>Moon<

342 57 41
                                    

Song:

-Moon by Jin BTS
-Let Go by BTS

______◈______

Mata aku sembap, ahh betapa banyaknya aku menangis semalam. Memang mood tak ada nak buat apa-apa. Budak-Budak bila dah balik pun, Namjoon yang uruskan mereka. Aku tidur berasingan, rasa bersalah tapi itu semua atas arahan Namjoon sendiri. Katanya dia tak nak aku lagi sakit dan berehat saja, nampaknya aku bersyukurlah jugak. Sekurang-kurangnya Namjoon memahami keadaan aku.

Hari ni, hari last budak-budak tu berada di sini. Segala barang mereka sudah pun aku dan Namjoon kemaskan. Sudah tersedia di hadapan pintu sebelum Hoseok datang ambil, katanya pukul 9 pagi nanti.

Kami mengambil sarapan dulu di dapur. Hari ni aku masak special sikit, roti waffle ketam. Nampak dari situ Namjoon tak sampai hati nak rebus ketam, akhirnya aku juga yang buat. Itu pun dia meratapi pemergian ketam di sisi aku, jap pehal ni?



"Nanti takde la citer Cenow Waid dari unkel Namjoon hmm Taetae sedeyh.", omel Taehyung dengan pipi yang mengembung. Aku dan Namjoon masing-masing tertunduk sambil mengunyah waffle, aku cuba untuk tersenyum dan mengusap perlahan kepala anak kecil itu. 

"Nanti rindu la nak uncle Seokjin datang ambil. Takmo uncle Hoseok, nanti dia singgah mall gi ngorat noona-noona dekat sana tu.", luah Yoongi mula sambil mengelap mulut Jungkook yang comot. Namjoon cuba takmo gelak. Haih, ini aku tak boleh nak kata apa. Dah nama pun berpisah bukan? Tapi tak salah juga kalau aku nak meluangkan masa dengan mereka buat sekali sekala kalau rindu sangat bukan?


Jungkook pun dah bermonyok muka, entah kenapa dia tak mahu bercakap pula. Yang ada pun sekali dua sahaja, lepas tu dah tak cakap. Kalau tak, mesti Hoseok termasuk parents dia dah happy teruks. Sebab boleh dengar suara anak Jeon buat kali pertama.




Jimin...

Jimin langsung tidak bercakap. Wajahnya yang suram sambil tangannya yang memegang garfu  mencucuk makanan di atas pinggan membuatkan aku bertambah risau. Walaupun dari sudut pandangan aku, dia still budak tapi...dia marahkan aku disebabkan hal semalam? Dia dah mula rasa berdendam terhadap aku? Omo, jangankan yang lain tahu sudah. Terutamanya ahli keluarganya sendiri.


Perlahan-lahan aku menempelkan tapak tangan hangatku di belakang badannya lalu mengusapnya perlahan. Aku menelan air liur pahit sebelum menegur anak kecil itu.



"Jimin, kenapa kamu tak makan sayang?"


Jimin hanya tersenyum dan membiarkan soalan aku tergantung sebegitu sahaja. Aku kembali menarik tangan aku dan cuba tak mahu mengganggu anak itu lagi dengan soalan serabut. Namun, gelagat kami berdua diperhatikan saja oleh Namjoon, dia turut berdiam saja.





Hoseok sudah datang, aku dan Namjoon tolong angkutkan semua beg kepunyaan empat ketul manusia kecil itu masuk ke dalam bonet. Sebelum masuk ke dalam kereta, seorang demi seorang datang ke arah aku bagi menghadiahi pelukan sebelum pulang.

Jungkook dah menangis teruk saat pelukannya dengan Namjoon mahu dileraikan. Rambut Hoseok ditarik tanda tidak puas hati. Terpaksa Namjoon tolong leraikan mereka pula. 

Jimin seorang sahaja yang belum memberi pelukan mahupun kata-kata ucapan perpisahan dengan aku. Dia pun belum masuk ke dalam perut kereta, dari sini aku nampak Jimin berdiri di belakang Hoseok, dia tak mahu bersemuka dengan aku. Ouh no...


I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now