>Save Me<

285 51 0
                                    

Tangannya dibasuh lalu dikeringkan dengan alat pengering automatik. Reen memperbetulkan juga rambutnya yang sedikit serabut, takut dilihat selekeh pula nanti. Wanita itu mengorak langkah keluar daripada tandas dengan tercapik-capik.

Entah kenapa perutnya terasa kurang enak, nak kata senak tidak juga. Reen cuba menghembus nafas perlahan-lahan, dia meneruskan juga langkahnya menuju masuk ke dalam restoran. Secara tidak sengaja, bahunya terbelaga dengan seorang gadis dengan kuat juga. Hampir saja Reen mahu terjatuh.




"Ah I'm so sorry. Saya tak sengaja.", Reen menundukkan sedikit kepalanya dan cuba mendapatkan gadis yang dilanggarnya itu. Alamak, langgar kuat kut tadi omo omo.



"Eh tak apa puan. Puan ok?", tegur gadis yang menawan rupanya itu semula. Nasib baik, Reen sekadar mengangguk dengan senyuman manis. Syukurlah dia tak marah, kalau tak mesti riuh terus tempat ni.





"Sayang? Apa jadi?", datang seorang lelaki lalu mendapatkan gadis yang berdiri di hadapan Reen. Dipusingnya wajah gadis itu menghadapnya dengan mimik wajah yang risau. Nampaknya mereka seperti sepasang kekasih.


"Eh I'm ok la. Tadi terlanggar dengan puan ni, semua ok je.", ujar gadis itu sambil menepuk perlahan bahu teman lelakinya itu. Akhirnya Reen dan lelaki itu saling membalas pandangan juga. Terkesima sesaat.




Reen membulatkan matanya dengan bibir yang tergagap, wajahnya kerut seperti menahan kemarahan serta sakitnya kekecewaan. Tak sangka...nak berjumpa semula. Damn.







Ya, tidak disangka akan berjumpa semula dengan bekas suaminya di sini...bersama orang yang baharu hm?







"A-Awak..."

"R-Reen...kau...kau macam mana boleh ada di sini?", soal bekas suaminya semula dengan gugup. Gadis yang berdiri di antara mereka berdua itu mengerutkan kening tanda keliru. Lelaki itu melirikkan matanya ke arah perut wanita yang sarat mengandung itu dengan ketapan bibir. Terbit senyuman sinis, wajah Reen dipandang semula dengan rasa meluat dan jijik.





"Huh aku ingatkan kau dah gugurkan bayi tu..."


"Gugur? Gugur hm...? Awak cakap senang...kalau nak diikutkan saya memang dah lama nak gugurkan anak awak dalam ni! Tapi s-sebab saya dah tiada sesiapa lagi yang menumpang kasih sayang. Sampai saya sanggup tunggu 6 bulan lagi untuk sambut anak ni! Sebab hati saya tak sebinatang macam awak!! S-Sampai hati awak...", jerkah Reen dengan matanya yang sudah berkaca.



"Awak tinggalkan saya tanpa sebab? Sampai sekarang saya tak tahu apa salah saya hiks...why? Tak lama lagi saya nak bertarung nyawa nak lahirkan anak awak! Mana tanggungjawab awak?! Mana??!!", sambung Reen lagi, semakin tenat nafasnya apabila marah.



"Reen! Shut your—"


"Awak memainkan perasaan dan hati perempuan, sakitnya kecewa saya, awak tak pernah rasa dan tak akan merasainya!! Awak memang tak guna hiks..."





Tak guna hm.





"Aku harap kau pun boleh cari orang yang terbaik buat kau Reen.", itu sahaja yang dibalas oleh lelaki penghianat itu. Akibat mahu melarikan diri daripada rasa malu, lelaki itu mengorak langkah pergi sambil menarik tangan kekasihnya. Reen semakin sebak, dia tak boleh terima semua takdir kejam ini.






"Tunggu! Awak—"


"Lepaskan aku syibal!!", tangan Reen ditepis kuat saat mahu mencapai lengan bekas suaminya. Akibat kurang seimbang, wanita itu jatuh terduduk di atas lantai membuatkan orang sekeliling tersentak. Nafasnya kian dihembus tidak teratur. Reen tercungap-cungap mencari nafas, perutnya terus sakit secara refleks.



I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now