lebih bagus dan sihat. Air kosong laaaaagi bagus."

"O-Ouh...", Reen mengangguk faham. Senyumannya terpudar perlahan-lahan, perutnya kembali dipandang dengan wajah yang sayu. Apa pula yang difikirkannya.






"Biar anak ni tak ada kan senang.", Reen mengukir senyumannya semula.



Namjoon tersembur lagi. Jin terbuntang matanya, dia tak salah dengar bukan?



"Kenapa cikgu Reen cakap macam tu?"

"Apa gunanya saya berpenat lelah demi anak ni, bila dilahirkan nanti...tiada sesiapa yang akan dipertanggungjawab. Saya tak cukup kuat...u-untuk jaga anak ni hiks...", Reen mula menangis. Cawan kopi masih berada di dalam pegangannya. Air kopi bercampur dengan air mata. Namjoon dan Jin dah panik. Secara tidak langsung Namjoon melontarkam soalan, yang tidak ingin Jin dengarkan.






"Mana suami puan?"

"N-Namjoon!–"


"Dia d-dah tinggalkan saya. Dia cari perempuan lain. Dia lupakan saya dengan anak di dalam perut ni. Siapa lagi yang nak saya harapkan? Nobody...rasa kosong. Hidup saya terseksa hiks...dua bulan saya hidup keseorangan....", Reen menangis teresak, tidak dapat lagi untuk menahan sebaknya.

Segera Namjoon bangun dan cuba menenangkan wanita yang sedang sakit dengan masalah beratnya itu.





Jin kaku. Matanya tidak berkedip.

Ianya datang semula...








"Dia tak akan datang sini tengok saya doktor. Jangan sebut namanya lagi ok? I'm fine."

"Kalau saya mati...jangan bagi dia tengok anak saya. Dia t-tak layak."

"D-Doktor....saya s-sakit..."








Air matanya yang bertakung mengalir membasahi pipi saat terkenangkan memori pahit itu. Jin diserang lagi dengan trauma akibat tragedi dua tahun yang lepas.





"Jinnie? Kau ok? Kenapa kau menangis ni?", tegur Namjoon sambil mengibas tangannya ke arah wajah Jin. Lelaki itu tersedar daripada lamunan dan lekas mengelap air mata.




"Saya harap cikgu R-Reen banyak bersabar. I know you can."






Dia cuba menahan diri daripada menolong wanita malang itu.










TBC

I'm not sure la kalau citer ni smpai 25 part, mungkin terlebih👀

Sila ketuk seya~


I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now