>First Love<

334 55 10
                                    

Still With You by Jungkook🌹
Wave by Ateez
Hero by Mariah Carey

______♡______

Tangannya dipimpin menuju ke tingkat atas. Bilik kecil yang jarang digunakan itu dipulas tonggolnya lalu mereka berdua melangkah masuk. Namjoon melepaskan tangan Seokjin dan membuka suis lalu mengambil sesuatu yang tersembunyi di sebelah almari.


"Ermm awak nak buat apa? Ini kan stor.", tegur Seokjin dan cuba melihat apa yang dilakukan oleh housemate nya itu. Namjoon mengeluarkan tangga seraya menayangkan senyuman ke arah lelaki tampan tersebut.


"Bukan sekadar stor, sepanjang kau duduk dalam rumah ni...lupa pula aku nak gitau kau so yeah ikut aku.", Namjoon membuka tangga lipat itu lalu menaikinya untuk membuka pintu kecil di siling bilik itu. Seokjin tergamam.


"Eh nak buat apa atas siling tu?? Nanti ada Ju On hulur kepala."

"Ikut je.", itu saja yang dibalas Namjoon. Lelaki itu sudah pun memasuki ruang siling, Seokjin sekadar merengus kecil dan ikut saja dari arah belakang. Sebaik saja naik atas, matanya terbuntang luas. Seokjin meliarkan anak matanya ke setiap sudut di ruangan atas tersebut.



"Woahh N-Namjoon...tempat apa ni? Saya tak tahu pun...", soal Seokjin dengan bibirnya tidak henti memuji kecantikan ruangan di situ. Ruang yang agak kecil tetapi ia dihiasi dengan sangat cantik dan estetik.

Terdapat dua cushion yang begitu empuk serta meja kecil, ada radio di atasnya. Langsir berwarna cream yang menghalang cahaya daripada menembusi kaca tingkap itu menambahkan lagi ketenangan di ruangan tersebut.

Banyak lagi yang ingin diolah oleh Seokjin, apa yang penting...ruangan di sini sesuai untuk bersendirian. Dengar lagu pun best.



"Jinnie? Heluu are you ok babe?", tegur Namjoon sambil mengibas tangannya di hadapan wajah Seokjin yang leka termenung.

"Cantik. Awak yang buat tempat ni?"

"Actually...yes."

"Kenapa tak gitau saya??", soal Seokjin lagi teruja sambil mencengkam kolar baju milik Namjoon. Akhirnya terbit juga senyuman di bibirnya, itu membuatkan Namjoon tersenyum juga. Sekurang-kurangnya dia mula lupakan masalah sedikit demi sedikit bukan?

Namjoon menarik perlahan tangan Seokjin untuk duduk di atas cushion yang terletak di hadapan tingkap. Langsir diselak sedikit bagi memberi cahaya luar menembusi masuk dan menerangi separuh daripada ruang di situ.

Mereka berdua masing-masing melemparkan pandangan ke luar tingkap.


Namjoon senyap. Tangannya masih menggenggam tangan kekar Seokjin, tidak mahu melepaskannya. Itu membuatkan Seokjin tertanya...



"What's wrong?"

"Kau suka tempat ni?"

"Eh of course saya suka! Kenapa?", Namjoon mengukir semula senyumannya, dipaling perlahan kepalanya menghadap wajah Seokjin.




"Dia pun sukakannya. Good to hear that...", ujar Namjoon dengan ibu jarinya mengusap perlahan kulit tangan lelaki di sisinya itu. Seokjin mengerutkan dahi, apa maksudnya?


"Mesti kau tak faham bukan? Sebenarnya rumah ni milik aku dulu, sengaja aku pura-pura macam orang baru. Sebab aku...tak nak kenangkan kisah silam. Aku pun macam kau jugak dulu....", intonasi suaranya semakin perlahan. Namjoon tertunduk ke bawah.

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now