>Sorry babe<

436 60 27
                                    

Dahi milik Namjoon ditempek dengan kapas yang diletakkan cecair kimia, lelaki itu menggigit bibir sendiri menahan pedih. Aku mengeluh je memanjang, budak-budak yang lain hanya melihat saja dari sisi sofa.

"Lain kali buat apa-apa pakai otak dulu.", perli aku sambil melekatkan pelekat bagi menyatukan kapas dengan dahi luas milik Namjoon. Namjoon tidak membalas dan anak matanya tertumpu saja ke bawah. Terasa ah tu.

"Nape kepala ankel Namjoon dayah? Syakitt tak?", soal Taehyung dengan tangan kecilnya menarik hujung baju aku.

"Sebab takde otak, tu yang dayah.", bidas aku dengan nada geram, dahi Namjoon dihentak perlahan melepaskan kemarahan. Ye lah! Bahaya duh cermin kalau pecah, mau budak-budak gi serbu lepastu cedera macam mana? Tibahh ja!

Ni lah punca aku masak lewat untuk makan malam. Sebab kepala grape ni huh. Menyusahkan aku.

Aku menyimpan semula peralatan merawat dan segala ubat ke dalam peti, Namjoon melirikkan pandangannya ke arah aku dengan serba salah. Yoongi dan Jungkook kembali menonton rancangan kegemaran mereka berdua. Jimin sejak dari tadi asyik berdiri di sebelah aku dengan wajah yang suram.

Macam biasa, Jimin tak suka kalau aku mood tak baik. Ada-ada je cara dia nak baikkan semula mood aku dengan wajah comel yang tiada tandingan itu.




"Jinnie.", panggil Namjoon dengan intonasi nadanya yang sayu. Aku tidak membalas sebarang kata dan ingin bangun dari sofa. Malas nak layan.

Namjoon sempat menarik lengan aku membuatkan punggungku mendarat semula ke atas sofa.

Aku menjeling tajam ke arahnya.




"I'm sorry."

"Sorry for what?", sengaja aku bermain dengan soalan. Biar dia terasa sehabis yang mungkin dengan kesalahan dia.
Rosakkan barang rumah ni ikut suka nanti aku juga yang kena jawab dengan eomma.
Mau kena leteran free. Tanpa berbayar.


"Because I'm totally broke your heart babe. Aku janji aku takkan buat something yang bodoh lagi ok? Please, forgive me."

Aku terkesima seketika, namun wajah yang ego tetap menjadi pilihan aku untuk ditayangkan. Tangan Namjoon aku tepis perlahan dengan bibir termuncung ke hadapan. Cermin mata aku tanggalkan dan menuding jari telunjuk ke arah wajah Namjoon.


"Hah nanti awak akan buat lagi kan kan? Saya jugak yang susah kena settle semua benda aishh—"

"M-Mama...", suara kecil Jimin mencelah membuatkan kami berdua serentak beralih ke arahnya. Kedua-duanya mata Jimin sudah berkaca dengan kepalanya digeleng perlahan.

Jimin nak aku dan Namjoon berbaik semula. Dia tak suka kalau aku bergodzilla macam ni. Namjoon tersenyum dan kembali pandang ke arah aku.


"See? He wants you to forgive me la babe~", ujar Namjoon dengan wajah minta kasihan. Aku merengus nafas kecil dan mengusap perlahan kepala Jimin.

"Haaa betuyy tuu! Takmo gadoh macem Atromen dengan ahh tu cicak gergasi! Boom!", mengarut seketul Taehyung sambil melakonkan aksi bertumbuk. Haih aku turut tersenyum dengan gelagat dua orang anak kecik itu.

"Fine, I forgive you.", ucap aku singkat. Itu membuatkan Jimin, Taehyung termasuk Namjoon tersenyum riang. Taehyung dan Jimin kembali ke arah televisyen saat ayat pengampunan maaf keluar daripada bibir aku. Semua dah settle, so lega sikit.


"Good mama, ini yang papa suka~ Hmm~~", suara Namjoon sambil merapatkan wajahnya dengan wajah aku. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya. Dengan nada mengusik, tangan kekarnya juga menyentuh dan mengusap paha kiriku.

"Otak tak lega lagi eh? Jaga diorang, saya nak pergi masak. Jangan masuk dapur, mau pecah lagi barang seksa hidup saya.", balas aku selamba dan bingkas bangun dari sofa. Pelik-pelik ja perangai lepas otak senget. Caner nak jadi lawyer nanti?





"Reen, kalau awak rasa nak balik dengan bas...meh la tumpang dengan saya. Kereta awak rosak bukan?", soal rakan sekerja wanita itu. Reen membalas senyuman manis dan menggeleng kepalanya perlahan.

"Gwenchanha. Alang-alang tu saya nak singgah mana-mana dulu hehe."

"Wooo awak jangan memandai. Ingat perut sama, tak elok bagi ibu mengandung macam awak berjalan banyak sangat."

"Hehe sokey la. Saya ok je. Jangan risau.", balas Reen tenang. Memang rasa sukar nak bawa perut yang besar, disebabkan tak mahu menyusahkan orang lain, dia sanggup berjalan saja.


"Ouh, tu pengasuh handsome tu dah mari ohoks. Mana budak puaka tu?", seketul Yoongi dicari. Akhirnya jumpa juga, tengah menoreh pokok innocent.

Yoongi menggalas beg dan berlari ke arah kereta milik Jin yang sudah terparkir di hadapan pintu pagar kindergarden itu. Reen turut menemani budak itu hingga ke pintu pagar.

"Saya lewat sikit ke hari ni?", soal Jin dengan ketawa kecil. Lambat 5 minit jerr.

"Ouh haha sikit, balik elok-elok ye. Hari ni saya kasi homework dekat diorang. Warna gambar princess.", ujar Reen. Mata Jin bersinar-sinar memdengarnya.

"Wow nanti saya jadi tukang backup warna hekhekhek.", hampir 5 minit juga bualan mereka berdua sehingga Yoongi membuka tingkap kereta dengan wajah basi.



"Uncle, cepat ah! Nak beyak."

"Ouf sorry. Saya balik dulu ye cikgu Reen.", Jin menunduk ke arah Reen dan bergegas mahu masuk ke dalam kereta. Reen melambai tangan ke arah mereka sebelum tayar kereta Hyundai milik Jin itu melunjur laju pergi.






"Macam mana hari ni? Best tak?", soal  aku sambil tangan mengawal stereng kereta. Yoongi membalas hmm.

Senyap sekejap. Memang otak selalu blank kalau duduk berduaan je dengan budak puaka ni. Tak ada topik apa yang nak dibincangkan. Aduhh susah gini.


"Uncle nak tau tak? Cikgu Reen nampak sedih hari ni.", ujar Yoongi bagi pembuka bicara. Fuh syukur.

"Ouh kenapa tu?"

"Kereta cikgu Reen rosak. So cikgu Reen balik jalan kaki. Yoongi kesian dekat cikgu Reen...", aku mematikan kata dalam beberapa saat. What? Dia balik jalan kaki?

"Takkan cikgu Reen tak tumpang dengan sesiapa?"

"I don't know. Uncle nak ke?", soal Yoongi semula dengan jelingan ke arah aku. Aku membalas jeling balik.




"Kalau yes?"

"Jom patah balik amik cikgu Reen."










TBC

Tak sabo la nk taip part hanat grrr

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now