>See You Again<

327 53 31
                                    

"Kalau mama bukan mama Chim...habis siapa mama Chim?", soal Jimin dengan tangisan yang teresak-esak, tangan aku masih tidak dilepasnya. Anak kecil itu terus menangis.


Aku cuba menyentuh kedua-dua bahunya dan mengesat perlahan pipinya yang sudah basah dengan aliran mata. Aku tatap anak kecil itu dengan bibir yang diketap rapat, entah mengapa denyutan jantung aku kian kencang.




"Apa maksud kamu?"


"Chim n-nak mama...hiks Chim tak nak balik...Chim nak mama...", itu sahaja yang keluar daripada mulutnya. Anak kecil itu terus mengalirkan air mata, tidak berani untuk memeluk aku lagi. Aku sekadar mengusap perlahan pipi gebunya itu. Mungkin disebabkan dia sudah terbiasa duduk dengan aku, dia tak nak balik.


Sehinggakan dia gelar aku sendiri sebagai ibunya. Dia baru umur 2 tahun, tak kenal apa yang betul dan salah. Aku tak patut kalau nak marah dia.





"K-Kalau Chim balik pun....mama mana a-ada. Uncle Hobie je y-yang ada...", sambung Jimin lagi.


"Haih kalau macam tu, mana mama kamu?", soal aku kembali. Jimin mendongakkan sedikit kepalanya bagi membalas pandangan aku, anak matanya bergerak pula ke arah langit yang biru dengan menahan sebak. Perlahan-lahan dia menuding jari ke atas sana dengan suara yang serak.






"Uncle H-Hobie cakap...mama Chim tunggu dekat sana. Kalau Chim selalu tengok...Chim akan happy..."

"W-What...?", kelopak mata aku berkedip-kedip, mulutku juga terjelopong separuh. Aku kembali menatap wajah anak kecil itu dengan nafas yang tidak teratur. Jimin masih mendongak ke arah langit dengan segaris senyuman yang membawa seribu makna.




Takkanlah...ibunya sudah meninggal dunia. N-No...kau jangan fikir bukan-bukan Seokjin!












"Mama Chim nama Park Hyerin...dah lama C-Chim tunggu mama...tapi mama tak datang pun....", ucap Jimin dengan menjatuhkan semula butir air matanya.




Aku bagai disambar dengan kilat, jantung aku kian berdegup laju. Nasib tidak pitam. Aku tak salah dengar bukan? P-Park Hyerin....







Butir air mata itu mengingatkan aku semula pada kejadian terakhir, di mana wanita yang tidak jemu menceriakan hari aku itu bertarung nyawa demi keselamatan bayinya. Hyerin menangis, sepertinya dia dapat rasakan kesakitan yang perlu dipikul.

Setiap lapisan daging perutnya aku hiris dengan tangisan bercampur peluh. Aku tak yakin, sumpah tak yakin. Tetapi Hyerin percaya bahawa, aku dapat buat yang terbaik agar dia bahagia dan gembira, walaupun rohnya sudah berpisah daripada jasad.

Disebabkan masa yang suntuk, aku terkasari anak itu, belakang cuping telinganya terhiris kecil saat aku mahu mengeluarkannya daripada perut sang ibu.

Anaknya selamat, namun ibunya pula dijemput kematian. Bayi yang tidak berhenti menangis masih berada di dalam pegangan aku, dengan hati yang berat....aku terpaksa.





"Maafkan aku, aku dah pisahkan kau dengan ibu kau sejak dari kecil. I'm sorry...aku tak sengaja....kau akan berdendam dengan aku, aku percaya...."

"Maafkan aku sebab mungkiri janji ibu kau....."











"M-Mama...?", tegur Jimin saat aku cuba mengalihkan tubuhnya perlahan-lahan, belakang cuping telinganya aku tilik dengan tangan yang menggigil. Ianya ada.



Sudah berbekas dengan parut kecil, h-hirisan tu....
Sama ukurannya, tidak berubah. Aku masih ingat lagi.
Terus kedua-dua lutut aku menyembah bumi dengan mata yang berkaca, wajah anak yang berumur sudah genap 2 tahun itu aku kembali tatap dengan sebak.


Dia si bayi malang tu.
Anak Park Hyerin...
Park Jimin hm...
Dialah yang terseksa disebabkan aku?

Dunia ini tersangatlah kecil, takdir menentukan aku untuk bertemu semula dengan anak yang disambut sendiri dengan tangan aku semasa dia dilahirkan. Sudah genap dua tahun...
Aku buntu.






"M-Maafkan uncle. Maafkan uncle hiks please I'm sorry Jimin hiks please....", aku tak dapat menahan sebak lagi hingga dahi aku bertemu dengan tanah. Jimin yang sudah gelabah itu cuba untuk membangunkan aku semula, anak itu turut menangis juga. Kedua-dua kakinya aku pegang dengan kepala menyujud ke arah anak kecil itu.



"M-Mama! Mama j-jangan nangis...", teriak Jimin dan cuba menggoncangkan bahu aku. Aku tetap mengeras di situ.


"Uncle yang bunuh mama kamu hiks...maafkan uncle Jimin! Disebabkan uncle, kamu dah terpisah dengan mama kamu sejak dari kecil...Maafkan uncle, kamu akan berdendam jugak dengan uncle suatu hari nanti hiks...please f-forgive me...", rayu aku lagi lalu mendakap erat tubuh Jimin. Dakapan yang sungguh erat.


Jimin tidak membalas sepatah. Wajahnya kian suram dan tidak langsung membalas pelukan aku.










Namjoon dan Reen masing-masing terkesima dengan pengakhiran cerita yang dibawa oleh Hoseok. Hoseok mengacau semula minumannya seraya hembusan nafas dengan perlahan. Reen sekadar mampu menumpang simpati, tapi lain bagi Namjoon. Jejaka itu sudah tidak senang duduk.



Mereka dikejutkan dengan bunyi enjin kereta yang memasuki halaman rumah. Haaa, itu mesti Seokjin. Sudah pulang ya. Mereka bertiga saling menguntumkan senyuman, tidak sabar untuk mengetahui jawapan daripada lamaran itu.


Namjoon bingkas bangun dan pergi ke arah pintu. Pintu dibuka perlahan dan terpampang susuk tubuh Seokjin di hadapan pintu termasuk Jimin. Senyuman Namjoon pudar saat melihat saja wajah Seokjin yang sedikit pucat, matanya sembap serta hidung dan pipinya merona merah.





"Ermm kenapa dengan uncle Seokjin kamu?", soal Namjoon ke arah Jimin, Jimin hanya menggeleng perlahan.


"Ouh emm so Jinnie...macam mana keputusannya?", soal Namjoon pula ke arah Seokjin dengan nada bisikan. Agak gementar sebab mimik muka lelaki di hadapannya itu sepertinya tidak baik. Seokjin tidak membalas sepatah, lelaki itu menanggalkan kedua-dua kasutnya dan mengorak langkah naik ke tingkat atas. Namjoon berkerut dahi.


Bertambah cuak buat mereka bertiga di situ.
Namjoon, Reen dan Hoseok saling berbalas pandang, ada yang tidak kena ke?







Jimin bergerak ke arah dapur di mana sepupunya yang lain turut berada di situ. Jimin memanjat kerusi dan duduk di atasnya. Yoongi yang duduk di sebelah sedar akan kelainan mood si anak Park itu.



"Jimin, kau ok?", soal Yoongi sambil meletakkan tapak tangannya di dahi Jimin, nak cek suhu panas atau tidak....sebab nampak macam demam je. Jimin mengangguk perlahan dan menghadiahi sepupu tertua itu dengan senyuman kelat.



"Eh eh sapo syeru makcik godzilla? Dekar luar gelap la, nak hujan yeepeee", sorak Taehyung gembira membuatkan seketul Jungkook meronta dalam kerusi bayi, nak tengok langit jugak. Yoongi merengus nafas kecil dan cuba mengawal dua ketul budak itu daripada terus membuat bising.


Jimin kembali muram.








"M-Mama Chim mesti sedang bersedih kan...?", bisik Jimin sendiri.













TBC

Happy or Sad ending?(;∀;)

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now