>New Life<

315 52 19
                                    

Hmm tidak lama, sudah masuk genap 10 tahun. Lama la tu, aku baik-baik saja dengan kehidupan di kota Seoul. Kerjaya sebagai seorang doktor sudah menjadi pekerjaan yang tetap bagi aku, setiap hari berpakaian serba kot putih dan menilau satu hospital.


Memberi layanan kepada pesakit-pesakit yang berada di wad kanak-kanak mahupun wanita sakit puan. Bagi orang lain, mungkin kerjaya ini penat dan tidak mempunyai masa untuk berehat, namun tidak bagi aku. Ianya seronok, sekurang-kurangnya aku dapat menimbulkan senyuman di bibir pesakit-pesakit di sini.





"Maknanya saya dah...dah PREGNANT??!! OMO DOKTOR TAK TIPU BUKAN YAAHUUU!!!" jerit seorang wanita sambil menepuk meja aku berkali-kali. Sudah terkejut lagikan cuak, aku cuba menenangkan wanita tersebut.




"Ermm sabar puan, jaga-jaga tu nanti jatuh. Puan duduk dulu, rilek-rilek." pujuk aku. Wanita itu tidak berhenti daripada melontarkan kata-kata gembira, perlahan-lahan dia duduk dengan tersengih. Aku juga gembira dengan keputusan yang diterima, siapa je yang tak seronok nak dapat baby baru.






"Ok ini buku untuk kedatangan puan ke sini bagi pemeriksaan berkala. Jaga pemakanan, jangan buat aktiviti kasar dan yang lebih penting puan jangan stress sangat ok?" aku nasihatkan wanita itu dengan lemah-lembut. Dia sekadar mengangguk laju dan menyambut saja buku kecil berwarna pink tersebut. Tertanya juga aku kepada satu perkara.






"Erm maaf kalau saya nak bertanya, mana suami puan? Tak datang sekali?"



"Ouh suami saya ada di Rusia. Ada kursus ketenteraan di sana, next year baru nak balik ke sini hehe." jawabnya tenang. Aku hanya mengangguk kecil, kalau tahun depan pun...sempat ke dia nak temankan isterinya saat tiba hari kelahiran anak pertama mereka? Sekarang baru bulan Februari, selewat-lewatnya bulan Oktober dah boleh bersalin.





" Erm apa-apa pun saya harap puan boleh jaga diri baik-baik." ucapku dengan senyuman manis. Cukup tinggi ketabahan buat seorang wanita sepertinya, kemungkinan dia akan bersalin tanpa suami di sisi. Aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar sahaja.









"Heluu yow bro~" tegur seseorang yang membuka pintu. Hmm peaakit baru? Aku terhenti daripada menulis, terbuntang biji mata saat ternampak kelibat insan yang sudah lama tidak bertatap muka tersebut. Lelaki itu memimpin tangan isterinya yang sarat berbadan dua termasuk seorang kanak-kanak lelaki.




"Eh Hoseok. Reen." balas teguran mesra aku kepada pasangan tersebut. Mereka sekadar membalas senyuman dan mengambil tempat duduk masing-masing. Dah nak masuk anak yang kedua, kalau dihitung dengan anak sulung Reen jadilah tiga orang. Huhu bahagia je rumah tangga ni.






"Jung Jaehyun, kata hai dekat uncle Jin." arah Hoseok lemah lembut kepada si anak kecil yang berusia 10 tahun tersebut. Segan malu alah semua ada, budak tu mendekati aku dengan wajah yang tertunduk. Dia membongkokkan sedikit badannya bagi menunduk hormat ke arah aku. Hmm aku tersenyum saja dan mengusap kepalanya lembut.






"Jung Jaehyun? Dah besar kamu." ujar aku, hampir saja nak menangis. Ouff dapat juga berjumpa semula dengan anak yang berjaya diselamatkan dengan tangan aku sendiri. Hoseok mungkin faham, cuma Reen sahaja. Sampai sekarang dia belum tahu akulah insan yang berjaya selamatkan nyawa anak pertamanya itu.






"Huh well ya ada apa jumpa saya? Sakit apa?" soal aku ke arah pasangan tersebut. Hoseok dan Reen saling berbalas pandangan sebelum beralih semula ke arahku dengan senyuman kelat.






"Actually Reen ada kesukaran nak membuang air. Dah nak masuk hari ketiga. Ada masalah ke acaner ni? Sebab aku gelabah la aku bawak Reen jumpa kau. Kasi kau handle." terang Hoseok. Reen mengangguk laju sambil tangannya mengusap perutnya sendiri.





I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now