>Remember Me<

283 46 1
                                    

Song:
'Galaxy' by Bolbbalgan4
Epiphany by Kim Seokjin

_______◆_______



"You like me hm?"

Terkunci bibir seketika dengan degupan jantungnya yang memainkan rentak yang hebat. Itu bukan maksud yang hendak ditujukan, namun ianya mungkin terkait. Seokjin mengalihkan pandangan ke arah lantai dengan bibirnya diketap rapat, cukup takut untuk menatap semula wajah jejaka yang kini berdiri di hadapannya. 


Dia cuma mahukan teman, tak mahu berseorangan lagi. Itu sahaja, tapi bila disoalkan begini hatinya terdetik lain perkara pula. Senyap itu bukanlah jawapan yang Namjoon mahukan, dia perlu katakan sesuatu. Belum sempat mahu membalas, tubuhnya didakap erat oleh sang jejaka yang tinggi daripadanya 2 cm itu. 








"Thanks babe.", bisik Namjoon dengan senyuman yang mekar di bibirnya.




"N-Namjoon I mean—"





"Tapi tu bukan yang aku harapkan dari kau.", sambung Namjoon lagi. Seokjin terdiam sejenak, cuba nak fikirkan apa maksud disebalik kata-katanya itu. Namjoon melepaskan pelukan lalu melekatkan kedua-dua tangan kekar hangatnya di pipi mulus Seokjin, senyumannya tetap terukir walaupun sakit.




"Kau banyak bantu aku babe, walaupun cara kau kasar sekalipun tetapi dalam tidak sedar banyak sebenarnya kau cuba nak mengubah diri aku. Kau tak kisah kalau aku perlakukan kau macam tak siuman je, tapi kau biarkan. Itu cukup menyenangkan dan yaa aku suka. Thanks for everything.", tuturnya lemah-lembut sambil ibu jarinya mengusap lembut kulit pipi jejaka itu. Seokjin sekadar senyap dengan anak matanya tidak terlepas dari memandang wajah Namjoon, dirinya cuba nak fahamkan situasi sekarang.





"Aku tau kau takut nak berseorangan lagi lepas ni. Tapi Kim, usah gunakan alasan kau sukakan aku untuk menjadi penghalang aku nak bertolak pergi. No."




"B-But why—", Namjoon mematikan kata-katanya dengan melekatkan dahi di antara mereka berdua malah menggenggam kedua-dua Seokjin daripada terus mencengkam kolar bajunya. Seokjin kembali tenang dengan mengetapkan bibir yang kering, rasa mahu menangis namun dia bertahan saja. Hanya dengusan nafas mereka sahaja yang kedengaran di ruangan bilik itu.





"Kau dah lupa? Kau suruh aku kejar impian aku dengan bersungguh-sungguh. Tak kira apa pun rintangan yang berat, kau pinta aku untuk terus berusaha. Lupakan segala perkara yang pahit dan cuba cipta sesuatu yang manis. And yeah aku berjaya terdetik nak buat semua tu. Atas sokongan dan nasihat kau babe.


Kau tak gembira ke dengar semua tu?", soal Namjoon sayu dengan tatapan yang tidak lari ke arah wajah lelaki di hadapannya. Seokjin hanya menggumam suara, gembira mendengarnya tetapi....erm.






Memang Namjoon pernah luahkan atas niatnya yang pernah mahu berhenti belajar semata-mata nak lari daripada traumanya terhadap kematian orang yang paling disayanginya. Namun, ianya berubah saat Seokjin tidak jemu menyokong dengan nasihat yang bermakna.



Kalau Namjoon berjaya, itu pun sudah cukup menggembirakan Seokjin. Dia sendiri yang nafikannya, itu yang Namjoon mahukan. Ia bagaikan fenomena yang baharu buat Namjoon. Dia inginkan Seokjin bahagia dengan cara itu. Ya, keep studying until you success.




Dia mahukan Seokjin tersenyum.
Dia mahu tunjukkan kebolehannya di depan mata lelaki yang disayanginya itu.
Dia mahukan semua orang gembira dengan kejayaannya.
Termasuk dirinya juga.






I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now