>Last Expression<

247 47 6
                                    

Sudah sehari Reen tidak sedarkan diri, keluarganya juga datang melawatnya apabila sudah tiba di Seoul. Hoseok di antara yang selalu datang melawat Reen sehinggakan ahli keluarga Reen sendiri anggap bahawa dirinya itu suami baru. Aduh Hoseok keling, terpaksa juga mengaku sebagai rakan karib. Teringin juga nak mengaku sebagai peneman baru hmm.


Keadaan Reen baik-baik saja, cuma perlukan masa untuk dia sedar semula. Mungkin ambil masa dalam dua hari. Dia perlukan rehat yang banyak selepas proses pembedahan.





"Cikgu Reen ok je kan uncle?", soal Yoongi sambil merenung ke arah cikgunya yang sedang terbaring di atas katil. Hoseok tersenyum dan mendakap perlahan tubuh kecil anak saudara yang duduk di atas ribanya itu. "Ya, cikgu Reen kamu ok je. Nanti dia bangun hoo.", balas Hoseok tenang. Baru hari ni je bawa Yoongi melawat sekali, dia terlalu risaukan cikgu kesayangannya itu sampai tergopoh-gapah nak ikut sekali.





"S-Saya di m-mana...H-Hoseok?"

"Uncle! Cikgu Reen dah bangun!!", jerit Yoongi dan menampar pipi Hoseok yang dibuai mimpi dengan begitu laju. Hampir nak terjatuh dari kerusi, segera Hoseok keluar bagi mendapatkan doktor. Yoongi kembali memanjat kerusi dan memegang erat tangan sejuk wanita itu. Reen sekadar tersenyum lemah.


Bila dilihat saja ke arah perut, sudah kempis.


"Where's my baby....?"







"Yaa kau ok tak ni? Dari semalam kau monyok je.", tegur Namjoon sambil mengacau kopi panas. Namjoon singgah sebentar di kafe berdekatan dengan Seokjin bagi meredakan stress lelaki itu. Namun, mood yang sama juga ditayangkan. Seokjin tidak bercakap malah tersenyum. Lelaki itu hanya termenung jauh, kopi pun tak dihirup lagi. Hampir nak sejuk dah.


Namjoon perlu lakukan sesuatu.


"Seokjin-ah.", panggil Namjoon lemah-lembut. Seokjin tidak beralih, matanya langsung tidak berkedip. Namjoon cuba memanggilnya lagi.


"Kim Seokjin."

Tidak dijawab.



"Heluu pretty...."

Tidak dijawab juga.



"Honey."

Hmmmm....





"Babe."

"O-Ouh yes Namjoon? Sorry saya mengelamun sangat tadi...", jawab Seokjin dengan mengurut dahinya sendiri. Namjoon sekadar tersenyum dalam diam. Gitchew~



Sedang Seokjin memperbaiki rambut perangnya, Namjoon mendekatkan jari-jemarinya di pipi lelaki itu lalu mencubitnya perlahan. Seokjin berkedip mata, isi pipinya terus dicubit dan diramas bagai tepung doh.





"Why Namjoon?"


"Kau dah cipta kejayaan besar kelmarin, smile please. Tak nak la masam macam ni, aku nak manis baby~"

"But it's still bitter. I can feel it.", balas Seokjin dan kembali memandang buih yang terapung di dalam gelas kopinya. Namjoon melepaskan cubitan dan mendengus perlahan, hmm apa lagi cara nak pujuk hati tisu seketul manusia di hadapannya itu.



Habis meneguk secawan kopi, mereka berdua keluar daripada kafe dan berjalan memasuki pekan dengan suasana salji. Dalam beberapa meter lagi untuk sampai ke hospital. Salji masih turun dari langit dengan renyai, sejuk hmm. Namjoon tidak henti menghembus nafas bagi menghilangkan rasa kesejukan.

Ada sesuatu yang disembunyikan oleh Seokjin.










"Comelnya cucu awak Puan Han.", puji seorang wanita ke arah Puan Han yang mendukung bayi kecil dengan senyuman mesra. Reen juga turut tersenyum melihat Puan Han atau lebih dikenali sebagai ibunya yang sedang asyik melayan kecomelan anak pertamanya. Ramai juga yang datang melawat termasuk rakan-rakan sekerja yang lain. Pelbagai jenis jambangan bunga serta hadiah istimewa buat bayi yang baru dilahirkan itu.



Itu cukup membuatkan Reen terharu, cuma ada sesuatu yang belum melengkapkan hari gembiranya.




"Mana Seokjin?", soal Reen sambil menarik lengan baju Hoseok yang duduk di sisi katil dengan perlahan. Kalau nak diikutkan, memang nak ditanya dari awal. Bila difikirkan...mungkin Seokjin sibuk dengan tugasan doktornya. Tapi, sudah hampir sehari lelaki itu tidak datang menjelmakan diri, itu membuatkan Reen kurang senang.



"Ouh ya ermm nanti dia datang ya. Awak rehat dulu.", balas Hoseok dengan senyuman manis. Agak sedikit kecewa, kenapa Reen begitu tertanyakan keberadaan Seokjin. Tidak pula bagi Hoseok yang tidak jemu menemani wanita itu di hospital, sekadar ucapan terima kasih tanpa pertanyaan khabar. Hmm it's ok.


Bak kata orang, panjang umur kerana Namjoon dan Seokjin sudah tiba di muka pintu bilik wanita itu. Namjoon bawakan buah tangan dengan sekuntum bunga Ros merah jambu untuk Reen. Terus terukir semula senyuman di bibirnya, lebih menggembirakan apabila Seokjin datang juga buat hari ini. Ya, Reen sangat sukakannya.




"I did it.", ujar Reen teruja dengan senyuman yang cukup termanis sekali walaupun wajahnya sedikit pucat. Seokjin tersenyum tipis, dia langsung berdiri di belakang Hoseok yang duduk di atas kerusi.

Nampaknya Namjoon dan Hoseok mula mewujudkan perbualan rancak sehinggakan mencuit hati wanita itu. Dalam tidak sedar, Seokjin mengalihkan pandangan ke arah perut Reen yang sudah kempis. Sepatutnya dia bangga atas kejayaannya, namun tidak. 



"Jangan ambil minuman yang berkafein sepanjang awak berpantang. Saya tak galakkan awak ambil makanan yang berlemak tinggi dan pedas juga. Ingat, produk tenusu atau mana-mana makanan yang manis pun jangan diamalkan buat setakat ini. Ia boleh memberi impak yang buruk pada luka bahagian pembedahan. So, be careful Reen and stay healthy.", nasihat Seokjin kepada Reen dengan suara yang mendatar. Wajah Reen langsung tidak dipandangnya. Reen sekadar berkelip mata dan mengangguk faham sahaja atas nasihat yang diberikan oleh si doktor itu.



Namjoon pula merengus nafas kecil, lelaki bernama Kim Seokjin itu masih memainkan mood yang sama. Apa masalah ni?




"Boleh saya tahu, adakah awak yang selamatkan anak saya?", soal Reen. Dengan senyuman manis yang tidak lekang, wajah Seokjin menjadi tumpuannya. Namjoon dan Hoseok masing-masing berbulatkan mata dan perlahan-lahan berpaling ke arah Seokjin.

Mereka berdua sudah berjanji untuk memegang rahsia dengan Seokjin untuk tidak memberitahu perkara yang sebenar. Sehingga sekarang, Reen masih belum tahu siapa sang doktor yang berjaya selamatkan nyawanya termasuk anak kecil itu. Reen menantikan jawapan dengan begitu tenang, Seokjin pula berketap bibir. Kemudian tersenyum tipis seperti biasa.




"Bukan saya.", jawab Seokjin ringkas. Reen terkedu sesaat.


"O-Ouh...saya ingatkan a-awak...", terus pudar senyuman Reen saat mendengar jawapan daripada insan yang sangat diharapnya. Reen tertunduk dan memandang perutnya yang diselimuti dengan selimut putih, maksudnya orang lain lah yang membedah perutnya?



"By the way thanks. At least dengan nasihat dan sokongan awak dapat menguatkan saya semasa pertarungan nyawa pada hari kejadian. Saya dapat mendengar suara awak memohon supaya saya kuat, awak tidak henti menyokong saya untuk terus berjuang. Yes, only your voice. Bila difikirkan, itu semua mungkin sekadar mimpi. Itu sebab saya ingatkan awak yang selamatkan saya saat saya mula sedarkan diri. Hehe saya mungkin mimpi saja..", kata Reen panjang dengan ketawa kecil. Masing-masing mengeluh kecil, Seokjin pula tergamam.



Rasa bersalah? Nampak seperti Reen tidak gembira dengan pembohongan itu.




"You're welcome. Terharu saya mendengarnya.", jawab Seokjin seperti tiada apa-apa. Rasa bersyukur kerana Hoseok mahupun sesiapa pun beritahu perkara yang sebenar kepada wanita itu. Ada sebab Seokjin mahu merahsiakannya.










TBC

Long time no see:'D

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now